Hebahan

[UPDATE] 5 Lagi Budak Disyaki Difteria Di Johor Bahru

7.7K
SHARES

Seperti yang ramai maklum, seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun telah meninggal dunia pada Khamis lalu akibat difteria.

Terbaru, 5 lagi kanak-kanak di Johor disyaki positif difteria termasuk kakak kepada kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia tersebut.

Kini Berada Di Hospital Sultanah Aminah

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata, kesemua 5 orang kanak-kanak berusia bawah 4 tahun itu pernah berhubungan atau bertemu mangsa dan mereka antara 52 orang yang dikesan hasil saringan dilakukan Jabatan Kesihatan Johor.

Mereka mempunyai hubungan berdekatan kediaman, selain berada di taska.

“Mereka semua dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam untuk pengasingan wad selepas mempunyai simptom penyakit berkenaan,” katanya pada sidang media di menerusi Harian Metro.

Penyakit difteria

Foto Kredit: kpkesihatan.com

Diberi Antibiotik

Pemberian antibiotik selama 14 hari diberikan kepada semua kanak-kanak itu dan ia akan dianggap berjaya serta populasi normal sekiranya keputusan negatif.

Sekiranya pemberian ubat itu berkesan, 3 pesakit iaitu dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki akan dibenarkan keluar wad dan pulang ke rumah.

“Ini kerana semua kanak-kanak itu sudah mendapatkan rawatan sejak 19 Februari lalu, (dan) selepas lebih 48 jam dirawat, penyakit itu tidak aktif kepada populasi,” katanya.

Namun, 2 lagi pesakit iaitu kakak kepada pesakit yang telah meninggal dunia dan seorang lagi kanak-kanak lelaki masih dikuarantin.

 

4 Daripada 5 Kanak-kanak Tersebut Menerima Imunisasi

Dimaklumkan bahawa 4 orang kanak-kanak yang terkena jangkitan difteria ini telah divaksin kecuali kakak kepada mangsa yang telah meninggal dunia.

Untuk pengetahuan, penyakit ini tersebar melalui air liur dan peluh yang mempunyai hubungan secara langsung dengan pesakit.

Justeru pihak Kesihatan telah melaksanakan saringan termasuk sesiapa yang pernah melawat lokasi tempat mereka tinggal termasuk klinik swasta, kakitangan hospital dan di taska.

Katanya, keadaan kanak-kanak berkenaan stabil, selain memastikan mereka tidak menjangkiti orang lain.

penyakit difteria

Foto Kredit: Laman Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Ibu Ayah Kena Alert

Jangkitan difteria ini amat merbahaya dan boleh menyebabkan maut sekiranya lambat mendapatkan rawatan, apatah lagi jika tidak divaksin.

Oleh itu, ibu ayah kena peka dengan simptomnya yang seakan-akan tonsil.

Yang paling penting, lengkapkan imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh KKM.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×