Johor

Anak Meninggal Akibat Difteria Kerana Ibu Bapa Degil Lakukan Proses Imunisasi

355
SHARES

Sejak kebelakangan ini makin kerap dipaparkan di dalam akhbar dimana kanak-kanak meninggal akibat tidak divaksin dan dijangkiti penyakit difteria. Selepas kes di Miri, Sarawak terbaharu di Johor Bahru adalah seorang kanak-kanak meninggal dunia akibat dijangkiti difteria hanya kerana ibu bapa menolak untuk melakukan proses imunisasi. Hal ini menimbulkan kebimbangan ramai pihak kerana perkara ini sepatutnya dipandang serius oleh ibu bapa.

APAKAH PENYAKIT DIFTERIA?

Menurut Kenyataan Akhbar KPK 22 Julai 2016, difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang menjangkiti bahagian tekak dan tonsil, atau farinks. Kes pesakit pada tahun 2016 di Hospital Melaka telah dirujuk oleh Klinik Kesihatan Ujong Pasir pada 16 Jun 2016 dengan sejarah demam selama lapan hari dan batuk, sakit tekak, sukar menelan, kurang selera makan serta leher bengkak selama 3 hari.

Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25-50%.

BAGAIMANA PENYAKIT DIFTERIA TERSEBAR?

Foto Kredit: Laman Facebook Rasmi Kementeria Kesihatan Malaysia

Penyakit ini boleh tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.

Menurut ulasan Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah, toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian.

MENINGGAL AKIBAT DIFTERIA

Semalam di Johor Bahru, seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria atau akut pernafasan di daerah ini, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kanak-kanak itu tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria kerana keluarganya enggan menerima imunisasi.

“Kanak-kanak itu mula demam dan sakit tekak pada 4 Oktober lalu dan dibawa ibunya untuk mendapatkan rawatan awal di klinik swasta pada 11 Oktober. Keesokan harinya, kanak-kanak berkenaan dibawa ke unit kecemasan hospital kerana sesak nafas dan hilang selera makan.

“Pesakit kemudian dimasukkan ke wad kanak-kanak dan ke unit rawatan rapi pediatrik pada 13 Oktober lalu kerana keadaan semakin lemah hingga memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia kelmarin akibat difteria yang teruk dan kegagalan multiorgan. Katanya, ujian pengesanan dijalankan ke atas sampel calitan tekak pesakit menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan ujian pengesahan makmal.

Penyakit difteria, katanya, adalah jangkitan kuman bakteria Corynebacterium diphtheriae menyebabkan sakit tekak dengan selaput di dalam tekak atau kerongkong dengan kemungkinan berlaku komplikasi bakteremia dan endokarditis (infeksi pada jantung) sehingga boleh membawa maut.

“Tindakan yang dijalankan bagi membendung penularan jangkitan adalah mencari kes secara aktif di kawasan kediaman kes, aktiviti pemberian imunisasi dan pendidikan kesihatan.

“Sehingga hari ini tiada kes baharu dilaporkan kepada kementerian.

“Kami ingin menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, measles, mumps dan lain-lain. Perkhidmatan imunisasi ini boleh diperoleh daripada klinik kesihatan kerajaan dan swasta,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak kepada jangkitan kuman, malah boleh membahayakan komuniti.

Katanya, ibu bapa yang masih belum memberikan imunisasi kepada anak masing-masing diminta tampil mendapatkan imunisasi mengikut jadual ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Bagi kanak-kanak yang tercicir suntikan, katanya, mereka masih boleh mendapatkan perkhidmatan di mana-mana klinik kesihatan terdekat.

Sumber : Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×