Famili

Kepentingan Vitamin D Untuk Tumbesaran Kanak-kanak

28
SHARES
Kepentingan Vitamin D

Kelebihan Vitamin D

Vitamin D merupakan salah satu vitamin yang penting dalam tumbesaran kanak-kanak. Vitamin D membantu dalam pertumbuhan tulang membesar dengan baik serta memastikan tulang kanak-kanak dalam keadaan kuat. Lazimnya manusia mendapat sumber vitamin ini daripada cahaya matahari. Selain itu, vitamin D juga boleh diperolehi daripada sumber makanan daripada jenis tenusu.

Kenapa Vitamin D sangat penting?

Vitamin D adalah salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat-sifat sebagai vitamin dan hormon. Ia diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium serta phosphorus. Di samping itu, ia juga berperanan membantu tumbesaran terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal kepada kanak-kanak.

Vitamin D yang cukup juga boleh mencegah daripada otot menjadi lemah, kanser kolon,osteoarthritis,osteoporosis dan hypocalcemia. Pada masa yang sama ianya mengatur denyutan jantung, serta meningkatkan imuniti dan penting untuk fungsi tiroid pembekuan darah yang normal.

Terdapat beberapa bentuk vitamin D, termasuk vitamin D2 yang datang daripada sumber makanan,vitamin D3 yang disintesis dalam kulit kesan daripada tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraungu matahari, dan yang terakhir sekali iaitu vitamin D5 adalah vitamin dalam bentuk tiruan. Di antara kesemua vitaman ini, viatamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan bertindak lebih aktif berbanding dengan vitamin-vitamin yang sedia ada.

Kepentingan Vitamin D – kenapa kanak-kanak perlukan Vitamin D?

Kanak-kanak memerlukan vitamin D bagi membantu tulang untuk tumbuh dan membesar. Vitamin D juga membantu kanak-kanak untuk menyerap kalsium yang diambil bagi keperluan badan mereka. Kekurangan vitamain D yang serius boleh menyebabkan Ricket iaitu kecacatan tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak,tulang mudah patah, bengkak sendi,dan lemah otot.

Selain itu, kekurangan vitamin D juga boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti osteoporosis, beberapa jenis barah, penyakit jantung dan juga kencing manis. Selain kanak-kanak, bayi dalam kandungan juga memerlukan vitamin D. Jika ibu yang mengandung tidak mengambil sumber vitamin D yang cukup ketika hamil, anak yang dilahirkan kemungkinan akan mengalami ketidak cukupan kalsium dalam darah.

Kepentingan Vitamin D kepada ibu mengandung

Oleh itu, vitamin D penting kepada ibu-ibu yang hamil bagi memastikan kandungan mereka dalam keadaan yang sihat. Secara umumnya doktor sentiasa menasihati ibu-ibu hamil supaya menjaga pemakanan mereka, kerana segala nutrisi yang diambil secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada kandungan mereka

Bagaimana kanak-kanak mendapat Vitamin D?

Kanak-kanak memdapat sumber bekalan vitamin D melalaui dua cara iaitu daripada cahaya matahari dan daripada sumber makanan. Sumber vitamin D daripada cahaya matahari terjadi apabila kulit kanak-kanak terkena sinaran cahaya matahari mengenai badan dan secara tidak langsung tercetusnya vitamin D ekoran tindak balas cahaya matahari kepada kulit manusia.

Terlalu lama berada di bawah sinaran cahaya matahari boleh menyebabkan kulit terbakar dan terjadinya infeksi kulit. Waktu terbaik bagi kanak-kanak mendapatkan vitamin D daripada cahaya matahari adalah pada waktu pagi. Walau bagaimana pun, pada hari-hari yang panas terik, digalakkan mendapat perlindungan daripada cahaya matahari kerana ianya tidak sesuai untuk kulit mereka.

Sumber lain Vitamin D

Manakala sumber bekalan vitamin D daripada makanan pula kebanyakannya boleh diperolehi daripada pelbagai jenis makanan. Makanan protein yang kaya dengan vitamin D seperti ikan salmon,mackerel dan sardin dan putih telur.

Ubi kentang dan oat juga merupakan makanan yang kaya dengan vitamin D. Terdapat juga beberapa jenis makanan yang tidak mengandungi vitamin tersebut tetapi telah diubah suai dan ditambah dengan vitamin D seperti mentega,beberapa produk tenusu dan beberapa jenis susu. Selain itu, susu formula untuk bayi juga mengandungi vitamin D.

Cukup atau tidak?

Cara terbaik untuk mengetahui adakah anak-anak mendapat sumber vitamin D cukup atau tidak adalah melalui ujian darah.

Ibu bapa perlu berjumpa doktor dan dapatkan nasihat daripada mereka. Jika anak anda mempunyai kulit yang agak gelap dan tidak mendapat cahaya matahari yang secukupnya atau lain-lain masalah berkaitan kekurangan vitamin D, berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan suplemen yang betul. Ketahuilah kepentingan Vitamin D. Kanak-kanak mungkin akan terdedah kepada risiko kekurangan vitamin D jika mereka :

1) Perlu menutup seluruh badan mereka untuk keluar daripada rumah
2) Mempunyai penyakit dan tidak boleh berada di tempat terbuka
3) Mempunyai kecacatan fizikal yang menyebabkan mereka kurang membuat aktiviti di luar rumah.
4) Mempunyai kulit yang agak gelap. Kanak-kanak yang agak gelap memerlukan lebih banyak vitamin D berbanding kanak-kanak yang berkulit cerah
5) Terlalu lama minum susu ibu daripada ibu yang kurang mendapat sumber vitamin D.

Oleh itu, kepentingan vitamin D tidak boleh dipandang remeh untuk pertumbuhan pembesaran bagi kanak-kanak. Terdapat satu kajian yang telah dijalankan oleh South East Asian Nutrion Surveys (SEANUTS) yang menyatakan bahawa satu daripada dua orang kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kekurangan vitamin D dan tidak mengambil kalsium yang cukup dalam hidangan harian mereka.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan sumber bekalan vitamin D bagi anak-anak mereka. Jadilah kita sebagai ibu bapa yang terbaik dalam memastikan anak-anak mendapat sumber bekalan vitamin D yang cukup sama ada melalui cahaya matahari atau pun daripada sumber makanan.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×