Asuh

Wanita Rangkul Anak Kecil Pakai Tiub Naik Motor, Buat Ramai Sebak!

2
SHARES
ujian dari Allah

Terdapat pelbagai bentuk ujian dari Allah SWT untuk para hamba-Nya yang dikasihi. Ada pasangan suami isteri yang diuji belum memperoleh anak tetapi diberikan pasangan yang memahami. Namun, ada juga dianugerahkan anak tetapi diuji dengan ujian kesihatan.

Begitulah kisah meruntun hati yang dikongsikan Aznor Aziz di hantaran Facebooknya semalam, yang telah mengundang perhatian dan sebak netizen.

Baca juga: Kadar Murid Tahun 5 Di Malaysia Boleh Membaca Adalah 88% Bukan 58 – Pakar

UJIAN DARI ALLAH SWT

ujian dari Allah

Gambar: Aznor Aziz

Menurut Aznor Aziz, dia yang sewaktu itu sedang berada di dalam kereta tidak menyangka akan menyaksikan satu keadaan yang begitu menyayat hati. Di mana, kelihatan sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki dan wanita yang membawa anak kecil.

Apa yang lebih memilukan adalah keadaan anak kecil itu yang dipenuhi dengan wayar putih seakan tiub di wajahnya seperti tidak sihat, sedang dipeluk erat oleh wanita tersebut.

Allah bagi rezeki nampak situasi ini petang tadi. Terus dalam rasa hati insaf.

Aku ini Allah bagi rezeki duduk dalam kereta ada aircond, sangat selesa. Tapi Allah tarik rezeki anak untuk aku.

Tapi mereka, Allah bagi rezeki anak. Anak pulak tak sihat, naik motor suami isteri sambil isteri dukung anak.

Nampak kasih mak pada anak dia tadi asyik cium-cium je anak dia masa dalam pelukan dia. Menitik air mata tengok moment itu.

Baca juga: 9 Punca Mama Belum Hamil Biarpun Kerap Bersama, ‘Timing’ Kena Betul Baru Ada Benih!

Setiap kita pasti ada rezeki lebih Allah bagi dan rezeki kurang yang Allah simpan di dunia. Semua rahsia Dia kerana Dia lebih mengetahui setakat mana kemampuan umatnya selagi kita percaya yang Allah takkan menguji lebih dari kemampuan umatnya.

Jangan pernah mengeluh perjalanan hidup kita. Kalau kita rasa kita sedang susah, pasti ada yang lagi susah hidupnya dari kita. Kalau kita rasa kita di duga, pasti ada orang yang lagi hebat dugaannya.

Siapa yang nampak gambar ini, sama-sama kita doakan semoga ibu bapa ini dimurahkan rezeki dan anak mereka sembuh dan sihat dari segala penyakit. Aamin.

Baca juga: Mengikut Kajian Suami Curang Lebih CEPAT MATI & Ini Sebabnya, Awas Ya Abang!

Maklumat untuk menghulurkan bantuan

ujian dari Allah

Gambar: Aznor Aziz

Menerusi hantaran terbaru yang dibuat Aznor Aziz hari ini, dia telah memperoleh maklumat lengkap dari seorang netizen yang mengenali keluarga terbabit.

Menurut Aznor, dia memperoleh maklumat lengkap itu dari jiran keluarga tersebut iaitu Rohaya Mohd Salleh. Malah, difahamkan juga ibu di dalam keluarga tersebut juga dalam keadaan tidak sihat dan lumpuh.

“Menurut jiran, mak dia pun tak sihat, lumpuh. Allahuuu. Semoga dipermudahkan urusan mereka ini, Ya Allah. Besarnya dugaan keluarga ini,” ujar Aznor.

Justeru itu, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi maklumat tertera seperti di bawah:

  • Nama: Azlan
  • No. telefon: 011-29981569
  • Alamat: No rumah 179, Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah

Semoga bantuan yang disumbangkan anda semua mampu meringankan beban mereka yang menanggung. Moga rahmat Allah SWT sentiasa mengiringi kita semua. Didoakan juga agar keluarga tersebut dipermudahkan urusannya dan anak kecil itu diberikan kesembuhan!

Baca juga: #Projek Mimpi: Isteri Hebat Ini Nak Bantu Suami OKU Kerja Angkut Sampah Ada Troli Khas!

Sumber: Aznor Aziz

FT Image: Aznor Aziz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×