Inspirasi

5 Skil Baru Yang Dikuasai David Beckham Sejak Bergelar ‘Surirumah’

759
SHARES

Setelah 20 tahun berkecimpung dalam sukan bolasepak, David Beckham telah mengumumkan persaraan beliau sejak bulan Mei 2013. Sejak dari itu, mungkin ramai tak tahu bahawa David Beckham lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama anak-anak di samping memberi peluang kepada isterinya, Victoria Beckham, untuk melebarkan sayap dalam bidang fesyen.

Atas tuntutan karier pada suatu masa dahulu, beliau akui telah banyak meluangkan masa di luar. Oleh itu, kini beliau amat gembira dan teruja untuk menguruskan 3 orang puteranya, Brooklyn, 17; Romeo, 14; Cruz, 11; dan seorang puterinya, Harper, 5.

Foto Kredit: stuff.co.nz

Foto Kredit: stuff.co.nz

5 Skil Baru Yang Dikuasai David Beckham Sejak Bergelar ‘Surirumah’

1. Mengambil & Menghantar Anak Ke Sekolah

Sejak menjadi ‘surirumah’, Beckham kini menggalas tugas menghantar dan mengambil 4 orang anak-anak mereka ke sekolah, kelas balet, latihan sukan, dan sebagainya.

Tanpa bantuan pemandu peribadi, beliau melakukannya semua dengan sendirinya. Rutin ini mengambil sebahagian besar daripada masanya setiap hari, sehingga beliau sendiri mengakui berasa seperti seorang pemandu Uber, katanya berseloroh.

david-beckham

2. Memasak

Di laman Instagram beliau telah tersiar beberapa keping gambar di mana beliau menunjukkan skil memasak pancakes, pie, pizza, dan sebagainya. Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa David Beckham mempunyai minat mendalam dalam seni kulinari atau masakan. Ketika menjadi pemain bolasepak di Milan, beliau sempat mengikuti kelas memasak profesional selama 6 bulan.

Dalam tempoh tersebut, antara masakan yang telah mahir dimasak adalah risotto dan pasta, iaitu juga makanan kegemaran anak-anak beliau. Ternyata, kursus tersebut tentunya banyak memanfaatkannya sekarang!

david-beckham-5

3. Menjahit

Dalam sebuah gambar di laman Instagram isterinya Victoria, kelihatan David Beckham sedang duduk di atas lantai dan menjahit pakaian untuk patung anaknya perempuannya, Harper.

Siapa sangka, dalam gaya penuh maskulin, beliau tetap mahu mencuba untuk menghasilkan sendiri pakaian anak patung tersebut buat anak kesayangannya itu.

Foto Kredit: Instagram Victoria Beckham

Foto Kredit: Instagram Victoria Beckham

4. Mendidik Anak

Walaupun keluarganya kini hidup senang-lenang dan kaya raya, Beckham dan isterinya tetap tegas dalam hal mendidik anak-anak mereka. Biarpun ada yang menggelar mereka sebagai ketinggalan zaman, tetapi rata-rata ramai yang mengagumi pendirian mereka. Buktinya, kesemua 4 orang anak Beckham diajar untuk melakukan kerja rumah seperti mencuci pinggan mangkuk, mengemas katil masing-masing, dan beberapa lagi kerja rumah lain.

Tambah beliau, sekiranya anak-anak mereka tidak melakukan tugas tersebut, mereka tidak akan diberi duit poket. Malah, anaknya Brooklyn pernah bekerja di West London Coffee Shop pada setiap hari Sabtu supaya dapat belajar berdikari.

Brooklyn dilihat menjaga adiknya, Harper. / Foto Kredit: mirror.co.uk

Brooklyn dilihat menjaga adiknya, Harper. / Foto Kredit: mirror.co.uk

5. Mengawal Laman Sosial Anak-anaknya

Dengan meningkatnya usia anak-anak, Beckham dan isterinya Victoria mengakui bahawa tugas mereka semakin mencabar dari sehari ke sehari. Apatah lagi anak lelaki sulung mereka, Brooklyn, yang kini memiliki lebih 4 juta follower di Instagram.

Namun, populariti ini sama sekali tidak menjadi ‘tiket’ untuk mereka memuatnaik apa saja yang disukainya. Menurut pasangan tersebut, mereka sentiasa memantau dan mengambil tahu semua perkara yang dimuatnaik oleh semua anak mereka di laman sosial.

david beckham

Victoria Beckham yang menerima medal Order Of The British Empire. / Foto Kredit: buro247.com

Sentiasa Menyokong Kerjaya Isterinya

Dalam kesibukan menguruskan anak-anak di rumah, beliau adalah penyokong nombor satu isterinya dalam kerjaya. Mereka dilihat menghadiri kebanyakan fashion show yang dianjurkan oleh Victoria.

Malah, dalam temubual Victoria sentiasa berterima kasih kepada suaminya itu yang terlalu banyak menyokong kerjayanya sehingga berjaya menubuhkan sebuah empayar yang hebat di United Kingdom. Terbaru, isterinya tersebut menerima medal Order of the British Empire, OBE pada awal minggu ini.

Banyak yang dapat kita contohi daripada pasangan ini  yang amat menitikberatkan disiplin anak-anak. Walaupun kaya dan terkenal, Beckham masih mempertahankan nilai-nilai kekeluargaan yang kukuh dalam keluarganya. Selain itu, anak-anak mereka turut didedahkan dengan adab dan kerja-kerja amal sejak kecil lagi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×