Sudah hampir dua minggu menunaikan ibadah puasa, pasti ada di antara kita yang mula berfikir nak buat biskut raya kan? Antara biskut paling laris ketika Hari Raya sudah tentunya semperit susu. Bukan sahaja sedap tetapi mudah sebenarnya nak hasilkan kerana hanya menggunakan tiga bahan sahaja.
Jadi, jom kita tengok resipi semperit susu 3 bahan oleh Lisa Aisha ini. Memang terpaling mudah dan nampak sedap kejadiaanya. Rugi tak cuba!
Baca juga: 5 Resipi Air Tanpa Gula Putih Sesuai Untuk Anak, Tentu Si Kecil Suka & Minum Berkali-Kali!
RESIPI SEMPERIT SUSU 3 BAHAN INI MEMANG KENA CUBA
Bahan-bahan:
- 250g mentega
- 1/2 tin susu pekat
- 400g tepung jagung
Cara penyediaan:
1. Gaul mentega dan susu pekat sampai sebati.
2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit. Jangan masuk semua serentak ya.
3. Uli doh sampai tak melekit di tangan.
4. Warna semperit ini boleh adjust sendiri ikut cita rasa pakai pewarna makanan.
5. Tekan guna acuan semperit corak kelopak 9.
6. Hiaskan dengan topping. Boleh guna ceri atau chocolate chip.
7. Bakar suhu 170 selama 25 hingga 30 minit.
Dah siap! Senang sahaja kan? Jangan lupa cuba ya hujung minggu ini. Mesti sedap.
Baca juga: Ini 10 Idea Biskut Raya Sedap, Berwarna-warni & Beraneka Corak , Confirm Sebalang Tak Cukup!
Sumber: Facebook Lisa Aisha
Kredit: Rosienunaa