Euforia Bola 2026
Rakyat

Myanmar Setuju Terima Semula 5,000 Pelarian Rohingya, Reaksi Rakyat Malaysia Raih Perhatian… “Teruskan!”

pelarian rohingya

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Myanmar telah bersetuju untuk menerima semula 5,000 pelarian Rohingya yang berada di Malaysia menerusi hasil rundingan diplomatik dan hubungan yang baik antara kedua-dua negara.

Beliau berkata, perkembangan itu adalah satu langkah awal dalam menangani isu berkenaan, di samping bagi memastikan isu ketenteraman awam di Malaysia terus dapat dipelihara.

Baca juga: Waris Tragedi Bentong Dapat Faedah PERKESO Lebih RM900,000, Empat Mangsa Carum Skim LINDUNG 24 Jam

5 RIBU PELARIAN ROHINGYA AKAN DIHANTAR PULANG

pelarian rohingya

Gambar Mohamad Shahril Badri Saali: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berucap pada Majlis Minum Petang bersama PMX, di Simpang Durian, Chennah.

Persetujuan itu dicapai menerusi hubungan baik Malaysia dengan Myanmar, sekali gus membuktikan isu pelarian tidak boleh diselesaikan hanya dengan gesaan supaya mereka dihantar pulang.

“Orang kata ‘hantar balik, hantar balik’. Nak hantar balik ke mana? Myanmar tidak mahu terima.”

“Itu sebabnya hubungan baik dengan Myanmar penting. Sekarang ini mereka setuju ambil 5,000 orang dahulu,” katanya ketika berucap pada program Minum Petang Bersama PMX di Simpang Durian, semalam.

Perdana Menteri berkata, Myanmar juga bersetuju menerima semula 300,000 Rohingya yang berada di Bangladesh.

Beliau berkata, kerajaan masih berunding dengan Myanmar bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap isu pelarian Rohingya yang sekian lama menjadi cabaran kepada beberapa negara di rantau ini.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, kerajaan tetap mengambil pendekatan tegas bagi memastikan pelarian Rohingya di Malaysia tidak mengganggu ketenteraman awam.

“Saya sudah beri amaran dan saya juga sudah arahkan kepada polis. Saya tidak mahu Rohingya ganggu jalan raya dan tempat-tempat awam. Ini Malaysia, tak boleh dia ganggu kita.

“Jadi polis akan ambil tindakan, pindahkan dia. Kita cegah.

“Sebab itu saya beritahu kepada orang Rohingya, duduk baik-baik, kita sedia tempat asing. Kamu jangan ganggu perniagaan orang Malaysia, jangan ganggu lalu lintas dan tempat mereka duduk, nanti orang marah.” katanya.

Baca juga: Jangan Kalut Dulu.. Tiada Operasi Khas Wajibkan Rakyat Tukar Alamat MyKad, JPN Nafi Kenakan Tindakan!

RAKYAT MAHU PENGHANTARAN PULANG DITERUSKAN SECARA BERPERINGKAT

Di ruangan komen media sosial, rata-rata warga maya menyambut baik perkembangan itu walaupun mengakui proses membawa pulang pelarian Rohingya bukan sesuatu yang mudah.

Ada yang berpandangan persetujuan Myanmar menerima semula 5,000 orang merupakan satu permulaan yang baik memandangkan negara itu sebelum ini enggan mengiktiraf etnik Rohingya sebagai warganegaranya.

Seorang pengguna media sosial berkata, lebih baik penghantaran pulang dilakukan secara berperingkat daripada tiada langsung usaha ke arah penyelesaian.

Malah, ada juga yang berharap rundingan diteruskan sehingga lebih ramai pelarian dapat dihantar pulang pada masa akan datang, selain meminta kerjasama agensi antarabangsa seperti UNHCR diperkukuhkan bagi memastikan proses tersebut berjalan lancar.

Tidak kurang juga yang berpendapat tindakan terhadap pendatang asing tanpa izin daripada negara lain perlu diperkasakan supaya penguatkuasaan dilaksanakan secara adil tanpa mengira kewarganegaraan.

pelarian rohingya

Gambar BERNAMA

RAMAI FIKIR MASA DEPAN GENERASI AKAN DATANG PERLU DILINDUNGI

Selain memikirkan penyelesaian jangka pendek, sebahagian rakyat turut meluahkan kebimbangan terhadap kesan isu pendatang asing terhadap generasi akan datang sekiranya tidak ditangani secara menyeluruh.

Mereka berharap kerajaan terus memperketat kawalan sempadan, membanteras kemasukan secara haram melalui laluan tikus serta memastikan hanya individu yang mempunyai dokumen sah dibenarkan berada di negara ini.

Pada masa sama, ramai berharap rundingan diplomatik bersama Myanmar dapat diteruskan supaya lebih ramai pelarian Rohingya dapat kembali ke negara asal secara selamat, sekali gus membantu mengurangkan tekanan terhadap kemudahan awam, peluang ekonomi dan kesejahteraan sosial di Malaysia.

Walaupun terdapat pelbagai pandangan dalam kalangan masyarakat, kebanyakan rakyat dilihat bersetuju bahawa penyelesaian isu ini memerlukan kerjasama diplomatik, penguatkuasaan undang-undang yang konsisten dan perancangan jangka panjang demi menjaga keselamatan negara serta kepentingan generasi akan datang.

Sumber: Berita Harian (1) (2)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×