Terapi

5 Sebab Percutian Keluarga Lebih Penting Berbanding Hadiah & Mainan

48.2K
SHARES
kebaikan bercuti

Kalau ada duit lebih, ibu bapa mesti tak pernah lupa untuk membelanjakannya buat anak-anak. Selalunya, kalau kita tanya tanya mereka, mestilah anak-anak akan pilih permainan, bukan? Tapi, tahukah anda bahawa percutian keluarga sebenarnya lebih bermakna dan penting buat mereka?

Ternyata, telah pelbagai kajian yang dijalankan untuk membuktikan fakta ini. Antaranya pernah diulas dalam laman web Psychology Today, Daily Worth, dan The Telegraph. Semua laporan tersebut menyokong bahawa pengalaman travel serta waktu yang diluangkan bersama famili adalah lebih berbaloi berbanding permainan yang diberikan kepada anak-anak.

5 Sebab Percutian Keluarga Lebih Penting Berbanding Hadiah & Mainan

Berikut adalah 5 kebaikan bercuti untuk anak-anak yang lebih berbaloi berbanding apa jua jenis hadiah dan mainan di pasaran.

1. Ia Kekal Lebih Lama Dalam Memori Anak-anak

Menurut ahli psikologi, Oliver James, melalui The Telegraph, percutian keluarga dinilai sebagai sebagai suatu yang menyeronokkan pada seorang kanak-kanak. Malah, mereka mendapati bahawa memori ini akan tersimpan buat masa yang lama dalam memori mereka.

Saat-saat indah seperti berkongsi aiskrim, bergurau senda dengan ibu bapa, dan peristiwa lucu yang berlaku merupakan sesuatu yang akan menjadi kenangan indah dan unik. Oleh itu, berbanding permainan, ibu bapa sepatutnya melaburkan wang mereka untuk percutian.

bawa anak travel

Foto Kredit: tripit.com

2. Travel Memberi Manfaat Kepada Perkembangan Otak Anak

“Persekitaran yang baru menawarkan banyak manfaat kepada perkembangan otak anak; dari segi sosial, fizikal, kognitif, dan interaksi sensori,” seperti yang dijelaskan oleh Dr Margot Sunderland.

Bayangkan satu keluarga yang sedang bermandi-manda dalam kolam renang, berjalan bersama dalam hutan hujan tropika sambil menyentuh rumput dan dedaunan, membuat BBQ di hadapan khemah, dan merasai pepasir di pantai. Semua ini bukan saja memberi kesan yang positif terhadap mental dan fizikal, tetapi lebih mendalam lagi dari segi emosional setiap ahli keluarga.

Jadi, kalau anda rasa membawa anak kecil pergi bercuti adalah ‘membazir’ kerana anak masih belum dapat mengingat. Ternyata anda salah!

kebaikan bercuti

Foto Kredit: entitymag.com

3. Mengukuhkan Hubungan Kekeluargaan

Memang seronok apabila bercuti bersama keluarga kerana masing-masing melupakan seketika tentang kerja atau tugas rutin yang dilakukan setiap hari. Semasa bercutilah kita boleh berlari di pantai, membina istana pasir, dan bermain dengan ombak. Ia bukan sekadar permainan, tetapi pakar berpendapat bahawa ia juga sebenarnya merupakan ‘attachment play’.

Menurut mereka ‘attachment play’ bukan saja menyeronokkan, tetapi ia juga meningkatkan keyakinan diri dan mampu memberi mesej berikut: “Semua perhatian tertumpu pada kamu. Ibu ayah suka bermain dengan kamu, Ibu ayah suka meluangkan masa bersama kamu.”

http://www.theyummymummyclub.com/

Foto Kredit: theyummymummyclub.com

4. Beri Pengalaman Di Luar Kotak

Semasa pergi bercuti, kita semua berada di luar zon selesa. Semasa di luar zon selesa, kita lebih cenderung bereksperimen dan belajar melakukan perkara yang baru. Semua pengalaman ini membantu untuk kita berfikir di luar kotak. Malah, kebaikan bercuti juga membantu anak-anak untuk bersifat lebih terbuka dan berdikari.

Bukan itu saja, anak-anak dapat didedahkan dengan pelbagai budaya di negeri orang dan belajar untuk menghormati antara satu sama lain.

bawa anak travel

Foto Kredit: travel-project.com

5. Menggalakkan Penerokaan

Kanak-kanak juga sebenarnya melihat dunia dari sisi yang unik. Semasa travel, anak-anak akan memproses perincian maklumat yang mungkin tidak kita sedari. Kita seharusnya membenarkan penerokaan ini berlaku di sekeliling mereka secara semulajadi.

Contohnya, mereka mungkin perasan beberapa jenama permainan yang kelihatan di negara lain, tetapi tidak di negara kita. Bahkan, mereka mungkin lebih cepat berinteraksi dengan kanak-kanak lain walaupun berbeza bahasa dan budaya!

kebaikan bercuti

Foto Kredit: lifehacker.com

Dekat Atau Jauh Bukan Soalnya…

Memang benar permainan yang kita belikan boleh menceriakan dan mengisi masa lapang mereka. Tapi, pengalaman dan kebaikan bercuti yang tercipta bersama keluarga adalah unik dan sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Dekat atau jauh bukanlah ukuran. Sebaliknya, masa berkualiti dan aktiviti yang dilakukan bersama semasa bercuti tidak sama berbanding pengalaman di rumah. Inilah yang menjadikan anak-anak teruja untuk bercuti bersama ibu bapa, walaupun mereka mungkin tidak menyedarinya!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×