Dapur

Bilik Mandi Penuh AIR BERTAKUNG? Guna Batang Ini Terus ‘Clear’, Selesai Masalah!

43
SHARES
air bertakung

Air bertakung di dalam bilik mandi merupakan masalah biasa yang sering berlaku di rumah. Hal ini kerana, saluran air telah tersumbat disebabkan gumpalan rambut sebagai salah satu puncanya. Secara tidak langsung, membuatkan diri rasa tidak selesa apabila ingin menggunakan ruang tersebut.

Disebabkan itu, anda kena tahu cara untuk menyelesaikannya menerusi perkongsian daripada Zuhri Mohd ini yang boleh dijadikan panduan untuk masalah air bertakung dalam bilik air.

Baca juga: Bila Kontrak PENAPIS AIR Tamat & Tak Nak Sambung, Tukar Filter Sendiri Lebih Jimat!

AIR BERTAKUNG DALAM BILIK MANDI

air bertakung

Gambar: Zuhri Mohd

Menurut Zuhri cara mengatasi masalah air bertakung di bilik air sangat mudah untuk diselesaikan. Paling penting anda perlu ada batang getah atau sewage cleaning rod yang boleh dibeli di kedai hardware dengan harga RM80.

Nak beli sewage cleaning rod secara dalam talian yang lebih murah, boleh klik di sini untuk pembelian.

Baca juga: Guna Garam Je, Lubang Tandas Yang Tersumbat Terus Lancar!

Alat ini berbaloi dibeli dan disimpan untuk menyelesaikan masalah saluran air tersumbat sekiranya ia berlaku di rumah anda. Cara menggunakannya adalah seperti berikut:

air bertakung

Gambar: Sewage cleaning rod – Zuhri Mohd

  1. Ambil sewage cleaning rod dan masukkan ke dalam saluran air keluar, tekan batang tersebut perlahan-lahan.
  2. Kemudian, tarik batang getah tersebut ke atas dengan laju agar gumpalan rambut atau kotoran yang ada akan terlerai dan disedut keluar sekali.
  3. Lakukan langkah di atas beberapa kali dengan gerakan tekan ke bawah dan tarik hingga tidak lagi air bertakung.
  4. Seterusnya, anda boleh uji dengan penuhkan air dalam baldi dan curah untuk melihat sama ada air bertakung masih ada lagi atau tidak.
  5. Jika masih bertakung lakukan dari langkah pertama sekali lagi.

Baca juga: Saintis Jepun Kaji WARNA BAJU Paling SEJUK, Sesuai Pakai Bila Cuaca Panas ‘Lit’!

Nak tahu dengan lebih jelas boleh lihat video perkongsian Zuhri di bawah ini.

@sayazuhri Cara selesaikan masalah air bertakung. #fyp #foryou #learnontiktok #fypp #learonzuhri #ticerzuhri ♬ original sound – zuhrimohd – Zuhri Mohd

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tak Perlu Gigit Kasut Baru, Ini 10 Helah Berhasil Elak Kaki Melecet!

Sumber: Tiktok @sayazuhri

FT Image: Zuhri Mohd

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×