Famili

Jangan Panik! Cuba 7 Petua Ini Bila Anak Tercekik Tulang Ikan

547
SHARES
Petua tercekik tulang

“Adib, kan mak dah cakap awal-awal tadi makan ikan tu pelan-pelan. Kan dah tertelan tulang. Cepat minum air banyak-banyak, bagi tulang tu terkeluar bila kena air. Kalau tak keluar juga, kenalah mak ‘Google’ petua tercekik tulang.”

Peritnya kalau tercekik tulang, sampai nak telan air liur pun rasa sakit. Itu yang dirasa apabila tulang ikan tersekat pada tekak.

Ada yang malu nak jumpa doktor. Yalah, takut doktor ingat anda pelahap makan sampai tak sedar tercekik tulang!

Jangan panik!

Sebenarnya ada beberapa petua untuk menghilangkan tercekik tulang atau apa-apa makanan lain.

petua tercekik tulang

Foto Kredit: merchantcircle.com

7 Petua Menghilangkan Tercekik Tulang Menggunakan Bahan Makanan

1. Garam

Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum sekerap mungkin sehingga tulang tidak lagi melekat pada tekak.

2. Nasi

Ini petua tercekik tulang yang paling biasa kita dengar daripada mak-mak.

Kepalkan nasi hingga membentuk bola yang besar. Telan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat dibawa bersama ke dalam perut.

3. Minyak zaitun

Minum satu sudu minyak zaitun untuk melincirkan tisu-tisu sekeliling kerongkong. Dengan ini tulang yang tersekat akan mudah keluar.

petua tercekik tulang

Foto Kredit: fairwaymarket.com

4. Buah pisang

Masukkan sedikit buah pisang ke dalam mulut. Kulum dan biarkan sehingga cairan terhasil dalam mulut kemudian telan perlahan-lahan.

Minum juga sedikit air untuk memudahkan tulang yang tersekat keluar bersama buah pisang yang ditelan tadi.

Pisang amat baik untuk kesihatan

5. Cuka makan

Salah satu petua tercekik tulang adalah dengan menggunakan cuka.

Minum satu sudu cuka makan untuk mengeluarkan tulang yang tersekat.

hilangkan kutu

Foto Kredit: snughughome.com

6. Roti dan lepa kacang

Sapu lepa kacang pada roti dan biarkan dalam mulut beberapa minit sehingga air liur berkumpul disekelilingnya. Telan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat akan tertanggal bersama roti.

Yang ini kalau tak tercekik pun memang sedap dimakan!

petua tercekik tulang

Foto Kredit: youtube.com

7. Kacang

Makan segenggam kacang. Tak kisahlah apa-apa jenis kacang. Sebab anda akan makan dalam kuantiti yang kecil saja.

Teksturnya yang keras membantu menanggalkan tulang yang tersekat.

atasi-lupa-makan-kacang

Meskipun masalah tulang tersekat nampak tidak serius,

Jangan biarkan ia tersekat beberapa hari kerana ia boleh menyebabkan masalah pernafasan atau pun pendarahan dalam kerongkong.

Jadi, anda perlu mendapatkan rawatan kesihatan jika masih tidak berjaya dikeluarkan walaupun setelah mengamalkan petua tercekik tulang di atas.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×