Euforia Bola 2026
Suami Isteri

“Ingat Pakai K*ndom Dah Selamat” – Lelaki Dijangkiti Ketuat Kelamin Selepas Ke Rumah Urut, Perkahwinan 12 Tahun Musnah

ketuat kelamin

Ramai menyangka penggunaan kondom sudah cukup untuk melindungi diri daripada jangkitan penyakit seksual. Namun, kisah benar mengenai ketuat kelamin yang dikongsi seorang doktor ini jadi peringatan bahawa masih ada risiko yang ramai terlepas pandang.

Menerusi perkongsian di Threads, Dr Ahmad berkongsi kisah seorang lelaki lewat 30-an yang datang mendapatkan rawatan selepas menyedari terdapat ruam seperti ketuat pada pangkal zakarnya.

Baca juga: “Saya Nak Tengok Seorang Diri Bila Dia Tak Ada Di Sisi”- Ini Hukum Rakam Video Hubungan Intim Suami Isteri!

INGAT PAKAI KONDOM DAH SELAMAT, LELAKI DAPAT KETUAT KELAMIN

ketuat kelamin

Gambar hiasan: Gemini AI

Perkahwinan 12 tahun berakhir hanya kerana satu kesilapan

Pada awalnya, lelaki berstatus duda itu menyangka ruam berkenaan perkara biasa. Namun selepas ketuat tersebut semakin banyak, dia mula risau apabila membaca tentang kaitannya dengan jangkitan Human Papillomavirus (HPV) serta risiko kanser.

Menurut Dr Ahmad, lelaki itu berkongsi bahawa dia sudah setahun berpisah dengan isteri selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga.

Lebih menyedihkan, penceraian itu dikatakan berpunca daripada jangkitan yang dialaminya sendiri.

“Dia datang kerana ruam ketuat (warts) pada pangkal zakarnya. Ruam yang dia perasan tumbuh satu, kemudian semakin banyak.

“Semua warts tersebut pada pangkal zakar, iaitu kawasan bulu kemaluan atau ari-ari,” kongsi Dr Ahmad.

Ketika sesi rawatan, lelaki itu akhirnya mengakui pernah mengikut rakan sekerja ke sebuah rumah urut ketika menghadiri kursus kerja di Johor Bahru.

“Dia mengakui pernah diajak kawan sekerja ke rumah urut ketika berkursus di JB sebelum itu.

“Rumah urut yang ada ‘happy ending’. Dia mulanya tidak jangka apa-apa kerana pakai kondom. Dari awal sampai akhir pakai kondom.

“Tapi masih boleh dapat jangkitan ketuat ini,” katanya.

Menurut Dr Ahmad, keadaan menjadi lebih rumit apabila isterinya turut menjalani pemeriksaan bagi mengetahui punca jangkitan tersebut.

“Isteri dia clear. Negative HPV. Itu jadi punca dia mengakui aktiviti dia. Lalu membawa kepada penceraian setahun yang lalu,” jelasnya.

Baca juga: “Tak Ada Kekurangan Pada Mata Saya”- Lelaki Ini Nekad Kahwini Wanita Kudung Tangan Kiri & Kedua Kaki

ketuat kelamin

Gambar hiasan: Gemini AI

Pakai kondom tidak bermaksud risiko jangkitan sifar

Dalam perkongsian sama, Dr Ahmad menjelaskan bahawa jangkitan seperti HPV dan Herpes masih boleh berlaku walaupun seseorang memakai kondom ketika hubungan seksual.

Ini kerana sesetengah jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan kulit ke kulit pada bahagian yang tidak dilindungi kondom.

“Jangkitan kelamin seperti HPV dan Herpes, masih boleh berlaku meskipun dengan pemakaian kondom.

“Direct contact dari kulit ke kulit, yang terkena pada kawasan yang tidak di tutupi oleh kondom, disitulah jangkitan ini boleh terjadi,” katanya.

Sebab itu, ketuat lelaki tersebut hanya muncul di kawasan pangkal zakar dan bulu kemaluan, iaitu bahagian yang tidak dilindungi.

Tambah beliau lagi, ruam ketuat akibat HPV tidak semestinya muncul serta-merta kerana ia boleh mengambil masa berminggu, berbulan malah bertahun sebelum simptom kelihatan.

Baca juga: “Dia Cakap Bujang…”- Wanita Ini Cerdik Cek Status Calon Suami & Kantoi Dah 2x Kahwin, Ini Caranya!

Doktor kongsi 3 perkara boleh berlaku pada ketuat kelamin

Dr Ahmad turut menjelaskan bahawa jangkitan HPV yang menyebabkan ketuat kelamin tidak mempunyai penyembuhan penuh, sebaliknya rawatan hanya bertujuan membuang ketuat yang tumbuh.

Katanya, terdapat tiga kemungkinan yang boleh berlaku kepada pesakit yang mengalami masalah ini:

  1. Ketuat boleh mengecil dan hilang sendiri walaupun tanpa rawatan.
  2. Ketuat boleh kekal tanpa sebarang perubahan.
  3. Ketuat boleh membesar, menjadi lebih agresif dan semakin merebak.

Menurut beliau, keadaan ketiga perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menjadi petanda sistem imun badan lemah dan dalam sesetengah kes, dikaitkan dengan jangkitan HIV.

Dalam masa sama, Dr Ahmad menasihatkan jika pesakit mahu berkahwin semula atau mencari pasangan baharu, vaksin HPV amat penting sebagai langkah pencegahan terhadap strain berisiko tinggi yang boleh membawa kepada kanser.

Sumber: Threads @dr_ahmad_rz

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×