Sihat

“Argh Sakitnya Kepala!”- Doktor Kongsi Tips Kurangkan Migrain, Memang Lega

1
SHARES
tips kurangkan migrain

Migrain berlaku apabila saraf otak menghasilkan cetusan maklumat yang tidak terkawal sehingga ia mengganggu pembesaran dan pengecutan saluran darah. Ia bermula dengan salur darah otak mengecil menyebabkan kawasan tersebut kekurangan oksigen lalu menyebabkan saluran darah tersebut mengembang semula dengan lebih besar.

Sakit kepala ini sememangnya mengganggu kerja harian kerana tidak dapat melakukan kerja dengan tenang dan selasa. Sekiranya anda menghadapi masalah migrain, pasti tertanya-tanya apa tips kurangkan migrain supaya dapat melegakan kesakitan itu. Jom kami kongsikan.

Baca juga: Rahsia Rawat Ekzema Yang Ramai Tak Tahu, Berkait Rapat Rupanya…

DOKTOR KONGSI TIPS KURANGKAN MIGRAIN, LEGA SIKIT KEPALA

TIPS KURANGKAN MIGRAIN

Mengikut garis panduan yang dibuat oleh International Headache Society, pesakit pernah mengalami 5 kali serangan sakit kepala sebelum ini dan ia bertahan selama 4-72 jam.

Sakit kepala tersebut juga perlu mempunyai 2 daripada simptom tersebut iaitu:

RAWATANYA: 

TIPS KURANGKAN MIGRAIN

1. Ubat tahan sakit seperti nSAIDS (sebagai contoh mefenemic acid, diclofenac dan naproxen)

2. Ubat untuk migrain : Triptans dan ergot alkaloids (Sebagai contoh Caffox ,Sumatriptan, Rizatriptan)

3. Ubat tahan muntah: Maxolon, Chlorperazine dan promethazine

3 jenis ubat untuk mengurangkan serangan migrain adalah:

– Anti-epileptics: Ubat ini selalunya digunakan untuk merawat orang yang sawan.

– Anti-depressant: Ubat ini selalunya digunakan untuk merawat orang yang mempunyai tekanan perasaan.

– Anti-hypertensive: Ubat yang selalu digunakan untuk merawat orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Sekiranya migrain semakin teruk, pastikan dapat rawatan pakar dan jangan biarkan terlalu lama. Bahaya!

Sumber: Twitter Dr Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×