40 Minggu

8 Petua Nipple Crack Untuk Ibu Yang Menyusukan Anak. Rasa Pedih Bukan?

270
SHARES
Petua Nipple Crack

Petua Nipple Crack @ Puting Pecah

Sebelum menbincangkan dengan lebih lanjut tentang petua nipple crack, mari ketahu apakah itu nipple crak.

Apa itu ‘nipple crack’?

‘Nipple crack’ atau luka di puting payudara adalah rasa pedih, sakit dan nyeri ketika menyusukan anak. Perkara ini selalunya berlaku kepada ibu yang baru melahirkan anak. Malah ia juga boleh berlaku kepada wanita yang sudah lama bergelar ibu.

Kebanyakan ibu baru akan mengalami  kesukaran untuk menyusukan anak mereka. Antara punca paling utama terjadinya ‘nipple crack’ adalah kesilapan bayi melekap di payudara. Bayi sepatutnya menghisap keseluruhan tampuk hitam atau aerola bukan menghisap puting payudara sahaja. Apabila silap lekapan, mereka akan menghisap dengan kuat kerana tidak puas menyusu. Maka, akan terjadilah luka di puting payudara dan kadangkala, puting terasa sangat pedih.

Baru tumbuh gigi

Selain itu, bayi yang baru tumbuh gigi juga cenderung untuk menggigit apa sahaja yang masuk dalam mulut mereka termasuklah payudara anda! Puting payudara anda bukan sahaja boleh luka malah lebih teruk lagi ada yang berdarah dan juga bernanah. Sudah tentu ibu-ibu tidak mahu perkara ini berlaku lebih-lebih yang sudah berazam untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun.

Ingin tahu apa petua dan juga tips untuk mengubati puting payudara yang luka? Teruskan membaca.

 

 1. Ketahui lekapan atau ‘latch-on’ yang betul

Proper_breastfeeding_position_and_latch-on

Ini petua nipple crack yang pertama dan yang paling penting. Bayi sepatutnya menghisap keseluruhan tampuk hitam atau aerola bukan menghisap puting payudara sahaja. Bagaimana untuk mengetahui bayi anda menghisap dengan betul? Perhatikan mulut bayi anda. Mulut mereka akan kelihatan penuh dan bibir akan terkeluar sedikit.

Apabila bayi hanya menghisap puting payudara sahaja maka akan berlakulah ‘nipple crack’. Jangan terkejut jika saya katakan hisapan bayi memang kuat. Apabila silap lekapan, mereka akan menghisap dengan kuat kerana tidak puas menyusu. Ibu-ibu yang sedang hamil anak pertama kami cadangkan untuk menghadiri atau pelajari ilmu penyusuan yang betul. Teknik ini sangat penting untuk memastikan anda tidak mengalami kesukaran atau luka di puting payudara.

2. Tekap muka anak atau tutup hidung apabila mereka mula menggigit

Petua nipple crack yang kedua ini untuk ibu yang menyusukan anak yang sedang gatal gusi. Memang kasihan jika kita lihat anak yang dalam proses tumbuh gigi. Ada yang demam, ada yang cirit-birit. Paling tidak tahan, ibu pun jadi ‘mangsa’. Jika ada antara ibu yang sering menjadi mangsa gigitan si kecil, cuba tekup muka mereka ketika sedang menyusu atau tutup hidung mereka sehingga mereka merasa lemas. Apabila mereka mula lemas, pasti mereka akan melepaskan gigitan. Ulangi perkara tersebut setiap kali mereka mengigit. InsyaAllah anak-anak akan memahami yang ibu mereka sedang kesakitan.

3. Pam susu di belah payudara yang luka

Menyusu di bahagian payudara yang luka memang memeritkan. Boleh terangkat punggung dibuatnya setiap kali anak buka mulut. Jika bayi masih terus menyusu di payudara yang luka, bila pula luka nak sembuh? Jika anda mempunyai pam susu, anda boleh mengepam susu di bahagian payudara yang luka. Beri ‘direct breastfeed‘ di payudara yang tidak luka. Rehatkan sebentar payudara yang luka itu. Lagipun boleh latih anak menggunakan botol bila anda sudah mula bekerja nanti.

4. Gunakan susu badan sendiri

Ini bukan petua nipple crack. Ini adalah anugerah Allah. Susu ibu mempunyai 1001 khasiat termasuk ia mampu mengubati luka di puting payudara anda. Caranya mudah sahaja, sapu sedikit lebihan susu di bahagian yang luka. Ulangi sapuan sehingga sembuh luka tersebut. Selain mujarab, ia juga ubat percuma

5. Guna krim pelembap dan Vitamin E

Selain punca yang kami sebutkan di atas, kulit yang kering juga menyumbang kepada ‘nipple crack’. Jika anda ke farmasi, banyak losyen dan krim yang dijual untuk melembapkan kulit . Antara krim sapu yang kami syorkan adalah Natural Nipple Butter, Vaseline, Nursing Butter by Cocoa Butter Fomula dan banyak lagi. Krim ini boleh di sapu pada puting yang luka malah krim ini juga selamat untuk di hisap oleh bayi anda. Selain menyapu krim, anda juga boleh mengambil Vitamin E. Pengambilan vitamin E dapat membantu untuk melembapkan kulit. Kulit pun makin cantik nanti.

6. Sapu dengan madu

Antara petua nipple crack yang boleh dicuba ialah madu. Kelebihan madu seperti yang kita ketahui memang sangat banyak. Selain untuk kecantikan, madu juga boleh membantu mengubati luka kecil. Cuba sapu 2-3 kali sehari diselangi dengan ‘direct breastfeed’. InsyaAllah, luka akan segera kering dan sembuh.

7. Pakaian dalam yang sesuai

Pemilihan pakaian dalam yang sesuai amat penting bagi seseorang wanita. Begitu juga bagi ibu yang menyusukan anak. Anda perlu memakai ‘nursing bra’ yang direka khas untuk ibu menyusu. Kami cadangkan bra tanpa dawai berbanding bra yang mempunyai dawai. Ini kerana bra tanpa dawai lebih selesa dan dapat menampung buah dada jika mengalami bengkak susu. Selain itu, pemakaian ‘breast pad’ juga daapt mempercepatkan proses pemulihan luka. Pastikan anda sentiasa menukar ‘breast pad’ sekurang-kurangnya setiap 2 atau 3 jam. Ini adalah untuk memastikan kebersihan di bahagian luka dan juga tiada kuman lain yang merebak.

8. Positif dan kuatkan semangat

Selain petua dan tips di atas, yang paling penting sekali adalah ibu harus selalu positif dan jangan mudah putus asa. Penyusuan badan dan ‘positive thinking’ amat berkait rapat. Jika anda putus asa, kuantiti susu akan merudum. Anda mahu bayi tidak mendapat khasiat susu ibu yang tiada tandingnya? Tepuk dada, tanya selera.

Harapan kami

Kami berharap petua dan tips ini dapat membantu ibu-ibu yang baru menimang cahaya mata. Paling penting sekali jangan mudah putus asa dan fikirkan tentang kebaikan susu ibu kepada bayi anda. Luangkan masa untuk mencari ilmu penyusuan dan kongsi masalah anda. Percayalah, anda tidak keseorangan. Semoga petua ini bermanfaat.

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×