0-6 Bulan

Umur Berapa Sebenarnya Sesuai Untuk Beri ‘Solid Food’ Kepada Bayi? ‘Alert’! Ini Penjelasan Doktor

109
SHARES

Masih ramai dalam kalangan ibu yang keliru tentang pemakanan anak yang masih bayi. Ada yang sudah memberikan makanan pejal atau ‘solid food’ kepada anak sebelum mereka mencapai umur 6 bulan lagi. Malah ada yang tidak sarankan untuk memberikan solid food kepada bayi sehingga mereka mencecah umur 6 bulan. Jika anda tergolong dalam kalangan ibu yang masih keliru, apa kata baca penjelasan dari pakar ini. Harap boleh membantu.

http://irelandsbabyshow.com/

Bayi dan pemakanan.

1) Ramai parents fikir memberi anak makan pada usia 6 bulan keatas. Tapi sebenarnya kita boleh mula memberi makan seawal 4 bulan depends pada keadaan bayi tersebut. Adakah ia benar? Boleh Dr explain kan lebih detail mengenai perkara ini?

www.babycenter.ca

Saya tidak bersetuju pemberian makanan kurang dari enam bulan. Saya berpendapat pemberian makanan semisolid tidak seharusnya dimulakan terlalu awal. Ini kerana sistem penghadaman bayi belum matang.

Ia bukan saja menyebabkan masalah penghadaman seperti kembung perut, cirit birit, dan sembelit tetapi ia juga menyebabkan masalah sistem perkumuhan seperti ginjal dan hati. American Association of Pediatrician pada 2003 mencadangkan pemberian makanan semisolid pada umur setahun bagi mengelak risiko mendapat alahan pada kulit, dan sistem pernafasan. Ini bermakna lebih lewat (sehingga setahun) lebih baik untuk mengelakkan kemudaratan.Pada saya ibubapa hanya digalakkan memberi makan semisolid pada bayi sebelum berumur setahun jika:

http://www.drdobbin.co.uk/

1. Berat badan bayi tidak setara dgn usianya. Contohnya sepatutnya pada usia masa itu berat bayi sepatutnya 6 kg, tetapi bayi hanya berat 4kg saja.

Boleh rujuk : 33 Persoalan Mengenai Pemakanan Anak Bila Mencapai Usia 6 Bulan, Ini Jawapannya!

2. Bekalan susu ibu tidak mencukupi. Jika bekalan susu ibu banyak dan ibu tidak bekerja (boleh memberikan susu ibu sekerap mungkin), tidak perlu bg makanan semisolid. Teruskan penyusuan ibu dan makanan semusolid boleh diberikan selepas setahun.
Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.

http://www.thehindu.com/

Boleh rujuk : 7 Makanan Yang Tidak Sesuai Untuk Diberikan Kepada Bayi Anda 

*Semoga dapat menjawab persoalan anda semua ya!

Sumber: Dr. Zubaidi Hj Ahmad 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×