Deko & Hias

7 Cara Tangani ULAR Masuk Rumah Dari Pasukan Bomba, Jangan Lari & Panik!

11
SHARES
ular masuk rumah

Situasi ular masuk rumah, bukanlah sesuatu perkara yang baru. Sama ada cuaca terlalu panas atau kerap hujan, ia pasti mengundang kehadiran reptilia karnivor ini ke kediaman manusia.

Jadi, sekiranya anda berhadapan dengan situasi tersebut apa yang perlu dilakukan? Menerusi satu kiriman di laman Facebook rasmi Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, terdapat cara yang betul untuk mengendalikan haiwan berbisa itu. Jom baca!

Baca juga: Elak Deposit Hangus Walau Menang Bida RUMAH LELONG, Perunding Hartanah Kongsi Tips!

ULAR MASUK RUMAH

ular masuk rumah

Gambar: iStockphoto

TIPS KESELAMATAN MENANGANI HAIWAN BERBISA

Menurut Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, terdapat 3 perkara yang tidak boleh anda lakukan apabila berhadapan dengan ular.

Jangan sesekali anda melakukan perkara berikut:

  • Cuba tangkap ular jika tiada kemahiran
  • Cuba mencederakan ular
  • Cuba menghalau menggunakan peralatan

Baca juga: Ini Cara Bezakan Status Tanah Hakmilik Sementara & Hakmilik Kekal, Jangan Keliru Lagi!

Baca juga: 7 Tanda Pasangan Belum ‘Ready’ Nak Kahwin, Bercinta Dah Lama Bila Nak Sandingnya?

Namun, terdapat 7 langkah apabila anda berhadapan dengan reptilia berbisa ini.

Anda perlu melakukan perkara berikut:

  1. Hubungi talian 999 untuk bantuan.
  2. Perhati gerak-geri dan arah ular bergerak.
  3. Tutup pintu dan tingkap bagi mengelak ular keluar.
  4. Arahkan semua penghuni keluar.
  5. Kurangkan bergerak (diam) di hadapan ular.
  6. Kenal pasti jenis ular, panjang, warna dan corak.
  7. Berikan maklumat tepat kepada pasukan penyelamat.
ular masuk rumah

Gambar: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia

Semoga maklumat di atas, dapat membantu anda semua yang berada dalam keadaan genting dan panik untuk mengawal situasi ketika berhadapan dengan ular sebaiknya.

Baca juga: 5 Kaedah Hapus Dokumen Penting Yang Tak Terpakai, Maklumat Sensitif Pun Selamat!

Sumber: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)

FT Image: CGTN

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×