Famili

[FOTO] Wajah Terkini Anak-Anak Pasangan Beckham, Yang Bongsu Paling Cute!

5.2K
SHARES

Siapa yang tidak mengenali lagenda bola sepak antarabangsa dari England bernama David Beckham. Bukan sahaja terkenal dengan menyarungkan jersi bernombor 7 setiap kali perlawanan, David juga amat dikenali dengan mempunyai keluarga yang sangat diminati ramai!

Berkahwin dengan bintang pop terkenal Victoria Beckham pada tahun 1999, mereka telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper.

Bukan sahaja populariti David dan Victoria melonjak, malah anak-anak mereka turut menjadi perhatian media dari seluruh dunia.

WAJA-WAJAH TERKINI THE BECKHAM’S, KACAK DAN COMEL!

1.Brooklyn Beckham

Merupakan anak sulung kepada pasangan ini. Kini berusia 20 tahun, Brooklyn lebih menggemari dunia fotografi dan kerapkali menjadi tumpuan media apabila datang soal percintaan. Memiliki wajah yang seiras dengan ayahnya, Brooklyn juga pernah menjadi model bagi majalah terkenal dunia.

2.Romeo Beckham

Merupakan anak kedua bagi pasangan Beckham, Romeo yang kini berusia 16 tahun mempunyai iras si ibunya, Victoria. Romeo dilihat lebih menggemari aktiviti suka seperti tennis berbanding bola sepak. Nampaknya ada harapan untuk jadi pemain tennis profesional suatu hari nanti.

3. Cruz Beckham

Anak ketiga kepada pasangan Beckham ini kini sudah berusia 14 tahun! Apa yang menariknya, Cruz mempunyai kelebihan yang sedikit berbeza dari kedua-dua abangnya kerana Cruz pandai menyanyi! Comel!

4. Harper Beckham (8 tahun)

Selepas mempunyai 3 orang anak lelaki, David Beckham juga mempunyai hasrat untuk mempunyai anak perempuan dan hajatnya menjadi kenyataan apabila dikurniakan anak perempuan bernama Harper. Harper yang kini berusia 8 tahun menjadi anak kesayangan kepada si ayahnya. David juga pernah bergurau dengan media bahawa sesiapa yang mahu menawan hati Harper, perlulah berhadapan dengannya dahulu.

*Comel dan kacak semuanya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×