Sihat

5 Tanda Botol Susu & Puting Anak Perlu Diganti. Bahaya Guna Terlalu Lama

484
SHARES

Selalunya botol susu dan puting tidak diletakkan tempoh expired. Tempoh penggunaan botol susu dan puting juga berbeza antara satu sama lain kerana tertakluk kepada banyak faktor seperti jenis, jenama, kekerapan penggunaan, serta cara kita menjaganya.

Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa memeriksa barangan penyusuan bayi dengan teliti setiap 2-3 bulan sekali. Berikut adalah tanda-tanda ianya perlu diganti.

5 Tanda Puting Dan Botol Susu Bayi Perlu Diganti

1. Lubang Semakin Besar

Apabila anda cuba menitikkan susu pada tangan untuk merasakan suhunya, sekali-sekala periksa aliran susu.

Jika ianya mengalir terlalu laju, ia bermakna lubang pada puting semakin besar. Ini adalah salah satu tanda ianya perlu diganti.

2. Bertukar Warna

Sekiranya warna semakin lusuh, menjadi kelabu, atau kekuningan, ia menunjukkan kualiti puting semakin menurun.

3. Puting Menipis & Kurang Anjal / Koyak

Untuk melihat keanjalan puting, tolakkan pada hujungnya. Jika ia tidak kembali kepada bentuk asal, gantilah dengan puting yang baru.

Walaupun koyakan kecil berlaku pada puting, kita tak sepatutnya menggunakannya lagi kerana ia boleh berisiko menyebabkan bayi tercekik.

4. Retak, Sumpit, Atau Pecah

Elakkan menggunakan sebarang alatan penyusuan yang retak, sumpit, atau pecah walaupun pada satu bahagian kecil.

Ia boleh mencederakan bayi kerana mungkin berlaku luka akibat kerosakan botol susu tersebut.

5. Tidak Sesuai Dengan Keperluan Bayi

Apabila bayi semakin membesar, mereka mungkin memerlukan jenis botol dan puting yang berbeza, bergantung kepada kebolehan fizikal dan perkembangan mereka.

Sesetengah puting yang tidak sesuai cenderung menyebabkan bayi kembung perut dan muntah. Botol susu yang sukar digunakan pula boleh menyebabkan bayi tidak mahu menyusu.

6 Tips Bercerai Susu Botol. Susu Badan? Ada Petua?

Foto Kredit: nappytimes.wordpress.com

Tempoh Penggunaan Botol Susu & Puting Yang Disyorkan

Sungguhpun tiada tempoh yang tepat dikhususkan kepada semua botol susu dan puting bayi, ibu bapa sekurang-kurangnya perlu mengetahui jangka masa anggaran ini:

Tempoh Penggunaan Botol Susu: Botol susu dengan BPA dinasihatkan agar ditukar setiap 3 bulan. Manakala botol susu bebas BPA disyorkan penggantiannya setiap 6 bulan sekali.

Tempoh Penggunaan Puting: Puting perlu lebih kerap ditukar berbanding botol susu. Seeloknya, gantikan setiap 2-3 bulan sekali, bergantung kepada kekerapan penggunaan.

tempoh penggunaan botol susu bayi

Foto Kredit: thedailycrisp.com

Botol Susu Tidak Digalakkan Selepas 2 Tahun

Menggunakan botol susu nampak normal bagi anak kecil yang berusia 2-4 tahun. Tapi sebenarnya, tempoh penggunaan botol susu adalah tidak digalakkan selepas usia 2 tahun.

Sekali-sekala, ajarkan anak belajar minum daripada sippy cup, straw, atau cawan biasa. Tabiat ini dapat membantu anak untuk bercerai susu dengan mudah, mengelakkan kerosakan gigi, dan menggalakkan tabiat makan yang sihat.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×