Rakyat

KKM Sahkan 3 Lagi Kes Difteria Di Johor Bahru

478
SHARES

Berikutan kes difteria di Johor Bahru yang telah menyebabkan satu kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun 1 bulan akibat komplikasi jangkitan Difteria pada 21 Februari 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan bahawa ujian pengesahan toksin difteria yang diterima pada 1 Mac 2019 adalah positif.

2 Kanak-kanak & 1 Remaja Positif Difteria

Sehingga 2 Mac 2019, 3 lagi kes telah disahkan difteria iaitu:

i) Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun yang juga kakak kepada kes kematian;

ii) Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun yang tinggal di rumah yang sama dengan kes kematian; dan

iii) Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang tinggal di rumah yang sama dengan kes kematian.

Mangsa & Orang Yang Tinggal Serumah Dipantau

Kesemua kes telah menerima rawatan di hospital dan dalam keadaan stabil. Satu (1) kes telah dibenarkan pulang ke rumah manakala dua (2) lagi kes masih dirawat di hospital. Sepuluh (10) lagi kanak-kanak yang bergejala dan tinggal di rumah yang sama telah diberi rawatan dan telah disahkan bukan kes difteria.

Selain itu, terdapat lapan (8) orang lagi yang tinggal serumah dengan kes kematian dan tidak bergejala telah juga diberi rawatan antibiotik sebagai profilaksis (pencegahan). Keadaan kesihatan mereka dipantau secara harian oleh Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru selama 14 hari. Tiada kes baru dilaporkan dan kejadian adalah terkawal.

Foto Kredit: UNICEF

Pentingnya Imunisasi

Susulan kejadian wabak difteria di Johor ini, KKM ingin menegaskan kepentingan  imunisasi khususnya bagi mencegah difteria, demam campak (measles), batuk kokol (pertussis) dan lain-lain penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin.

Menurut beliau, penyakit-penyakit ini amat mudah merebak dan kanak-kanak berisiko tinggi untuk dijangkiti.

penyakit difteria

Gejala Adalah Ringan Berbanding Mereka Yang Tidak Divaksin

Pemberian vaksin kepada kanak-kanak membantu tubuh mereka untuk membina antibodi (sel imun) yang boleh melawan kuman penyebab penyakit dan memberi perlindungan daripada mendapat jangkitan.

Sekiranya seseorang yang telah menerima vaksin dijangkiti kuman penyebab penyakit tersebut, gejala yang dialami adalah ringan. Namun, seseorang yang tidak divaksinkan pula bukan sahaja mudah dijangkiti, malah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi jangkitan yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi pelbagai organ (multiorgan failure) dan juga kematian.

Oleh itu, pastikan anda mematuhi tarikh temujanji dan melengkapkan imunisasi anak-anak. Bagi yang tercicir, anda boleh mendapatkannya di Klinik Kesihatan terdekat.

*Sumber: Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan 3 Mac 2019.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×