Sihat

Khasiat Sayur Sawi Untuk Anak & Cara Tanam Sendiri Sawi Organik Di Rumah, Lagi Sihat!

17
SHARES

Ajar si kecil menikmati hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam setiap hidangan antara cabaran terbesar. Mungkin ada antara kanak-kanak yang menggemarinya, namun percayalah ramai cuba mengelak atau langsung tidak mahu mengambilnya terutama sayur-sayuran.

Justeru, ibu bapa perlu memikirkan cara bagaimana untuk menarik minat anak-anak untuk makan makanan yang penuh dengan khasiat ini. Sayur sawi antara sayur yang banyak khasiat untuk anak-anak tau. Haaa jom baca!

Baca juga: 5 Rahsia Untuk Tidurkan Anak Tanpa Paksaan, Sekejap Je Dah Lelap Mata

KHASIAT SAWI KEPADA ANAK-ANAK

Sawi kena ada kat rumah paling kurang seminggu sekali. Antara sayur yang selamat untuk anak-anak makan. Ajak anak makan sawi dari kecil. Ajar anak eczema untuk suka makan sawi, bagus untuk kulit mereka.

Boleh kenalkan anak dengan sawi seawal umur 6 bulan. Blend buat puree boleh, masukkan dalam bubur nasi pun boleh. Dulu saya suka buat bubur baby, letak daging dan sawi je, gula garam tiada pun. Tapi sedap sangat manis daging dan sawi, anak suka betul makan.

Banyak sangat khasiat yang ada pada sawi tau:

  • Kalsium
  • Iron
  • Magnesium
  • Fosforus
  • Zink
  • Vitamin A
  • Vitamin K
  • Vitamin C

Sawi tinggi jugak dengan antioksida dan bersifat antiradang. Bagus untuk kulit dan sesuai untuk anak eczema makan. Ramai tanya sayur apa bagus untuk anak eczema. Inilah dia sawi yang kena cuba sampai anak suka makan.

CARA TANAM SENDIRI SAWI ORGANIK DI RUMAH

Anda perlu sediakan:

1. Sediakan batas sepanjang 5 meter dengan lebar 1 meter.

2. Gembur tanah, masukan tinja ayam proses anggaran setengah guni (15kg). Jika mahu tambah kompos daun-daun kering pun boleh. Peram tanah selama 2 minggu (sementara tunggu benih cukup usia untuk dipindah tanam ke batas).

3. Benih sawi hijau caisim yang berusia 12HSS (hari setelah semai) sedia pindah tanam (tabur benih atas tanah terus direct matahari).


4. Buat lubang antara tanaman dengan jarak 5 cm antara pokok. Tanam sampai habis kemudian siram.

5. Setelah 4 hari pindah tanam pastikan kawalan serangga menggunakan neem oil atau cuka kayu.

6. 2 minggu. Cabut rumput dan membaja guna tinja ayam sahaja. Sekali lagi kawalan serangga menggunakan neem oil atau cuka kayu.

7. 3 minggu, sayur sawi akan nampak sekata. Hentikan membaja. Kawalan serangga guna neem oil atau cuka kayu.

8. 36-40HST (hari setelah tanam), sawi sudah boleh dituai.

9. Untuk 1 batas ini boleh dapat sayur sawi 6-7kg. Dah siap! Semoga manfaat.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan, rasa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×