Famili

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka 2024, Hormati Mangsa Tragedi Baru-Baru Ini!

2
SHARES
ambang merdeka

Khabar terkini buat warga kota di sekitar Kuala Lumpur, Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Jumaat ini telah dibatalkan.

Baca juga: Jadi Kebanggaan Malaysia & Dunia, Ini 6 Tokoh Wanita Popular Jadi Inspirasi!

AMBANG MERDEKA 2024 DIBATALKAN – DBKL

ambang merdeka

Gambar: DBKL

Menurut DBKL, pembatalan itu dibuat sebagai menghormati mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar pusat bandar raya ini, baru-baru ini.

Baca juga: Dah 67 Tahun Malaysia Merdeka, Ini Senarai Logo & Tema Hari Kebangsaan 1970 – 2024!

Pembatalan sambutan ambang merdeka 2024

“Dimaklumkan bahawa Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertempat di Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2024 adalah dibatalkan.

“Pembatalan ini adalah sebagai menghormati mangsa-mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar bandar raya Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotisme,” pemberitahuan pihak DBKL menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, semalam.

Mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India

Sebelum ini, media melaporkan kejadian tanah jerlus pada Jumaat lalu yang menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang.

Mangsa dilaporkan terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di lokasi itu dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketujuh, hari ini.

Baca juga: YouthSAYS Buka Peluang Buat Penulis Muda Untuk Menerbitkan Karyanya!

Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

FT Image: DBKL / NSTP-Nabila Adlina Azahar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×