Famili

7 Makanan Yang Tidak Sesuai Untuk Diberikan Kepada Bayi Anda.. Wajib Tahu!

171
SHARES

Bila sudah tak ada idea untuk pemakanan anak-anak, kadang-kadang para ibu boleh tersalah informasi dan keliru untuk memilih makanan yang betul untuk anak. Mana tidaknya, ada sesetengah orang cakap ini boleh, ada yang cakap ini tak boleh, sampai kita pun tak tahu yang mana satu makanan yang tidak perlu diberi kepada anak yang masih bayi.

Oleh itu, kami senaraikan 7 makanan yang patut dihindari dari diet pemakanan bayi supaya anda lebih tahu dan bersiap sedia!

1. Telur putih

http://ko-te.com/

http://ko-te.com/

Telur putih sudah semestinya mempunyai khasiat protein yang sangat tinggi. Tetapi, walaupun kandungan proteinnya tinggi, jangan sampai tersalah beri kepada anak pula. Pengambilan telur putih adalah tidak sesuai untuk anak-anak yang berusia bawah satu tahun. Hal ini kerana, bakteria yang terkandung dalam telur putih mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan perut dalam kalangan anak-anak.

2. ‘Peanut butter’

http://www.cheatsheet.com/

http://www.cheatsheet.com/

Apabila kita sebut ‘peanut butter’ mesti sangat menyelerakan bukan? ‘Peanut butter’ atau mentega kekacang ini mempunyai khasiat potassium, protein dan fiber yang tinggi. Boleh untuk jadikan sebagai penambah rasa ketika anak mahu makan roti, tetapi tidak boleh diberikan selalu. Hal ini kerana, mentega kekacang agak manis dan ini akan merosakkan gigi anak-anak. Jadi, jangan terlalu mengikut kehendak anak ya!

3. Sayur mentah

http://drhyman.com/

http://drhyman.com/

Sudah semestinya, sayur-sayuran adalah sangat penting untuk membekalkan nutrisi yang secukupnya untuk tubuh badan. Tetapi, hindari sayur-sayuran mentah kepada anak-anak yang masih kecil khususnya bayi. Contohnya, lobak merah yang mentah boleh menyebabkan bayi tercekik. Anda mesti tidak mahu perkara sedemikian berlaku bukan? Seeeloknya, masak terlebih dahulu supaya anak mendapat pemakanan yang lebih bersih dan anak pun lebih seronok.

4. Ikan atau Makanan Laut

http://www.foxnews.com/

http://www.foxnews.com/

Ikan adalah sumber protein yang terbaik untuk kita. Tetapi, apa yang sesuai untuk orang dewasa tidak semestinya sesuai untuk  bayi. Jadi, jauhkan pemakanan anak dari makanan laut yang bercengkerang dan makanan laut yang boleh menyebabkan alergik kulit kepada anak. Hal ini kerana, makanan laut mempunyai kandungan merkuri yang tinggi dan boleh membahayakan bagi bayi anda.

5. Madu

http://www.wdsxploit.com/

http://www.wdsxploit.com/

Madu adalah pemanis semulajadi yang telah diamalkan sejak berkurun lagi. Ternyata, khasiatnya memang banyak sekali! Tetapi, para ibu perlu tahu bahawa madu adalah tidak sesuai untuk bayi. Jadi jangan tersalah informasi kerana madu boleh menyebabkan infeksi kepada bayi anda.

6. Jus buah-buahan

http://www.healthydietbase.com/

http://www.healthydietbase.com/

Rasa yang sedap sudah semestinya menjadi penarik untuk para ibu memberikan jus buah-buahan kepada anak kecil bukan? Awas, kerana tidak semua anak kecil boleh minum jus buah-buahan ini. Terutama sekali, jus buah yang dijual di pasaran kerana khuatir mempunyai bahan pengawet yang tinggi. Dapatkan nasihat dari pakar dahulu sama ada anak anda sesuai atau tidak untuk minum jus buah-buahan atau untuk dijadikan sebagai diet seharian.

7. Susu lembu

http://www.nextavenue.org/

http://www.nextavenue.org/

Susu, tidak kira susu ibu, susu formula atau susu lembu memang mempunyai khasiat yang tidak dapat dinafikan lagi. Tetapi anda perlu tahu bahawa untuk bayi yang berusia satu tahun kebawah, sangat tidak sesuai untuk minum susu lembu atau ‘whole milk’. Hal ini kerana, bayi berusia sebegini masih minum susu badan dari ibu. Jadi, jangan tersalah informasi okay!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×