Dapur

Jangan Risau Tak Ada Bazar, Ini 10 Resepi Kuih Muih Yang Boleh Buat Di Rumah Untuk Berbuka

217
SHARES

Bukan sahaja bulan Syawal yang disambut meriah, ada sesetengah orang juga menyambut ketibaan Ramadhan dengan sangat meriah. Ramadhan adalah bulan dimana umat Islam tidak dibenarkan makan pada waktu siang. Selain itu, perkara yang paling ditunggu ketika menjelang Ramadhan adalah bazaar Ramadhan yang menjual pelbagai juadah untuk dibuat berbuka. Paling dicari ialah kuih muih atau pencuci mulut.

Bagi sesetengah orang, kuih muih ada juadah wajib yang perlu ada ketika berbuka dan selalunya mereka hanya membelinya di bazaar Ramadhan. Tetapi, dengan keadaan sekarang, bazaar Ramadhan telah dibatalkan membuatkan ramai yang merindui juadah yang dijual. Jangan risau! 10 resepi yang disediakan kali ini merupakan menu kegemaran ramai. Jika anda kering idea nak masak apa untuk pencuci mulut, anda boleh cuba sendiri resepi juadah ini.

10 Resepi Kegemaran

Pelbagai juadah kuih muih dan pencuci mulut disediakan. Anda hanya boleh membuatnya dirumah.

1. Apam Balik

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

Untuk bahagian kulit:

– 2 cwn tepung gandum

– 1⁄2 cwn gula

– 1⁄2 sudu kecil soda bikarbonat

– 1 sudu kecil pewarna kuning

– 1 biji telur

– 1 1⁄2 cwn air

– 1⁄2 sudu teh serbuk penaik

Untuk taburan:

– Sedikit mentega

– 1 cwn kacang tanah (dimesin)

– 1 tin jagung manis

– 1⁄2 cwn coklat urai

– 1⁄2 cwn gula pasir

Cara membuatnya :

1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang.

2. Masukkan air, soda, serbuk penaik dan pewarna, kacausehingga sebati.

3. Masukkan tepung(Seeloknya ditapis) dan kacaulagi supaya tidak berketul.

4. Sapu mentega pada kuali leper (pan).

5. Setelah itu, panaskan kuali dengan api kecil.

6. Ambil satu senduk adunan tadi dan tuangkan pada kuali leper (pan) dengan rata. Biarkan separuh masak.

7. Taburkan bahan taburan mengikut citarasa. Masak hingga kekuningan.

8. Setelah masak, lipat dua. Dan dipotong 4/6 atau mengikut citarasa anda.

9. Sedia untuk dihidangkan.

2. Cakoi

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

– 1 kg tepung naik sendiri

– 11 gram yis segera

– 2 cawan air (bergantung kepada kualiti tepung)

– ½ cawan gula (jadikan air gula)

– ½ cawan minyak masak

– ½ sudu teh soda bikarbonat

– 1 sudu makan serbukbawang puti (jika suka untukperisa tambahan)

– Garam secukup rasa

– ½ – 1kg minyak masak (untuk menggoreng)

– Seri kaya dan mentega untuk inti

Cara membuatnya :

1. Campurkan semua bahan kecuali minyak masak dan bahan inti, uli membentuk
doh.

2. Tambah air jika perlu. Biarkan doh selama 20­-30 minit di dalam bekas yang dibalut dengan kain lembab.

3. Panaskan minyak di dalam kuali.

4. Potong doh memanjang dalam ukuran 1 x 4 hingga habis.

5. Cantumkan 2 potongan bersama bebentuk 2 x 4 dengan tekanan menggunakan kayu stik (chopstick) yang telah disapu minyak.

6. Goreng doh tadi sehingga keemasan dan angkat.

7. Belah separa antara cantuman tadi dengan pisau.

8. Sapu mentega dan isikan seri kaya dalam belahan tersebut.

9. Sedia untuk dihidangkan

3. Cucur Udang

Bahan-­bahan yang diperlukan :

Untuk sos:

– 10 tangkai lada kering (rebus dan kisar halus)

– 2 ulas bawang putih (ketuk)

– 1 cm halia

– 1 sudu teh garam

– 2 sudu makan gula

– 2 sudu makan gula merah

– ½ cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar )

Untuk cucur:

– 1kg tepung gandum

– 300 gram udang basah (saiz kecil / sederhana)

– 2 pokok daun bawang (potong kecil-­kecil)

– 500 gram taugeh

– 1 sudu teh baking powder

– 1 sudu teh garam

– ½ sudu teh serbuk kunyit

– Air secukupnya

– ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara untuk membuatnya :

Untuk sos cucur udang:

1. Satukan semua bahan ke dalam periuk kecuali kacang tanah. Reneh dan kacau sehingga gula larut. Biarkan mendidih seketika.

2. Masukkan kacang tanah. Tutup api dan ketepikan.

Untuk cucur:

1. Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk kecuali udang dan minyak masak. Bancuh pekat dengan air yang mencukupi. Biarkan selama 1 jam

2. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.

3. Kaup adunan dengan senduk, letak 1 / 2 ekor udang basah di atas adunan. Masukkan ke dalam minyak panas satu persatu. Goreng sehingga keemasan kemudian angkat dan tos.

4. Hidang bersama sos cucur udang.

4. Lompat Tikam

Bahan-bahan yang diperlukan :

Untuk sira:

– 1 cawan gula merah

– 1 cawan gula

– 2 cawan air

– 1 helai daun pandan (disiat-­siat)

Untuk lapisan hijau:

– 1 cawan tepung beras

– 1 sudu makan tepung jagung

– 3 cawan santan cair

– ½ cawan jus pandan

– Sedikit pewarna hijau

– 1 sudu teh air kapur

– ½ sudu teh garam

Untuk lapisan putih:

– 1 ½ cawan tepung beras

– 1 sudu makan tepung jagung

– 4 cawan santan pekat

– 1 sudu teh garam

Cara membuatnya :

Untuk sira:

1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih.

2. Tapis dan ketepikan.

Untuk lapisan hijau:

1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang. Panaskan loyang diatas api sebentar.

2. Gaulkan sebati semua bahan dan tapiskan.

3. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak.

4. Cakarkan sikit permukaan kuih supaya lapisan putih melekat.

Untuk lapisan putih:

1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.

2. Masukkan adunan ke atas lapisn hijau yang telah masak tadi dan kukus selama 15 minit.

3. Sejukkan dan potong. Hidang bersama sira.

4. Sedia untuk dihidangkan.

5. Pai Tee

Bahan-bahan yang diperlukan:

Untuk inti:

– 2 sudu minyak masak

– 2 ulas bawang putih (cincang halus)

– ½ biji sengkuang

– 1 batang lobak merah

– 1 keping tahu goreng.(potong dadu kecil)

– 100 gram ayam/ udang. (cincang halus)

– 1 biji telur(goreng dadar dan cincang halus) 8) ½ sudu teh garam

Untuk kulit:

– 100 gram tepung ubi

– 100 gram tepung gandum

– 100 gram tepung jagung

– 1 biji telur

– Air secukupnya

– ½ sudu teh garam

– ½ ­ 1kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuatnya :

Untuk inti:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan isi ayam atau udang. Kacau sebentar.

2. Masukkan semua bahan kecuali telur dan kacau rata sehingga layu atau masak.

3. Masukkan telur yang dicincang dan gaul rata.

4. Angkat dan ketepikan.

Untuk kulit:

1. Masukkan semua bahan kecuali minyak dan air.

2. Tambah air sedikit demi sedikit dan gaulkan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair.

3. Panaskan acuan pai tee dalam minyak panas.

4. Celup acuan ke dalam bancuhan tepung.

5. Celupkan semula kedalam minyak panas.

6. Biarkan hingga kulit tertanggal sendiri.

7. Goreng sehingga kekuningan.

8. Angkat dan toskan.

9. Masukkan inti kedalam kulit pai tee dan hidangkan bersama cili sos.

10. Sedia untuk dihidangkan.

6. Putu Bambu

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

– 250 gram tepung beras (goreng tanpa minyak)

– ⅓ cawan air

– 1 sudu teh garam

– 1 ½ cawan kelapa parut

– 1 cawan gula merah

– 3 biji pisang masak (hiris)

– Air limu nipis (direnjiskan ke atas hirisan-hirisan pisang)

– Buluh bergaris pusat 8 cm atau acuan bulat

Cara-cara membuat Putu Bambu :

1. Tambahkan sedikit garam ke atas tepung, gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.

2. Masukkan 1 cawan kelapa parut dan gaul rata.

3. Masukkan 2 sudu adunan ke dalam buluh/acuan. Kemudian, masukkan sedikit gula melaka atau hirisan pisang dan tutup dengan 1 sudu kelapa.

4. Kukus selama 10 minit, atau hingga masak.

5. Sedia untuk dihidangkan.

7. Roti John

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

– 1 buku roti bun panjang (belah 2 tanpa putus)

– ½ batang timun (hiris)

– 2 kelopak salad hijau

– Sos cili secukupnya

– Mayonis secukupnya

– 1 tin kecil sardin (hancurkan)

– 1 labu bawang besar (potong dadu)

– 3 biji cili merah (cincang)

– 2 biji telur (pukul)

– ½ sudu teh garam

Cara-cara membuat Roti John :

1. Satukan rata sardin, bawang, cili, telur dan garam. Gaul rata.

2. Sapu rata mentega/minyak pada permukaan kuali leper dan panaskan.

3. Seterusnya, senduk dan tuang adunan sardin memanjang di atas kuali. Kemudian, tutup dengan roti yang telah dibelah tadi.

4. Biarkan garing dan angkat.

5. Akhir sekali, sapu rata mayonis dan masukkan hirisan timun salad. Tuang sos cili dan tutup. Potong kepada 8 bahagian.

6. Sedia untuk dihidangkan.

8. Badak Berendam

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

– 1⁄2 bungkus tepung pulut

– 8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)

– 1⁄2 biji kelapa parut (untuk dibuat inti)

– 3 cawan santan

– 1 cawan gula merah

– 1 cawan air

– 1 sudu teh garam

Cara membuatnya :

1. Kacau kelapa parut bersama gula merah dan masak sehingga menjadi inti.

2. Panaskan kukusan.

3. Uli tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang lembut.

4. Bentuk doh lembut menjadi bulat­ dan isi inti ke dalamnya.

5. Sementara itu kacau santan bersama garam.

6. Letakkan dohyang telah diisi inti kedalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.

7. Setelah itu kukus hingga masak.

8. Biarkan sejuk

9. Sedia untuk dihidangkan.

9. Burger Malaysia

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

Untuk sambal :

– 2 sudu makan minyak masak

– 1 labu bawang besar

– 2 ulas bawang putih

– Sedikit belacan (bakar)

– 10 tangkai lada kering (rebus dan kisar halus)

– ½ cawan ikan bilis

– 2 sudu makan gula merah

– ½ cawan jus asam jawa

– 1 sudu makan gula pasir

– 1 sudu teh garam

Untuk doh:

– 250g tepung gandum

– 120ml susu/ air

– 2 sudu besar margerin

– 2 ½ sudu besar gula halus

– ½ sudu teh garam

– 2 sudu teh yis

– ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng )

– ½ biji timun ( dipotong nipis)

Cara membuatnya :

Untuk sambal:

1. Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis, goreng hingga kekuning­ kuningan.

2. Masukkan bawang dan cili yang telah dikisar. Gaul rata dan biarkan menggelegak.

3. Masukkan gula merah, gula pasir dan garam.

4. Gaul rata dan biarkan menggelegak seketika.

5. Angkat dan ketepikan.

Untuk kuih:

1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan 1 hingga 6.

2. Uli doh sehingga tak melekat. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.

3. Tumbuk­ tumbuk doh tadi dan bahagikan kepada 8 bahagian.

4. Buat bentuk bulat. Biarkan naik 2 kali ganda lagi.

5. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.

6. Goreng doh dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.

7. Angkat dan tos

8. Belah 2 doh yang (jangan sampai terputus).

9. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun.

10. Sedia untuk dihidangkan

10. Kasturi

Bahan­-Bahan yang diperlukan :

Untuk inti:

– 1 cawan kacang hijau (rendam selama 4­5 jam)

– Air secukupnya untuk merebuskan

– ½ cawan gula pasir (ikut suka manisnya)

– 3 sudu makan kelapa parut muda (putih saja)

– 3 sudu makan tepung gandum

Untuk kulit /salut:

– 1 cawan tepung beras

– 1 sudu makan tepung jagung

– 1 sudu teh kunyit serbuk

– ½ sudu teh kapur sirih

– Air secukupnya

– ½ sudu teh garam

– ½ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara untuk membuatnya :

Untuk inti:

1. Kacang hijau direbuskan sehingga pecah/lembut dan kering airnya. (Jangan sampai hangus)

2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Gaul sebati dan sejukkan.

3. Ambil sedikit adunan dan bentukkan saperti bebola. Leperkan. Buat hingga habis.

Untuk kulit /salut:

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali minyak masak dan Bancuh sebati.

3. Celup adunan kacang ke dalam bancuhan tepung kemudian goreng.

Sumber : Daily Makan

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×