Suami Isteri

Pujuk Pasangan Tengah Marah Guna 3 Ayat, Perkongsian Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

16
SHARES
SUAMI ISTERI BERGADUH

Suami isteri bergaduh merupakan satu perkara biasa. Namun jangan biarkan pergaduhan itu sehingga berlaku keretakan rumah tangga. Kedua-dua memainkan peranan penting dan jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat kepada pasangan.

Menerusi perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anda disarankan agar memujuk dan menenangkan pasangan dengan menggunakan 3 ayat di bawah.

Baca juga: Isteri Suka ‘Me Time’ Dalam Kereta Sendirian Jadi Rahsia Kebahagiaan Pasangan

SUAMI ISTERI BERGADUH JANGAN NAIK SUARA, PUJUK GUNA AYAT INI

suami isteri bergaduh

Sedang bertengkar dengan pasangan? Balas 3 ayat ini untuk tenangkannya:

1. “Saya memang marah dan kecewa juga tetapi itu semua tak mengurangkan sedikit rasa sayang saya pada awak.”

2. “Saya tahu kita tengah struggle sangat-sangat sekarang, tetapi saya takkan kemana-kemana. Kita akan tetap perjuangkan bersama-sama.”

3. “Saya nak keluar kejap. 30 minit je. Dah tenang nanti, kita bincang semula baik-baik ye.”

Buat para suami isteri, api jangan di lawan dengan api. Perlu bertindak jadi air. Sentiasa tenang, damai dan meredakan api yang marak.

Selain itu, antara jalan untuk memujuk pasangan yang sedang marah atau merajuk adalah dengan:

1. Luangkan masa bersama

Masa menyembuhkan segala dan luangkan masa sepanjang hari dengan pasangan untuk menyelesaikan segala ketidaksefahaman.

2. Buat pasangan rasa istimewa

Apabila bergaduh dengan pasangan, ia membuatkan mereka rasa kurang dihargai. Cara terbaik untuk menebus kesalahan adalah dengan membuat si dia rasa istimewa.

Mudah sahaja iaitu dengan memegang tangan, belikan bunga, coklat dan bungkus makanan kegemaran untuk dinikmati bersama.

3. Beri kejutan

Siapa yang tidak suka kejutan? Jika pasangan rasa diabaikan, beri hadiah kepada mereka. Dengan cara ini pasti dapat mengurangkan kemarahan.

4. Beri ruang dan waktu

Walaupun si dia isteri/suami anda, ingatlah bahawa setiap orang memerlukan ruang dan waktu untuk bersendirian. Beri pasangan waktu untuk menyendiri dan pujuk selepas dia rasa lega.

Bertengkar dengan pasangan itu adalah benda biasa dalam kehidupan tetapi sejauh mana kita menguruskan pertengkaran itulah yang akan menjadikan tindakan kita jadi luar biasa.

*Ingat, jangan sesekali lari rumah ya. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tak Dapat Anak Bukan Penghalang Kebahagiaan, Ini 7 Doa Dikurniakan Zuriat

Sumber: Facebook Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah & News18

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×