Sejak Airasia menawarkan penerbangan ke Australia, ramai yang mula sambar tket ke Perth kerana ia lebih murah berbanding bandar besar seperti Melbourne dan Sydney. Tapi, destinasi ini tidak kurang hebatnya. Berikut adalah perkongsian daripada Puan Huda Hamid yang sudi berkongsi pengalaman dan tips untuk ke Perth. Siap bawa bayi lagi!
Hai semua. Ramai yang bertanya tentang itinerari bercuti ke Perth, Australia dengan tidak menyewa kereta untuk percutian 5 hari dan 4 malam.
Biasanya orang pergi Perth akan sewa kereta. Tapi kami lagi suka pilih ‘public transport’. (Nak ‘save’ bajet punya pasal)
Disebabkan perancangan ‘last minute’ iaitu seminggu dari tarikh pergi, jadi kami redah saja.
Itinerari Lengkap Bercuti Ke Perth, Australia 5H 4M Dengan Bajet RM845 Seorang
Berikut adalah itinerari lengkap kami bercuti ke Perth beserta dengan kos (tidak termasuk tiket penerbangan).
Kami pergi Perth dari 21/8/16 – 25/8/16
(2 Dewasa & 1 Bayi)
Menginap di City Water Lodge (Apartment)
Bajet/Kos
1. VISA : RM20 seorang
*VISA boleh buat dekat KLIA, Balai Perlepasan (Departure Hall) KAUNTER D – bagi yang pergi dengan Malaysia Airlines (MAS) sahaja. Airlines lain kena buat melalui travel agent/secara online.
2. Penginapan di City Water Lodge : RM 940 – jadi seorang dalam RM470. Bilik kami ade satu single bed dan satu queen bed.
3. Simcard Optus : AUD 10 = rm31 (5hari) Lepas je dari pemeriksaan kastam dekat Perth Airport, boleh terus beli dekat luar.
4. Bus / Train : AUD 28 = RM87 seorang
5. Caversham : AUD 27 = RM84 seorang
6. Kailis Fish & Chip : AUD 16.90 = rm53
7. Barangan dapur / groceries : RM100 – Masak sendiri. Sebab dekat Apartment boleh masak.
Jumlah:- RM 845
Hari Pertama
⁃ Hello Perth! Perjalanan 5 jam lebih. Suhu sekitar 17’Celcius. (Kami pergi semasa musim sejuk – Ogos)
⁃ Dari Perth Terminal 1 nak ke Apartment (dekat Perth City/CBD) boleh naik bus nombor 380. Masa naik tu boleh cakap dekat pemandu bas nak turun dekat Novotel Hotel (landmark) sebab City Water Apartment terletak belakang Hotel Novotel. Tiket bus AUD 4.60 (seorang).
⁃ Sampai apartment & check in, rehat kejap kemudian pergi jalan-jalan sekitar kawasan Bell Tower. Dalam masa 12 minit jalan kaki.
Hari Kedua (Fremantle)
⁃ Dari Apartment, kami jalan kaki ke bus stop hanya 5 minit (bus stop terletak di depan Hotel Novotel)
⁃ Naik bas no 111 / 103 / 158 terus ke Fremantle (bas sampai setiap 5 minit). Perjalanan lebih kurang dalam sejam. Tiket bas AUD 4.60 (seorang) sebab Fremantle terletak luar dari bandar (Zone 2).
⁃ Lunch dekat Kailis Fish & Chips (HALAL). Kalau sampai kat Fremantle, memang tak sah kalau tak rasa Fish & Chips! Memang rasa segar, sebab kawasan Fremantle terletak di tepi laut. Harga Fish & Chips AUD16.90.
⁃ Di Fremantle ada pasar setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad. Salah satu pasar yang paling murah dan meriah untuk beli souvenir adalah di ‘E Shed’ dekat dengan Train Station Fremantle.
⁃ Alang-alang train station dah dekat (jalan kaki sekitar 9 minit), kami balik naik train & berhenti di Perth Station. Tiket AUD 4.60 (seorang) (Zone 2).
⁃ Dari Perth Station, dekat Jamie Oliver Restaurant, kami singgah bergambar di depan restoran. Kemudian, kami singgah Coles Supermarket beli barang dapur untuk masak makan malam (nasib baik bawa Mr Chef).
⁃ Masa nak balik, kami berjalan kaki sampai ke jalan St George Terrace dan naik bas. Bas ini akan berhenti depan Hotel Novotel.
Hari Ketiga (Caversham Wildlife Park)
⁃ Kalau pergi Australia, mesti nak tengok kangaroo. Jadi, sebelum ke Perth kami dah survey tempat Wildlife Park, Caversham. Dekat sini bolehlah nak bergambar dengan haiwan, bagi kangaroo makan, dan sebagainya. Ada jadual masa yang Wildlife Park sediakan.
⁃ Dari Perth Station, beli tiket (Zone 2) AUD 4.60 dan pergi ke Midland Line. Berhenti dekat Bassendean Station (perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit).
⁃ Bila turun dari train, boleh naik bas no 955 @ 956. Cakap dekat pemandu bas, nak pergi ke Whiteman Park. Tiket boleh pakai tiket train tadi (sebab satu tiket boleh pakai dalam masa 2 jam dari tarikh beli). Jimat kan?
⁃ Sampai Whiteman Park, dekat pintu masuk ada satu pondok untuk ‘call’ shuttle bus ke Caversham Wildlife Park (percuma). Nak jalan pon boleh tapi jalan around 2km. Last shuttle bus 4pm.
⁃ Harga tiket masuk ialah AUD 27 untuk dewasa. Buka setiap hari (kecuali krismas) dari 9 pagi – 5.30 petang.
⁃ Macam-macam aktiviti dan show ada. Antaranya:
i. Tangkap gambar dengan Koala
Masa :9pg – 9.30pg / 11.30pg-12tghari / 2.30ptg-3ptg / 4ptg-4.30ptg
ii. Farm Show tengok sheep shearing
Aktiviti cukur bulu kambing. Boleh susukan lembu dan kambing juga.
Masa :10pg / 1ptg / 3ptg
iii. Meet the Wombat & Friends
Masa : 11pg /2ptg / 3.45ptg
iv. Penguin Feeding
Masa : 12tghari / 2ptg
⁃ Kalau nak makan sini, ada jual halal food tapi kena tanya. Kami lebih selesa bawa bekal sendiri. Jimat, kata Mr Chef. Dekat sini ada picnic area. Jadi, jangan segan-segan nak berkelah!
⁃ Bila nak balik, naik shuttle bus sampai gate depan. Lepas itu, tunggu bas 955 @ 956 ke Bassendean Station. Bas akan sampai setiap 10minit.
⁃ Sampai train station, beli tiket (Zone 2) AUD 4.60 & berhenti dekat Perth Station.
Hari Keempat (Watertown Brands Outlet)
⁃ Watertown Brands Outlet Centre mcm JPO, Mitsui. Tapi, harga barang murah juga. Esprit sales 50-70%, Levi’s buy 1 free 1. Memang tak boleh tahan nafsu!
⁃ Dari Apartment jalan sampai Wellington Street dalam 20 minit, then naik Yellow Cat Bus (FREE) around 7 minit & berhenti betul-betul depan Watertown.
⁃ Dekat sini ada jual kebab Halal.
Hari Kelima (Hari Terakhir)
⁃ Memandangkan flight pukul 3.30 petang,kami checkout pukul 10 pagi.
⁃ Kemudian naik bas 380 (terus ke Airport Terminal 1). Bas ke airport setiap 30 minit. Tiket berharga AUD 4.60.
⁃ Di lapangan terbang Perth ada mini playground dan surau.
Lagi Info & Tips
⁃ Semua bas dalam bandar di Perth adalah PERCUMA. Kalau keluar dari bandar, kira keluar Zone 2, 3, 4, baru kena bayar tambang. Kalau naik bas, sangat menyenangkan untuk sesiapa yang bawa stroller atau pakai wheelchair. Tiket bas & train boleh valid sampai 2 jam. Maka, dalam masa 2 jam boleh naik atau turun bas kalau salah. Best kan?
⁃ Untuk maklumat lanjut, boleh tengok laman web Transperth. Boleh siapkan pelan perjalanan untuk bercuti ke Perth.
⁃ Semasa bercuti ke Perth, kalau nak senang pergi mana-mana, lebih baik beli simcard Optus. Simcard harga AUD 2 & Internet 500mb AUD 2 untuk 1 hari. Bolehlah guna Google Maps atau Waze.
⁃ Kaunter reception di City Water Apartment available dari pukul 8 pagi – 8malam. Apartment ini memang best. Setiap hari tukar tuala, toiletries, dan kemas bilik. Dalam apartment ada disediakan dapur, tv, pemanas badan, private bathroom, peti sejuk, iron, hair dryer. Wifi ada tapi kena bayar. Sebab itu kena beli simkad. Dalam bilik ada 1 katil queen & 1 katil single. Boleh tidur 3 orang . Mini market cuma 5 minit dari apartment (berhadapan Hotel Novotel). Apartment berhadapan dengan Swan River.
⁃ Visa Australia boleh siap terus. Tapi kalau nama sangkut, ambil masa 12 jam.
⁃ Nak masuk negara Australia, pastikan anda tidak membawa barang-barang yang berunsurkan tenusu (dairy), buah-buahan dan bijirin tak boleh bawa masuk. Kalau ada bawa ikan bilis ke, Maggi ke, pastikan anda DECLARE!
Seronok bercuti ke Perth, tanpa perlu berbelanja lebih. Tapi, pastikan anda semua merancang perjalanan anda sebaik mungkin!
*Perkongsian asal melalui FB post Puan Huda Hamid ini diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.