Deko & Hias

Tips Membaja Kunyit Untuk Banyakkan Hasil, Jimat Tak Payah Beli!

17
SHARES

Kunyit merupakan antara bahan yang selalu digunakan di dapur untuk memasak. Sama ada kunyit mahupun daunnya, semuanya boleh digunakan dalam masakan. Kalau nak jimat, lebih baik tanam sendiri di rumah.

Ramai beranggapan kunyit tidak sesuai ditanam dalam pasu kerana tanaman akan terbantut. Hal ini kerana ruang di dalam pasu adalah terhad. Bukan kunyit sahaja yang akan jadi seperti itu, tetapi segala jenis tanaman. Walau bagaimanapun, kalau menggunakan tips dengan betul pasti menjadi!

Baca juga: Khasiat Sayur Sawi Untuk Anak & Cara Tanam Sendiri Sawi Organik Di Rumah, Lagi Sihat!

TIPS TANAM POKOK KUNYIT

Ini pokok kunyit kampung. Usianya 3 bulan lepas tanam.

Sebelum membaja, cabut dulu rumput-rumput yang ada ya. Baru lah sedap mata memandang dan baja nanti akan terus dapat kat pokok kunyit.

Ini baja yang  digunakan, baja sebatian NPK 12.12.17. Nama glamour orang panggil baja buah.

Tabur di keliling perdu pokok kunyit. Jangan tabur terlalu rapat dengan perdu ya. Tabur secara berselerak. Kuantitinya 50 gram untuk 1 perdu.

Gemburkan tanah supaya baja yang ditabur tadi bergaul dengan tanah dan tak terkena sinaran matahari. Tujuannya supaya power baja tak hilang.

Ini baja kompos tinja ayam yang buat sendiri.

Tabur baja kompos di seluruh permukaan tanah. Kuantitinya 1 kg 1 perdu.

Lepas itu, siram secukupnya. Jika ada, elok siram dengan EM. Jika tiada, siram dengan air biasa je.

Ini keadaan pokok selepas 1 minggu membaja. Dia punya daun berkilat-kilat. Sejuk je mata memandang.

Semoga manfaat!

Sumber: Facebook Azuan Abdullah 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×