Famili

Jangan Rushing Dan Paksa Bila Anak Masuk Darjah Satu, Gembirakan Mereka Dengan Tips Ini

34
SHARES
anak masuk darjah satu

Pertama kali hantar anak ke sekolah rendah dan ibu ayah khuatir? Jangan risau, hari ini penulis kongsikan beberapa tips anak masuk darjah satu yang boleh diterapkan dalam diri agar kekal tenang.

Perkongsian daripada seorang ayah bernama M Tazli Azizan di bawah menyatakan bahawa tips ini sudah digunakan kepada 4 orang anaknya ketika memasuki darjah satu.

Baca juga: Senarai Cuti Umum Tahun 2024, Dah Boleh Rancang Cuti Dari Sekarang

TIPS ANAK MASUK DARJAH SATU, IBU AYAH JANGAN KHUATIR

anak masuk darjah satu

Pada yang ada anak-anak nak masuk darjah 1 tahun ini di sekolah kerajaan, ada tips saya nak kongsi.

1. Anak-anak akan berkembang ikut masa sendiri. Kalau di rumah kita membaca, kita kritis, kita kreatif – anak-anak akan ikut kita.

Jadi, ibu ayah jangan risau kalau anak terlambat sikit membaca atau lain-lain. Anak saya yang si bongsu masuk darjah 1 dia belum pandai membaca, tapi tiap-tiap malam sebelum tidur dia akan kumpulkan 5-6 buku untuk dibacakan pada dia.

Sambil kita storytelling tu sambil minta dia sebut beberapa perkataan untuk dieja.

2. Jangan risau silibus yang berat di sekolah rendah. Kalau anak tak sempat buat kerja sekolah, tak apa. Kalau anak nak buat, teruskan. Pendek kata jangan ditambah pressure. Ada benda anak tak faham sekarang, tak apa. Ada skills belajar, nanti mereka boleh belajar sendiri at their own time.

3. Anggap mereka pergi sekolah rendah sebab nak belajar buat kawan. Jadi, sentiasalah tanya soalan-soalan pasal siapa kawan dia harini, kenapa dah tak kawan, dan masa tu boleh ajar anak-anak berempati dengan orang lain.

4. Satu lagi kemahiran mengira, membaca dan berfikir style KBAT semua tu boleh dibuat di rumah dan perlu dibudayakan. Selalu sembang di meja makan, di ruang tamu, di dapur. Rajin tanya soalan dekat anak.

5. Kalau rasa ada hari anak dah meltdown, penat burn out nak pergi sekolah, tak apa untuk rehatkan mereka. Masih kecil dan tak larat lagi nak belajar semua benda.

Di rumah ibu ayah boleh gantikan dengan aktiviti lain yang bermanfaat.

6. Galakkan experiential learning jugak – bawa pergi trip, jalan, buat aktiviti supaya ada benda anak belajar selain daripada buku teks dan akademik semata.

Dulu saya bawa bali trampolin besar dari London lepas habis PhD. Anak-anak balik sekolah, petang-petang main trampolin sampailah trampolin rosak.

7. Cuba involve dalam PIBG semua – at least kita ada extended hand untuk bantu pihak sekolah. InsyaAllah pihak sekolah akan hargai.

Selamat mencuba!

Baca juga: Si Manja Pasti Seronok Ada Mainan Sensori Guna Makanan, Mommy Kena Cuba Buat!

Sumber: Facebook M Tazli Azizan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×