Pasti ibu-ibu di luar sana tercari-cari idea bekal anak ke sekolah yang sudah mula persekolahan. Betul tak? Kadang-kadang anak tak mahu makan di kantin sekolah kerana tidak sama seperti air tangan seorang ibu.
Bagi memastikan anak tersayang kenyang dan bertenaga di sekolah, ibu boleh cuba idea bekal anak ke sekolah yang dikongsi oleh pengguna Facebook bernama Suraya Yaacob. Jom tengok. Meriah sangat!
Baca juga: Resepi Mini Tortila Nuget Ayam, Menu Wajib Untuk Cuti Sekolah Anak!
9 IDEA BEKAL ANAK KE SEKOLAH UNTUK IBU CUBA, CONFIRM LICIN
1. NASI MINYAK
- Nasi minyak
- Ayam masak merah kenduri
- Begedil ayam
- Biskut apollo
2. NASI AYAM
- Nasi ayam
- Biskut teddy
3. NASI LEMAK
- Nasi lemak
- Telur rebus
- Biskut nabati cheese
4. SPAGHETTI CARBONARA
5. AYAM MASAK KURMA
Ini menu minggu ni punya.
- Nasi putih
- Ayam masak kurma
- Fries + sos
- Biskut koala
6. NASI LEMAK AYAM GORENG REMPAH
Time ini lah sambal nasi lemak terpedas sikit. Nasib kakak-kakaknya boleh makan. Yang adik-adik makan sikit je sambal tu.
- Nasi lemak
- Ayam goreng berempah + telur rebus
- Biskut gery cheese
7. NASI GORENG TELUR DADAR
- Nasi goreng
- Telur dadar
- Nugget
- Biskut stick coklat
8. MACARONI CHEESE
Macaroni cheese tanpa cheese. Anak-anak dah makan cheese dulu. Tiba-tiba pagi tu nak letak cheese atas macaroni, cari-cari tak jumpa. Buka tong sampah bersepah plastik cheese dalam tu.
- Macaroni cheese
- Fries + sos
- Biskut apollo
9. MEGGI GORENG
- Megi goreng
- Ayam goreng tepung + mayo
- Biskut nabati cheese
Meriahkan? Selamat mencuba semua! Mesti anak-anak happy dapat bekal makanan sedap-sedap.
Sumber: Facebook Suraya Yaacob