Dapur

Cara Buang Tulang Ikan Kembung Dengan Mudah, Sekali Tarik Je!

39
SHARES
tulang ikan

Tercekik tulang ikan antara mimpi ngeri yang membuatkan ramai tidak memilih untuk memakannya. Lebih membahayakan jika memberi anak kecil makan kerana mereka masih tidak tahu membuang tulang tersebut.

Jadi, bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku, anda boleh cuba cara buang tulang ikan seperti yang dikongsikan oleh Nana Mea Soffea di bawah.

Baca juga: Perbezaan Ikan Patin Sangkar Sungai & Patin Kolam, Yang Mana Lebih Sedap?

TULANG IKAN LEBIH SENANG JIKA DIBUANG MACAM INI

tulang ikan

Jelasnya, teknik ini sangat mudah digunakan untuk membuang tulang ikan kembung.

1. Pegang di bahagian kepala ikan dan angkat bahagian insang.

2. Potong di antara badan dan insang. Tarik keluar semua isi perut ikan sehingga habis.

3. Seterusnya basuh dan tumbuk sedikit bahagian tepi tulang ikan dari bawah sehingga ke atas.

4. Selepas itu, patahkan bahagian tulang belakang ikan.

5. Setelah patahkan bahagian tulang belakang ikan, gunting sedikit bahagian tulang utama di bahagian hadapan.

6. Pegang tulang leher dan badan ikan dengan kuat kemudian tarik.

7. Tarik sehingga tulang terkeluar dan sedia untuk digoreng.

Cara ini lebih mudah sewaktu makan kerana tak perlu buang tulang ikan.

Selamat mencuba!

VIDEO PENUH:


Baca juga: Cara Betul Rebus Telur Burung Puyuh, Kalau Terlajak Waktu Jadi Tak Sedap!

Sumber: Facebook Nana Mea Soffea

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×