Famili

#ProjekMimpi: Macam Anak Dara! Tak Sangka Pengantin Ini Usia 60 Tahun Selepas Disolek

1.5K
SHARES

Di hari pernikahan atau hari bahagia, sudah semestinya keinginan setiap wanita untuk tampil cantik dan bergaya menjadi perkara utama yang harus difikirkan. Jadi, pemilihan busana dan jurusolek memainkan peranan penting agar keinginan tersebut boleh dicapai. Hasil solekan yang lawa sekali gus mampu ‘menghidupkan’ lagi seri wajah pengantin dan membuatkan mereka lebih ceria dan yakin.

Baca juga: 10 Kedai Baju Tunang, Nikah Di Shopee, Cantik & Harga Berpatutan!

MACAM ANAK DARA, TAK SANGKA PENGANTIN INI USIA 60 TAHUN

pengantin 60 tahun

Hal ini sama seperti perkongsian seorang jurusolek hebat iaitu Erma Tahir yang memuat naik satu video hasil solekannya. Tanpa disangka-sangka, pengantin itu ternyata berumur 60 tahun. Wah! hasil make-up nampak seperti lingkungan 30-an. Hebat!

Menurut Erma, bakal pengantin pada mulanya agak ragu-ragu sekiranya faktor usia akan mempengaruhi dan tidak dapat merealisasikan hajatnya untuk tampil cantik ketika hari bahagia. Walau bagaimanapun, Erma telah membuktikan umur bukanlah penghalang dan berjaya membantu bakal pengantin untuk kekal jelita meskipun sudah berusia 60 tahun.

“Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Selamat pengantin baru pengantin,”.

“YA ALLAH CANTIKNYA,,,”

Sudah pasti video tersebut mengundang ribuan komen daripada warganet yang turut teruja dengan hasil tatarias Erma. Mereka juga tidak melepaskan peluang memuji kejelitaan pengantin meskipun tanpa make-up. Sehingga kini, video itu telah menerima 340,400 tontonan. Memang hebat!

Selamat pengantin baru aunty! Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Sumber: TikTok Erma Tahir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×