Sihat

Doktor Dedah Pengalaman Hadapi Kes Kematian Kanak-Kanak Akibat Tidak Diberi Vaksin

254
SHARES
vaksin anak

Sejak kebelakangan ini Malaysia kecoh dengan isu vaksin yang hangat diperkatakan tidak kira di laman media sosial atau di televisyen. Isu mengenai vaksin dan anti-vaksin ini mendapat percanggahan pendapat dari orang ramai kerana ada masih ada segelintir dalam kalangan rakyat yang masih tidak mengambil vaksin sebagai salah satu cara pencegahan penyakit.

Oleh itu, doktor ini juga tampil untuk memceritakan pengalaman beliau sepanjang berkerja di hospital dan berhadapan dengan banyak kes mengenai penyakit difteria yang berpunca dari tidak mengambil vaksin.

DOKTOR KONGSI PENGALAMAN HADAP KES DIPHTERIA

Anggaplah saya seorang saksi, bukan seorang doktor, bersiap sedialah, entri saya panjang…

Inilah dia rupa diphteria antitoksin, 1 botol hampir 500 ringgit, kami gunakan 4 botol untuk satu = RM 2000. Dan tak semua hospital ada antitoksin ini.. Dengan harapan dapat menyahkan toksin yang dihasilkan oleh corynebacterium diphteriae species. Atau mudah kita panggil diphteria.

Saya telah bekerja di hospital selatan tanah air ini sejak 2017. Saya saksikan kes demi kes.. Makin lama makin banyak. Saya jadi kaget. Tak tahulah, mungkin sepanjang 9 tahun belajar dan menjadi doktor pelatih di hospital universiti, katil limited, jadi mungkin sebab tu tak banyak kes kami dapat.. tiada langsung kes diphteria, pernah juga buat attachment di h. Teluk intan 1 bulan, slim river 1 bulan, HKL 1 bulan.. Satu pun xde.. Mungkin 1 bulan tu tempoh yg sekejap.. Dan mungkin tempat kerja saya sekarang adalah pusat rujukan di selatan, sebab tu kes diterima lebih banyak.. Ataupun kadar antivaksin lebih banyak.. Baiklah, wallahualam.. Saya mahu bersangka baik sahaja.

YANG MENINGGAL SEMUA LINGKUNGAN UMUR KECIL…

2018, saya saksikan 4 kes diphteria. Semua tidak diberikan vaksin. 3 meninggal dalam masa 2-4 hari di icu, semua lingkungan umur kecil-kecil walaupun antitoksin telah diberikan.. Cuma 1 sahaja hidup, budak umur lingkungan 9-10 tahun tetapi throat swabnye pseudodiphteria, juga menerima antitoksin.

Saya jadi risau kerana kini, pada tanggal 18/2/2019, datang lagi satu kes diphteria, confirmed. Tetapi apa yang saya lebih risaukan adalah jarak kes sekarang dan kes lepas adalah 2 bulan.. Jika anda masih ingat tular di akhbar harian mengenai bayi meninggal disebabkan oleh diphteria adalah bulan 10, bulan 12 kami terima lagi dan kemudian kanak-kanak 9-10 tahun tu, kes terbaru kami pada bulan ini.. Lebih-lebih lagi tular gerakan anti-vaksin lebih banyak di area skudai..

Oh ya, kes terbaru ini juga kini kritikal di pediatrik ICU.. Saya saksikan kami telah lakukan yang terbaik untuk anak ini. Memandangkan hospital kami cuma tinggal 2 botol anti toksin, kami telah dapatkan lagi 2 botol di Kuala Lumpur.. Susah payah penat kami abaikan, risiko berjangkit dengan kami pun kami abaikan demi kelansungan hidup anak ini.. Doakanlah anak ini.

Jika anda menyeru dengan #educatebeforevaccine, mulakan lah dulu #educateifnotvaccinated. Saya percaya, anda semua golongan terpelajar, beragama. Janganlah anda menafikan hak-hak org lain hanya kerana pendapat atau “right” anda. Duduklah di hospital selama setahun.. Saksikanlah apa yang saya telah saksikan..

Saya harapkan entri saya ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran netizen2 yang masih berkira-kira nak vaksinkan anak mereka..

Sekian, Fatinah abdul salam, Dari selatan tanah air, 19/2/2019.

Sumber : Fatinah Abdul Salam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×