Teknologi

Kukus, Kisar, ‘Defrost’, & Panaskan Makanan Bayi Hanya Dengan 1 Alat Ini. Alahai, Senangnya!

286
SHARES

“Aduh lecehnya nak masak makanan bayi. Macam-macam proses. Nak kena kukuslah, nak blender lagi, sudahnya nanti si kecik tu bukannya makan sangat. Tapi apa nak buat, untuk kesihatan dia juga. Takkan asyik nak makan bubur segera dengan biskut aja…”

Bila dah ada bayi, ibu-ibu memang tak cukup tangan nak buat macam-macam kerja di rumah. Tapi sibuk macam mana pun, setiap ibu mesti mengimpikan untuk menyediakan makanan bayi dengan air tangan sendiri agar ia diyakini sihat dan berkhasiat.

Beaba Babycook adalah satu inovasi dalam bidang pembuatan makanan bayi yang sangat unik. Dengan memperkenalkan fungsi 4-dalam-1; iaitu mengukus, mengisar, menyahbeku (defrost) dan menghangatkan makanan, sudah tentu ia mampu memudahkan kerja harian ibu-ibu yang sentiasa sibuk.

5 Keistimewaan Beaba Babycook, Inovasi Pembuat Makanan Bayi 4-Dalam-1

Berikut adalah antara keunikan Beaba Babycook yang pasti membuat anda terpikat.

1. Mengukus Dalam 15 Minit

Beaba Babycook boleh digunakan untuk memasak buah-buahan, sayuran, daging dan biji-bijian dalam tempoh sekitar 7-15 minit sahaja, bergantung kepada bahan yang digunakan.

Panduan memasak serta resepi adalah disediakan sekali bersama set Beaba BabyCook ini. Jadi lepas ini, tak perlu pening kepala lagi memikirkan menu masakan untuk bayi. Kalau tak sempat buat stok frozen pun, anda mampu menyediakan makanan segar untuk bagi dalam tempoh masa yang amat pantas.

blender makanan bayi

Foto Kredit: happikiddo.wordpress.my

2. Mengekalkan Nutrisi Makanan

Sebagai pengukus, Beaba Babycook mampu menyediakan makanan yang bernutrisi untuk bayi dengan ciri yang mudah dan efisyen.

Lebihan air kukusan yang terkumpul di bawah jug sangat ideal untuk dimanfaatkan kembali semasa anda mengisar makanan. Malah, tempoh membuat makanan bayi dengan cepat dapat memastikan kesegaran nutrisi dan vitamin dari bahan-bahan makanan lebih terjamin.

blender makanan bayi

Foto Kredit: youtube.com

3. Fungsi Automatik, Boleh Multi-Tasking!

Dengan fungsi automatiknya, ia akan terpadam sendiri tanpa memerlukan anda berada di sisi. Jadi, anda boleh multitasking atau meluangkan masa dengan bayi sementara menunggu makanan siap dikukus.

Setelah mengukus bahan makanan, ia boleh terus dikisar dengan halus dan konsisten. Mudah, bukan?

Foto Kredit: amazon.ca

4. Dilengkapi Dengan Bottle Warmer & Sterilizer

Menyahbeku makanan bayi yang beku dengan menggunakan Beaba Babycook sangat mudah. Masukkan makanan bayi ke dalam bekas, kemudian putar tombol ke fungsinya.

Mangkuknya dibuat khas daripada material anti-pecah dan ia juga telah menjalani ujian keselamatan BPA. Tak perlu ragu lagi tentang keselamatan dan anda juga tak akan bersusah-payah di dapur.

Yang menariknya, Beaba Babycook Original Plus kini turut dilengkapi dengan bottle warmer dan sterilizer. Berbaloi!

5. Boleh Memasak Nasi & Pasta Dalam 20 Minit

Dengan aksesori tambahan Beaba Rice-Pasta Cooker, anda dapat memasak nasi atau pasta dalam tempoh 20 minit saja. Kalau nak buat bubur, terus saja mengisarnya dengan menambah bahan lain seperti sayuran dan sup ayam.

Dengan fungsi khusus yang pelbagai ini, ia ideal digunakan untuk mengolah berjenis-jenis makanan anak daripada umur 6 bulan hinggalah 2 tahun. Dengan cara penyediaan yang mudah, kita pun rasa semangat nak memasak, kan?

Bagaimana Mendapatkannya?

Harga yang ditawarkan bermula sekitar RM759 untuk Beaba Babycook Original, RM859 bagi Beaba Babycook Solo, dan RM1099 bagi Beaba Babycook Plus.

Ia boleh didapati di Malaysia melalui rangkaian kedai barangan bayi tempatan seperti Baby Dots, Apple Crumby And Fish, First Few Years, Baby Dash, termasuklah Lazada dan 11Street. Masing-masing menawarkan diskaun dan ada juga yang memberi banyak free gift, jadi kena pandai-pandai survey ya!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi mereka di beaba.com.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×