Sihat

Kajian: Jutaan Mikroplastik Ditelan Oleh Bayi Dari Botol Susu Setiap Hari. 5 Perkara Ibu Ayah Perlu Peka

837
SHARES

Bayi yang minum dari botol susu mungkin menelan lebih sejuta kepingan mikroplastik pada setiap hari, menurut satu kajian terbaru yang diterbitkan melalui Science Daily (20 Oktober).

Kajian oleh sekumpulan penyelidik di Trinity College, Dublin, Ireland itu telah menganalisa kadar pelepasan mikroplastik dalam 10 jenis botol susu bayi atau aksesori yang diperbuat daripada polipropilen, iaitu jenis plastik yang biasa digunakan untuk menghasilkan bekas makanan.

Dipetik dari MediaCorp, dalam tempoh ujian selama 21 hari, pasukan penyelidik itu mendapati botol susu melepaskan antara 1.3 dan 16.2 juta mikropartikel plastik untuk bagi setiap liter.

Mereka kemudiannya menggunakan data tersebut untuk membuat unjuran potensi bayi di seluruh dunia terdedah kepada mikroplastik daripada penyusuan menggunakan botol susu berdasarkan kadar purata penyusuan susu badan ibu.

Foto Kredit: mumsnet.com

1. Hasil Kajian

Data daripada kajian itu menganggarkan secara purata bayi yang minum dari botol susu menelan kira-kira 1.6 juta mikropartikel plastik setiap hari sepanjang tempoh 12 bulan pertama dalam hidup mereka.

2. Apakah Mikroplastik?

Mikroplastik adalah zarah plastik berukuran antara lima milimeter (mm) dan 0.1 mikrometer (um).

Mikroplastik ada di mana-mana di persekitaran dan boleh dijumpai dalam partikel air laut, air tawar, air kumbahan, makanan, udara, air minuman dalam botol bahkan juga air paip.

3. Adakah Mikroplastik Merbahaya?

Menurut WHO, kajian dan data tentang bahaya atau kesan mikroplastik terhadap manusia masih terhad, dengan beberapa kajian yang boleh dipercayai sepenuhnya menggunakan kaedah dan alat yang berbeza untuk mengambil sampel dan menganalisis zarah mikroplastik.

Namun, WHO menyarankan pihak yang bertanggungjawab agar meminimumkan plastik yang dilepaskan ke alam sekitar, kerana tindakan ini akan memberikan banyak manfaat lain untuk alam sekitar dan kesejahteraan manusia.

Dalam beberapa sumber lain, pencemaran mikroplastik dikesan menjadi ancaman kepada manusia yang memasuki sistem rantaian makanan melalui ikan, termasuk di Malaysia.

4. Tidak Bertujuan Untuk Mencetuskan Panik

Menurut penyelidik yang terbabit dalam kajian tersebut, matlamat kajian mereka ‘bukan untuk membimbangkan ibu bapa’ tentang potensi risiko botol susu mikroplastik kepada kesihatan.

Sebaliknya, penyelidik Professor John Boland, meminta para pembuat dasar untuk menilai semula garis panduan semasa untuk penyediaan susu formula ketika menggunakan botol susu bayi.

Lebih penting lagi, mereka mendapati bahawa risiko menelan mikroplastik BOLEH DIKURANGKAN dengan mengubah cara pensterilan dan penyediaan susu formula.

Kajian mereka juga mendapati bayi di negara-negara maju mungkin menelan lebih banyak plastik iaitu 2.3 juta partikel sehari di Amerika Utara dan 2.6 juta di Eropah.

Ini berpunca daripada kadar penyusuan susu badan ibu yang rendah di negara-negara tersebut.

[Baca juga: ‘Jangan Terkejut Susu Bertambah Walaupun Puasa’, Kaunselor Laktasi Kongsi 10 Tips Penyusuan Di Bulan Ramadhan]

5. Langkah Mengurangkan Kadar Pelepasan Mikroplastik Dalam Penyediaan Susu Formula Bayi

Tahap mikroplastik yang dikeluarkan dari botol susu plastik dapat dikurangkan dengan ketara dengan mengikuti prosedur pensterilan dan penyediaan susu formula.

Prosedur pensterilan dan penyediaan formula yang disyorkan adalah seperti berikut.

i) Semasa Mensteril

  • Sterilkan botol mengikut panduan yang disarankan WHO dan biarkan sejuk
  • Sediakan air yang disterilkan dengan mendidih dalam cerek / periuk bukan plastik
  • Bilas botol yang disterilkan menggunakan air disterilkan suhu bilik sekurang-kurangnya 3 kali
  • Gunakan botol susu yang berkualiti

[Baca juga: 5 Tanda Botol Susu & Puting Anak Perlu Diganti. Bahaya Guna Terlalu Lama]

ii) Semasa Membancuh

  • Sediakan air panas menggunakan cerek / periuk bukan plastik
  • Sediakan formula bayi dalam bekas bukan plastik menggunakan air bersuhu 70°C.
  • Sejukkan ke suhu bilik dan pindahkan formula yang disediakan ke dalam botol susu bayi plastik berkualiti tinggi
  • Jangan panaskan semula formula yang disediakan dalam bekas plastik dan elakkan daripada menggunakan ketuhar gelombang mikro
  • Jangan goncangkan formula dalam botol dengan kuat untuk membancuh susu formula

*Sumber: AFP, MediaCorp, WHO

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×