Deko & Hias

Air Rebusan Bunga Cengkih Bantu Pucuk Pokok Tumbuh Cepat & Atasi Masalah Tanaman Lain!

13
SHARES
air rebusan bunga cengkih

Masalah-masalah tanaman seperti serangan hama, semut, aphid dan pucuk baru lambat tumbuh sering sahaja berlaku. Namun, perkara ini sebenarnya mudah untuk ditangani iaitu dengan menyemburkan air rebusan bunga cengkih pada tanaman.

Siapa sangka air rebusan bunga cengkih adalah kunci penyelamat kepada masalah tanaman anda. Jadi, mari lihat cara menghasilkan air semburan ini dengan mengikuti perkongsian Liyana Mohd Poad di bawah.

Baca juga: Ini Formula Mudah Buat Baja Organik Dari Sisa Dapur, Proses Peram Penting Tau Baru Jadi!

AIR REBUSAN BUNGA CENGKIH

air rebusan bunga cengkih

Gambar: Liyana Mohd Poad

Cara buat air rebusan bunga cengkih untuk masalah tanaman

Fungsinya adalah untuk mematikan hama, semut, aphid dan sebagainya selain mempercepatkan pucuk-pucuk baru. Air rebusan bunga cengkih ini yang paling kerap saya guna untuk semua tanaman saya, selain air kunyit + cili padi + bawang.

Kekerapan sembur adalah seminggu 3 kali dan waktu petang sahaja.

Baca juga: Tips Tanam KUCAI Dalam Pasu, Menariknya Bukan Hanya Subur Tapi Sampai Keluar Bunga!

Cara-caranya ada di bawah:

air rebusan bunga cengkih

Gambar: Liyana Mohd Poad

  1. Sediakan sepeket bunga cengkih.
  2. Rebus dengan 5 gelas air sehingga mendidih dan tutup api.
  3. Kemudian, sejukkan ia.
  4. Air rebusan yang sudah sejuk bolehlah ditapis.
  5. Setelah itu, masukkan air rebusan bunga cengkih tadi ke dalam botol spray.
  6. Dah boleh spray pada pokok di bahagian depan dan belakang daun, seminggu 2 atau 3 kali.

Baca juga: BONSAI KELAPA Tanaman Hiasan Rumah Mudah Jaga & Unik, Ikuti 6 Langkah DIY Ini!

Sumber: Liyana Mohd Poad

FT Image: Liyana Mohd Poad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×