Sihat

Siri Pertama Vaksin Difteria Perlu Bermula Seawal Bayi Umur 6 Minggu- WHO

Sejak kebelakangan ini makin kerap dipaparkan di dalam akhbar dimana kanak-kanak meninggal akibat tidak divaksin dan dijangkiti penyakit difteria. Selepas kes di Miri, Sarawak terbaharu di Johor Bahru adalah seorang kanak-kanak meninggal dunia akibat dijangkiti difteria hanya kerana ibu bapa menolak untuk melakukan proses imunisasi. Hal ini menimbulkan kebimbangan ramai pihak kerana perkara ini sepatutnya dipandang serius oleh ibu bapa.

PENTING UNTUK AMBIL IMUNISASI DIFTERIA

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan satu kes kematian yang disyaki akibat jangkitan difteria di daerah Johor Bahru pada 15 Oktober baru-baru ini.

Menurut kenyataan itu, kes berkenaan membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan. Pesakit berkenaan tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria akibat keengganan keluarga. Kanak-kanak berkenaan meninggal dunia akibat Severe Diphtheria with multiorgan failure.

KKM

Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak pesakit menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphteriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan ujian pengesahan makmal. Selain itu, KKM juga menasihati orang awam agar sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, measles, mumps dan lain-lain.

Perkhidmatan imunisasi ini boleh diperolehi daripada klinik kesihatan kerajaan dan swasta. Kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada jangkitan kuman malahan boleh membahayakan komuniti.

Cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Berdasarkan kertas kerja WHO mengenai vaksin difteria yang melibatkan maklumat dan jadual yang disyorkan, cadangan semasa WHO yang bermula dari tahun 2006 menyatakan bahawa siri pertama vaksin yang mengandungi DTwP- atau DTaP- perlu diberikan dalam 3 dos bermula seawal umur 6 minggu, dan diberikan dengan selang masa minimum 4 minggu.

Artikel berkaitan : Anak Meninggal Akibat Difteria Kerana Ibu Bapa Degil Lakukan Imunisasi

Sumber : Hello Doktor, WHO

Most Popular

Waktu Solat

1 January 2017, Thursday
Subuh
00:00am
Syuruk
00:00am
Zuhur
00:00am
Asar
00:00am
Maghrib
00:00am
Isyak
00:00am

Waktu Solat Ini Dibawakan Oleh
Waktu Solat Malaysia

To Top