Famili

Abang Bas ‘Crush’ Budak Sekolah Menangis Kena Dakwa Atas Amang Seksual Kanak-Kanak

11
SHARES
abang bas tiktok

Terkini, pemandu bas atau dikenali sebagai ‘abang bas Tiktok’ yang sebelum ini tular memuat naik rakaman video penumpang bas sekolah sebagai ‘crush’ atau ‘kesayangan’ menangis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di Muar, Johor hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, sejak April lalu.

Baca juga: “Kalau Betul Saya Jahat, Dah Lama Buat Benda Tak Elok”- Abang Bas Buat Akaun Baharu, Masih Pertahan Diri!

ABANG BAS TIKTOK DIDAKWA, AMANG SEKSUAL KANAK-KANAK

abang bas tiktok

Foto: Kosmo

Laporan berita mengatakan bahawa tertuduh yang berusia 24 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sayani Mohd. Nor sambil dilihat hanya menunduk serta mengesat air matanya ketika rayuan jaminan dibuat.

Mengikut laporan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah mencium pipi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga merupakan anak saudaranya bagi maksud seksual. Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 5 petang hingga 6 petang di dalam bas sekolah di Simpang Renggam dalam daerah Kluang pada April sehingga September 2024.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebat.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang bagi maksud seksual antara pukul 5 petang hingga 6 petang bertempat di dalam bas sekolah di alamat sama, pada bulan ini.

Seperti yang dilaporkan, semalam wujud akaun baharu di lama Tiktok menggunakan nama sama di mana dalam akaun tersebut memaparkan ucapan memohon maaf dan mempertahankan diri dari si pelaku. Ucapannya mendapat sokongan dari orang ramai yang turut bersimpati.

abang bas tiktok

Tangkap layar dari Tiktok.

*Namun, kebenaran terbukti juga apabila si pelaku telah didakwa di mahkamah. Semoga ramai lagi dalam kalangan yang seumpamanya sedar bahawa perbuatan ini sangatlah tidak bertamadun.

Baca juga: Kronologi Kes Kematian Bayi Al Fateh, LEMAS Disumbat Botol Susu & Ditekup Muka Oleh Pengasuh

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×