Asuh

8 Tips Ajar Bayi Minum Susu Botol Sebelum Kembali Bekerja

2.2K
SHARES
ajar bayi minum susu botol

“Dengan berbaki cuti bersalin tak sampai seminggu ni, risau pula rasanya nak tinggalkan bayi di pusat jagaan. Dahlah kuat menyusu. Walaupun ada stok susu perahan, tapi bayi asyik menolak bila disuakan puting. Bagaimana teknik yang betul nak ajar bayi minum susu botol?”

Setiap bayi memang lain ragamnya. Ada yang tak kisah bila diberi susu melalui botol, tetapi tak kurang juga yang sangat memilih dan tidak mahu menyusu jika bukan secara ‘direct’. Mahu atau tidak, kita tiada pilihan kerana bayi bakal ditinggalkan dengan penjaga.

Bayi biasanya akan diberi susu badan secara terus dari payudara ibu sehingga usia 4 minggu atau lebih supaya tidak mengalami ‘nipple confusion’. Namun, mereka perlu dilatih untuk menerima puting tiruan daripada botol susu kerana anda bakal mula bekerja tidak lama lagi.

Jadi, apa nak buat?

Jangan panik. Anda boleh cuba beberapa teknik ini untuk ajar bayi minum susu botol.

 

8 Tips Ajar Bayi Minum Susu Botol Sebelum Kembali Bekerja

Ini 8 perkara yang anda perlu tahu jika anda berhasrat untuk memperkenalkan botol susu kepada bayi.

1. Mulakan 2 Minggu Sebelum Masuk Kerja

Waktu yang paling sesuai untuk mula melatih dan ajar bayi minum susu botol adalah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.

Menurut Dr Sears, tempoh awal selepas kelahiran adalah penting untuk bayi memahirkan cara lekapan dengan payudara ibu terlebih dahulu. Jika terlalu awal, bayi mungkin akan keliru (‘nipple confusion’) kerana dia masih lagi belum mahir untuk menyusu badan. Malah, kekeliruan ini boleh menyebabkan bayi anda tidak mahu menyusu badan langsung sehingga susu badan anda mengering sendiri.

Jika terlalu lewat pula, bayi lebih sukar menyesuaikan diri. Anda juga akan mengalami masalah untuk mengagak waktu serta jumlah penyusuan yang sesuai untuk memberi arahan kepada penjaga.

ajar bayi minum susu botol

Foto Kredit: kidspot.com.au

2. Minta Suami Anda Melakukannya

Kita semua sedia maklum betapa kuatnya hubungan antara ibu dan bayi. Bayi sebenarnya dapat ‘merasa’ kehadiran ibu sekiranya mereka berada berhampiran. Bayangkan, asal nampak kita saja, mereka cepat-cepat ‘kalut’ dan menangis.

Oleh itu, Encik Suami adalah pilihan terbaik untuk membantu bayi anda menerima botol susu. Jika terlalu kekok pada awalnya, anda boleh meminta bantuan ibu atau ibu mertua anda yang lebih berpengalaman. Setelah bayi mula membiasakan diri, bolehlah suami anda meneruskan tugasnya semula.

Ketiadaan ibu juga akan memberi ‘isyarat’ kepada bayi bahawa sudah tiba masanya untuk berlatih lagi.

3. Pilih Puting Yang Sesuai

Pastikan anda memilih ‘flow’ yang paling perlahan. Jika terlalu laju, bayi akan mudah tersedak dan ‘takut’ untuk meminumnya lagi.

Seeloknya, pilih jenis puting yang mirip dengan payudara ibu supaya bayi mudah melekap dan tidak berasa susah untuk menggunakannya.

Jika bayi anda nampak tidak selesa selepas beberapa kali percubaan, cuba tukarkan dengan jenis yang lain.

Foto Kredit: drbrownsbaby.com

Beza ‘wide neck nipple’ dengan ‘standard nipple’. / Foto Kredit: drbrownsbaby.com

4. Biar Bayi Melekap Sendiri

Elakkan daripada memasukkan puting terus ke dalam mulut bayi. Sebaliknya, cukup sekadar menyuakan pada hujung bibir dan membiarkan bayi melekap sendiri, seperti mana dia melekap pada payudara ibu.

Pastikan bayi anda melekap pada bahagian ‘base’ puting yang lebar (‘wide neck’), dan bukannya pada bahagian yang runcing. Jika tabiat ini tidak dibendung, bayi akan berterusan melekap begini hingga anda berasa sakit untuk menyusukannya secara ‘direct’.

Proper_breastfeeding_position_and_latch-on

5. Elak Tunggu Terlalu Lapar

Pastikan bayi dalam keadaan tenang dan bukannya sedang menangis kelaparan.

Hal ini akan merumitkan bayi yang baru belajar untuk menerima botol susu.

Menurut tips dari ibu yang berpengalaman, amalkan menyua puting kepada bayi apabila bayi sedang mengantuk. Memang berkesan!

sebab bayi menangis

6. Eksperimen Dengan Posisi

Cuba tukar posisi sekiranya bayi nampak tidak tenang semasa ajar bayi minum susu botol.

Daripada duduk di riba, mungkin anda boleh berdiri, berjalan, atau berbaring di atas katil bersama bayi.

Foto Kredit: babycentre.co.uk

Foto Kredit: babycentre.co.uk

7. Tenang

‘Skin-to-skin contact’ atau bercakap dengan bayi juga mungkin dapat membantu bayi mengelakkan keresahan dan meragam.

Yang penting, anda perlu berada dalam keadaan tenang kerana bayi sangat sensitif. Jangan tunjukkan ketidakselesaan anda kerana ia dapat mempengaruhi emosi bayi.

8. Konsisten

Untuk ajar bayi minum susu botol, anda boleh mula perlahan-lahan, tetapi konsisten.

Jangan mudah mengalah, tetapi jangan pula terlalu memaksa.

Untuk memudahkan, rujuk jadual di bawah ini untuk membantu anda mencapai misi dengan jayanya.

Jangan Cepat Putus Asa

Diharapkan, dengan tips ini, ibu-ibu dapat meneruskan penyusuan badan secara konsisten sehingga 2 tahun penuh.

Pada awalnya, tentulah anda akan berasa kekok dan mungkin tak sampai melihat bayi menangis.

Namun percayalah, selepas beberapa hari ajar bayi minum susu botol, anda akan dapat melihat perubahannya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×