Hebahan

“Mahalnya Harga Seorang Anak”- Doktor Seru Ibu Bapa Ambil Langkah Cegah Difteria

1.9K
SHARES
difteria

Sejak kebelakangan ini, isu vaksin dalam kalangan anak-anak menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia. Seperti yang ramai sudah maklum, seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun telah meninggal dunia pada Khamis lalu akibat difteria. Terbaru, 5 lagi kanak-kanak di Johor disyaki positif difteria termasuk kakak kepada kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia tersebut.

Berdasarkan terjadinya kes ini, salah seorang pakar Otorhinolaryngologi, telinga, hidung dan tekak tampil untuk memberikan penjelasan tentang simptom yang mungkin terjadi kepada anak-anak mengenai penyakit difteria. Kena alert!

Mahalnya Harga Seorang Anak : 5 lagi positif Difteria!

Lima lagi kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria, kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA). Ini berita yang amat-amat membimbangkan. Tuan-tuan dan puan-puan, perhatikan anak-anak kita. Lihat juga diri kita dan pasangan kita.

Jangkitan ini mudah berjangkit melalui beberapa cara:

1. Cairan pernafasan pesakit

2. Batuk dan bersin di dalam jarak dekat dengan pesakit

3. Sentuhan pada pesakit yang tercemar dengan cecair pernafasan

Kenalpasti simptom dan gejala ini pada ahli keluarga anda!

1. Sakit pada tekak

2. Kesukaran untuk menelan makanan dan minuman

3. Selaput putih atau kelabu boleh dilihat pada kawasan tekak dan sekitarnya

4. Disertai gejala seperti demam, lesu dan tidak sedap badan

5. Bengkak pada kelenjar leher

Kita boleh mengelakkan anak-anak kita mendapat jangkitan ini dengan pemberian suntikan vaksin. Yang masih mahu berubah, saya doakan kalian lakukan langkah ini seberapa segera mungkin untuk kesihatan anak-anak kita dan anak-anak seluruh masyarakat di negara kita.

Mengapa jangkitan difteria ini amat berbahaya?

1. Selaput putih yang terbentuk pada tekak dan farinks pesakit boleh mengakibatkan pesakit kesukaran bernafasan

2. Ia juga boleh menyebabkan pembengkakan pada leher

3. Toksin yang menyerap ke seluruh tubuh juga boleh merosakkan organ lain seperti jantung

Bantulah komuniti masyarakat kita. Sayangi anak-anak kita. Penyakit ini mampu untuk dicegah. Lengkapkan suntikan imunisasi untuk anak-anak kita. Ya, terlalu mahal harga untuk anak-anak kita. Ia anugerah yang tidak pernah ternilai. Hargailah ia.

Sumber : Dr Ezairy M.Sallih, Doktor Otorhinolaryngologi, Telinga, hidung & tekak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×