Bersalin

7 Sebab Anda Susah Untuk Kurus Semula Lepas Bersalin

4.6K
SHARES

“Lambatnya nak muat semula baju dan seluar lama ni. Padahal ‘baby’ pun dah 6 bulan. Kenapalah susah nak ‘kempis’ balik ni. Nak kata makan banyak tak juga, senaman pun adalah buat sikit-sikit. Dah banyak tips kurus lepas bersalin aku ikut. Tak cukup lagi ke?”

Bertenang, ini sebenarnya masalah yang paling biasa dialami oleh ibu-ibu. Sebenarnya, ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang susah nak kurus semula lepas bersalin.

7 Sebab Anda Susah Untuk Kurus Semula Lepas Bersalin

Walaupun dah mengamalkan banyak tips kurus lepas bersalin, mungkin anda masih belum nampak perubahannya disebabkan oleh 7 perkara ini.

1. Anda Kurang Tidur

Memang kebanyakan ibu berpantang mengalami kesukaran untuk tidur akibat melayani keperluan bayi.

Sebenarnya, kajian sains melalui laman web Fit Pregnancy menunjukkan apabila tidur anda tergangu, paras kortisol akan meningkat, lalu menyebabkan metabolisme ibu tidak efisyen untuk membakar kalori.

Untuk menstabilkan paras kortisol, anda juga boleh cuba untuk mengurangkan pengambilan kafein atau perkara yang membuat anda stres.

tak cukup tidur

Foto Kredit: viline.tv

2. Anda Makan Makanan Bayi

Kalau bayi anda tak habis, anda tak mahu membazir dan memakannya.

Tabiat ini menjadikan anda sebenarnya ‘makan 2 kali’ tanpa disedari. Perlu diingat, makanan bayi juga mengandungi kalori yang perlu dibakar.

Oleh itu, jangan ringankan tangan anda untuk mengambil makanan bayi, walaupun mereka tak habis. Sebaliknya, simpankan dan tunggu waktu makan anda yang sepatutnya.

tips kurus lepas bersalin

Foto Kredit: astronet.hu

3. Anda Banyak ‘Multitasking’

Banyak ‘multitasking’ ini memang efisyen, tapi ia boleh menjadi punca anda kurang tumpuan terhadap makanan yang dimakan.

Kadang-kadang tu sampai lupa nak makan. Eh, tak sempat makan patutnya senang kuruslah kan?

Tidak. Sebenarnya anda cenderung memakan snek apabila anda tidak dapat duduk untuk makan dengan tenang.

Biasanya, memang sukar untuk seorang ibu dapat makan dengan ‘normal’ sejak kehadiran bayi. Namun, jangan bergantung kepada snek kerana ia mempunyai kualiti kalori yang tidak baik.

Foto Kredit: parenting.com

Foto Kredit: parenting.com

4. ‘Date Night’ Tengah Malam

Sejak kurang masa untuk bermesra dengan suami, anda hanya ada waktu tengah malam untuk menonton TV atau berbual dengan suami.

Secara tidak langsung, anda akan cepat lapar apabila tidur lambat. Makan tengah malam adalah antara tabiat yang menyebabkan anda senang gemuk.

Oleh itu, cuba pilih makanan berkhasiat seperti salad atau buah-buahan serta yogurt apabila anda merancang malam-malam romantis ini.

kelebihan ibu mengandung

Foto Kredit: verywell.com

5. Anda ‘Skip’ Sarapan Pagi

Makan sarapan adalah pemberi tenaga yang penting untuk memulakan hari anda. Ia juga memacu metabolisme agar berfungsi lebih efisyen.

Sejak ada bayi, anda mungkin sukar untuk bangun awal pagi dan menyediakan sarapan yang elok untuk diri sendiri mahupun suami.

Jadi, mintalah suami membantu anda menjaga bayi buat seketika atau membantu menyediakan sarapan berkhasiat. Semangkuk oat bersama buah-buahan kering atau Sandwich telur pun ok!

6. Anda Makan Sambil Berdiri

Tak sempat nak duduk makan, bayi dah menangis. Jadi kita pun sumbatlah apa yang oleh sebelum melayan bayi.

Semasa di dapur, kita pula makan sambil memasak makanan bayi.

Menurut kajian yang dilaporkan oleh laman web PopSugar, tabiat makan berdiri ini menjadi punca makan berlebihan yang tidak disedari.

Foto Kredit: verywell.com

Foto Kredit: verywell.com

7. Anda Terlalu Fokus Pada Penjagaan Bayi

Benar, bayi anda kini adalah segala-galanya buat anda.

Namun, janganlah mengabaikan kesihatan dan penampilan sendiri. Ia akan menjadikan ada tidak fokus terhadap matlamat anda.

Sebenarnya, kesihatan anda sama penting, (dan mungkin lebih penting) berbanding kesihatan bayi – kerana andalah penjaga mereka!

cara tidurkan bayi

Foto Kredit: qsota.com

Bersederhana Amalkan Diet Seimbang

Walau apa pun matlamat anda, pastikan tips kurus lepas bersalin yang anda amalkan realistik dan tidak terlalu berat. Sesuaikan mengikut kebolehan anda.

Contohnya, ibu menyusu tidak boleh mengamalkan diet yang ekstrim kerana keperluan mereka untuk menghasilkan susu ibu yang berkhasiat untuk bayi.

Malah, menyusu badan juga adalah cara anda dapat mengurangkan berat badan secara berperingkat dan sihat.

Yang penting, banyakkan pengambilan makanan yang berkhasiat seperti sayuran, buah-buahan, daging, dan sumber karbohidrat yang kurang berminyak.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×