Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kian membesar, antara momen yang memberikan ketenangan adalah semasa melihat si manja tidur. Namun, di sebalik ketenangan itu ramai dalam kalangan ibu bapa yang masih tidak arif dalam menyusun waktu tidur bayi dengan betul.
Sesungguhnya, membesarkan bayi bukanlah sesuatu yang mudah kerana anda perlu mengambil berat jadual waktu tidur mereka supaya si kecil tidak letih dan merengek sepanjang waktu.
Berikut merupakan antara 5 tabiat yang sering dilakukan oleh ibu bapa yang boleh mendorong kepada gangguan tumbesaran si manja jika tidak dapatkan tidur yang betul.
Baca juga: 22 Peringatan Mesra Untuk Mak Ayah Yang Ada Anak Bakal Masuk Tadika, No.7 Wajib Buat Ya!
WAKTU TIDUR BAYI DIGANGGU PUNCA MASALAH PERKEMBANGAN NORMAL
1.Membiarkan bayi berjaga lewat, tetapi bangunkan dia awal
Anda perlu tahu bahawa badan bayi tidak dapat mengawal waktu tidur dan bangun seperti orang dewasa. Oleh itu, apabila mereka berjaga lewat, jam dalaman badan mereka masih membangunkan anak kecil mereka pada waktu pagi. Selalunya sebab dia lapar atau lampin penuh! Penyelesaiannya adalah jika dia telah bangun pada waktu pagi, cuba tetapkan waktu tidurnya kira-kira sejam lebih awal.
2.Terlalu bergantung pada penyusuan malam
Ramai ibu percaya bahawa penyusuan susu ibu nampaknya satu-satunya cara untuk membuatkan anak anda cepat tidur. Sebenarnya tabiat seperti ini tidak digalakkan apabila si kecil anda sudah besar. Namun tabiat ini berlaku kerana naluri bayi adalah dia mudah lapar dan dia merasakan sumber makanannya sentiasa ada sebelum jadual tidurnya.
Disebabkan ini, anak kecil anda akan mempunyai tabiat menyusu sebelum tidur.
3.Menggunakan katil yang terlalu besar untuk si kecil anda
Bayi memang cepat membesar jadi meletakkan mereka di atas katil yang besar merupakan pilihan yang sering dilakukan oleh ibu bapa. Tetapi adakah dia cukup besar untuk tidur di katil besar itu? Sebenarnya, membuat perubahan dengan menukar katil agak terlalu awal.
Mama perlu pertimbangkan dengan teliti bila hendak memindahkan katil si kecil ke saiz yang lebih besar.
4. Letakkan bayi anda tidur di mana-mana sahaja
Memang ada beberapa situasi yang menyebabkan mak ayah terpaksa menidurkan bayi di mana-mana sahaja contohnya kerana mereka melakukan aktiviti di luar rumah.
Penyelesaiannya, cuba tidurkan bayi di bilik tidur yang biasa digunakan oleh si kecil, contohnya bilik tidur yang sering digunakan untuk tidur siang atau tidur pada waktu malam.
5.Tak faham ‘signal’ mengantuk si manja
Bayi berbeza daripada orang dewasa dalam banyak cara termasuk masa tidur dan tabiat mereka. Apabila bayi berasa mengantuk dan letih, mereka menunjukkan tanda-tanda yang anda harus memberi perhatian dan belajar.
Penyelesaiannya, bila nampak anak kecil mula menggosok matanya, merengek atau gelisah tanpa sebab yang jelas, ini berkemungkinan tanda dia mahu tidur. Apabila ibu bapa tidak bertindak balas terhadap isyarat ini, badan bayi akan bertindak balas secara berlebihan.
*Jadi, kalau mahukan perkembangan bayi menjadi normal dan mengikut mengikut aliran masa yang sepatutnya, jaga waktu tidur bayi okay!
Baca juga: Ciri-Ciri Anak Alami Masalah GDD, Tahap Perkembangan Lewat Dari Kanak-Kanak Normal
Sumber: Popmama