Percutian

Bawa Bayi Travel 8 Negara Dalam 8 Bulan, Ini Tips Dari Saya

16K
reads

Adam Jibreel mula dibawa travel oleh ibu bapanya sejak umurnya 50 hari lagi. Negara pertama yang dilawati adalah Brunei. Dan seterusnya Maldives, Medan (Indonesia), Melbourne (Australia), Manila (Filipina), Guangzhou (China), Singapura, Perth (Australia), Jogjakarta (Indonesia). Pada usia 8 bulan, Adam telah pergi ke luar negara sebanyak 8 kali dengan pelbagai cuaca dan musim! Antaranya musim panas di Maldives dan musim sejuk di Melbourne.

Pengalaman bawa bayi naik kapal terbang bukanlah sesuatu yang baru buatnya. Ketika di Malaysia pun, hampir setiap minggu mereka akan pergi ke JB atau KL dari Batu Pahat. Bawa bayi travel bukanlah sesuatu yang mudah. Pada awalnya, proses ini memang agak mencabar.

Oleh sebab itu, kami amat berbangga kerana ibunya, Puan Aiza, juga seorang bekas doktor perubatan, sudi berkongsi tips dan pengalaman menarik beliau membawa bayinya, Adam Jibreel travel ke serata dunia. 

bawa-bayi-travel-2

Bawa Bayi Travel 8 Negara Dalam 8 Bulan, Ini 10 Tips Daripada Saya

1. Persediaan Badan

Biasanya, bila Adam Jibreel nak travel, saya akan bagi immune-boosting meal dekat Adam. Sebenarnya macam buat sup biasa, yang penting sebaiknya ada parsnip, tulang-belulang dan isi ayam, bebawang, dan celery. Semua bahan ini memang meningkatkan pertahanan badan

Jadi, dalam seminggu atau sekurang-kurangnya 3 hari sebelum nak jalan jauh, saya bagi Adam sup kebal imun. Dan kalau rajin, lepas balik pun bagi lagi. Bila pergi negara yang ada perubahan suhu, takut balik terus demam.

Kalau waktu travel pula, bawa frozen bone broth, campak saja segala bahan, stimkan, kemudian kisar. Tak payah tumis-tumis. Mudah kan?

bawa-bayi-travel-4

2. Flight Malam Lebih Baik

Kami ajar Adam travel dari kecil, bermula dengan jarak terdekat. Dari flight 40 minit, naik kepada 1 jam, 2 jam, dan akhirnya paling lama dalam flight 10 jam. Adam survived dengan tidur saja!

Kalau nak selesa, penerbangan waktu malam adalah lebih bagus sebab pada waktu malam bayi boleh berehat berbanding pada waktu siang. Jadi, kalau kami travel jauh (long haul), kami akan pilih waktu penerbangan malam supaya apabila sampai nanti Adam akan cergas dan tak layu nak ‘lanyak’ sana sini. Apapun, kami biasakan juga flight siang dan flight malam.  

3. Persediaan Di Lapangan Terbang

Sebelum masuk boarding area, pam siap-siap. KLIA/KLIA2 banyak babyroom di Departure Hall, BUKAN selepas custom area.Jadi, tukar diaper walaupun belum penuh lagi. Untuk flight malam, tukar sleepsuit siap-siap.

Selepas masuk boarding area, tak payah bagi susu atau tidurkan bayi dulu. Cuba alih perhatian bayi dengan jalan-jalan, tunjuk itu tunjuk ini. Paling bagus kalau duduk kawasan paling depan sekali untuk memudahkan kita masuk dalam kapal terbang terlebih dahulu, terutamanya kalau ada bawa stroller bersama.

bawa-bayi-travel-5

4. Menyusu Untuk Elak Perubahan Tekanan

Kalau tak diajar dari awal, bawa bayi naik kapal terbang sebenarnya agak susah, lebih-lebih lagi apabila melalui perubahan tekanan (pressure changes) semasa take off dan landing.

Tipsnya, bila kapal terbang dah nak gerak, terus susukan bayi, tak kisahlah sama ada menyusu direct atau melalui botol susu. Kalau bayi tidur pun, sumbat juga. Semasa tempoh ini, tekanan berubah, jadi bayi akan hisap juga untuk mengadaptasi kepada perubahan tersebut. Lepas ‘seatbelt sign’ dah tak dinyalakan lagi, bolehlah lepaskan.

5. Keperluan Untuk Menyusu Badan

a) Extension, international adaptor

b) Bottle warmer. Sebelum naik flight, ambil satu botol yang dah dipanaskan dan masukkan dalam warmer bag untuk kegunaan waktu take off dan landed.

c) Cool bag, warm bag, ice pack. Banyak-banyak. Masa pergi Brunei hari itu saya bawa 1 cool bag, 1 lagi warm bag. Tak plan nak buat stock EBM kat sana, alih-alih dapat bawak souvenir balik Malaysia 10paket susu, 8 botol susu. Maka, terpaksalah beli satu lagi cool bag dengan icepack. Alhamdulillah semua susu selamat sampai ke rumah dalam keadaan sejuk lagi! (Saya guna Coleman, JJ Cole dengan Skiphop. Icepack guna Daiso dan Coleman. Tahan sampai 12jam!)

Susu perahan (EBM) boleh hand carry kalau travel dengan bayi, tapi tak boleh lebih 10 paket. Air masak atau air dalam thermos kena buang dan kemudian isi balik lepas scan dan sebelum take off.

d) Breastpump, bottle, plastic bag, adapter, USB adapter dan powerbank. Sebab nak maintain jadual mengepam. Nak elakkan bengkak susu, maka pam dimana-mana walaupun dalam flight.

e) Milkbooster. Air masak, Vsoy, biskut oat.

f) Nursing cover atau extra blanket. Penting! Kalau travel dengan Adam memang saya bawa 2 blanket. Satu blanket nipis, satu blanket tebal dan besar.

Pastikan hotel yang kita pergi mesti ada fridge, kena double-check ya.

bawa-bayi-travel

6. Makanan Bayi

Biasanya, saya akan sediakan makanan Adam dalam bentuk chill. Pastikan chill lebih 3 jam untuk mendapatkan suhu sejuk maksimal. Kemudian, bila nak jalan, saya guna mealbag jenis insulated untuk simpan makanan Adam.

Kalau perjalanan pendek, cukup satu iceblock saja, tapi kalau masa perjalanan panjang, saya akan letak extra iceblock untuk tahan sejuk dalam insulated mealbag. Setakat ini, the longest ever sejuk adalah 18jam, dari Batu Pahat sampailah ke Melbourne. Alhamdulillah sejuk.

Bila waktu makan, saya campurkan bubur dan puree, kemudian minta air panas dekat kedai makan atau cabin crew dalam flight. Kadang-kadang minta cabin crew panaskan dekat belakang. Lagi senang.

Untuk premium airlines, kita boleh juga pre-book baby/kids food.

bawa-bayi-travel-6

7. Perlukah Bassinet?

Masa check-inpremium airlines boleh request untuk bassinet kalau penerbangan melebihi 3 jam. Untuk AirAsia, kenalah pre-book dekat hotseat area. Sebenarnya saya tak suka bassinet sebab agak leceh. Bila turbulance, kena angkat baby, lepas itu letak balik. Jenuh, akhirnya pangku juga.

Kalau flight ada banyak seat kosong, atau flight besar-besar with 3-4-3 seater, pergi cari area yang ada 4 atau 3 seat kosong untuk baringkan baby. Tapi, bila turbulance, pangku balik ya!

8. Tidurkan Bayi Secukupnya

Untuk long haul flight, yang melibatkan perubahan masa, seeloknya tidurkan baby selama yang boleh untuk mengelakkan baby cranky bila dah sampai. Bila cukup tidur, mood mereka lebih baik bila dah sampai.

Di Maldives

Gambar kenangan di Maldives

9. First Aid Kit

Walaupun Adam tak pernah kena demam atau apa-apa sakit sejak lahir, setiap kali travel memang tak pernah ‘missed’ 4 benda ini. Bukan ubat mahal-mahal atau ‘branded’, cuma persediaan asas jika bayi sakit.

a) Paracetamol Syrup
Boleh pergi ke farmasi Klinik Kesihatan berdekatan dan minta. Cara pemberian, boleh consult Pharmacist/Doctor/Nurse/Pegawai Perubatan (nak tanya saya pun boleh). Antibiotik? NO, you don’t need antibiotics, mommies. Tak semua keadaan memerlukan antibiotik. Yang penting, bila anak demam, PCM secara berkala. Jangan sekejap bagi, sekejap tak bagi. Tepid sponging (basahkan badan anak dengan tuala. Jangan selimutkan anak. Kalau tak nampak perubahan, dapatkan rawatan lanjut dari doktor.

b) Termometer
Nak jenis digital boleh, jenis yang ambil bacaan dalam mulut, celah ketiak, dahi pun boleh. Bacaan demam adalah : 37.7c dan ke atas. PLEASE BE MORE ALERT kalau bacaan lebih 38c. Kalau tak travel pun, penting untuk ada termometer di rumah!

c) Supp Paracetamol
Pastikan tahu cara menggunakannya. Kalau tak pandai pakai, jangan pandai-pandai pakai. Cuma diberikan kalau suhu anak tak turun-turun daripada >38c, walaupun lepas diberi syrup paracetamol. Jangan asal demam saja bagi. NO.

d) Calamine + Zinc Oxide Lotion/Cream
Saya guna Calazin saja. Boleh dapat dekat farmasi, harga tak sampai RM10 pun. Kegunaannya untuk diaper rash atau merah-merah sebab sembelit/diarrhea. kalau eczema, saya guna Atopiclair. boleh cari dekat Farmasi juga.

e) Insurans Travel
Kalau pergi mana-mana, saya tak pernah ‘missed’ insurans untuk diri sendiri dan bayi juga. Malang berbau kan? Mampak remeh, tapi penting tau!

bawa-bayi-travel-3

10. Jangan Panik!

Akhir sekali, tolong jangan panik atau stres kalau anak menangis dalam flight, terutamanya masa pertama kali di tempat baru.

Beri masa untuk bayi adapt. Bertenang, relaks. Kalau kita tak biasa naik kapal terbang pun cuak juga bukan?

bawa bayi naik kapal terbang

Gambar kenangan di Australia

Practice Makes Perfect!

Yang penting, travel bukan nak hit sebanyak mana negara kita mampu pergi. Travel bukan sebab kaya atau loaded. NO.

Tapi, ia adalah salah satu pembelajaran ‘learn from experience’. Inilah yang kami cuba terapkan pada Adam Jibreel. Walaupun kami tak selasak backpacker, kami banyak belajar apa yang Adam perlukan.

Jadi jangan takut nak travel dengan baby, anda mesti boleh lakukannya!

 

*Perkongsian Puan Aiza ini diambil melalui sebahagian daripada album beliau Akmal-Aiza-Adam Jibreel Tips & Sharing. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Boleh follow beliau di SINI untuk lebih banyak ‘update’ serta perkongsian menarik!

**Boleh juga follow Instagram Ellezafeera, boleh dapatkan koleksi baju Melayu dan pre-order serendah RM100 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak.

Yang Popular

To Top