40 Minggu

8 Benda ‘Simple’ Yang Boleh Buat Ibu Mengandung Rasa Nak Mengamuk

1.6K
SHARES

“Aduhai, orang kata kalau mengandung akan naik seri wajah lah, muka putih bersih lah. Tapi kenapa aku rasa macam tak bermaya, kulit kering, rambut gugur. Dah macam-macam pengalaman dan tips ibu hamil aku baca. Stresnya.”

Pengalaman menempuh 40 minggu kehamilan bukanlah sesuatu yang mudah. Macam-macam perubahan akan berlaku dari segi fizikal dan juga mental. Malah, banyak pula perkara yang berlaku di luar jangkaan. Emosi tak stabil, pengurusan masa jadi kelam-kabut, masalah itu ini. Stres juga jadinya!

Foto Kredit: ixil.info

Foto Kredit: ixil.info

8 Benda ‘Simple’ Yang Boleh Buat Ibu Mengandung Rasa Nak Mengamuk

Berikut adalah antara perkara yang boleh buat wanita jadi marah, sedih dan stres sangat masa mengandung.

1. Kurang Perhatian Suami

Biasalah, setiap wanita mahu mereka tahu bahawa suami mereka masih tertarik pada bentuk badan mereka walaupun makin ‘membesar’. Mereka juga ingin tahu bahawa suami mengambil berat dan sayangkan bayi dalam kandungan. Barulah mereka rasa dihargai dan tidak ‘dipulaukan’.

Sebagai wanita, mereka perlu sentiasa diingatkan dan diyakinkan dengan kata-kata suami. Kalau mereka mengamuk tak tentu pasal, adalah sesuatu yang mungkin suami ‘lupa’ nak buat. Tapi, ini semua normal dan sebahagian besarnya adalah berpunca daripada paras hormon yang turun naik dalam tubuh wanita.

Foto Kredit: verywell.com

Foto Kredit: verywell.com

2. Banyak Sangat Baca Tips Ibu Hamil

Sejak mengandung, Dr Google akan mula jadi kawan karib kita.Tak cukup dengan itu, ramai yang asyik mencari macam-macam tips ibu hamil. Segala buku, majalah, dan bahan bacaan tentang ibu hamil  dan bayi pasti akan dibeli. Bukanlah teruja tak tentu pasal, tapi perasaan ingin tahu memang memuncak-muncak dalam diri.

Walaupun ia boleh membantu, kadangkala ia boleh menjadikan kita risau tak tentu pasal, lebih-lebih lagi bila semua tips yang dicuba tak menjadi!

tips ibu hamil

Foto Kredit: verywell.com

3. Tak Cukup Tidur

Bukan mudah nak dapat tidur yang cukup, terutamanya apabila perut semakin besar. Pusing kanan, pusing kiri, ada saja yang rasa tak selesa. Pusing punya pusing, tengok-tengok dah pagi!

Aduhai, kalau terjadi begini memang hilang ‘mood’ nak pergi kerja dan buat apa saja pada hari tersebut.

Kalau nak tahu, seorang ibu mengandung akan menghadapi ‘kemarau’ tidur buat masa yang panjang, dan ia takkan terhenti walaupun apabila telah melahirkan bayi. Jadi, berilah peluang mereka tidur lebih sedikit!

4. Bentuk Badan Berubah

Memang sahlah kalau mengandung bentuk badan akan berubah. Tapi, ada juga wanita yang tak dapat nak ‘handle’ perasaan akibat perubahan itu dengan baik. Lebih-lebih lagi kalau ada yang mengata macam-macam. Ada yang menggelar ‘belon’, Mak Buyung, dan sebagainya. Mana tak mengamuk!

Sepatutnya, kita perlu konfiden dan menghargai diri sendiri. Fikir positif dan yakinkan diri anda bahawa ianya bersifat sementara saja.

Isteri tidak boleh hamil. Aku izinkan suami kahwin lain

5. Rakan Sekerja Ungkit Tentang Cuti Bersalin

Rakan sekerja ingat masa cuti bersalin kita dapat rehat, bersantai di rumah dengan bayi. Walaupun tempoh tersebut adalah tempoh yang paling kritikal untuk ibu bersalin mendapat rehat, hakikatnya cuti bersalin bukanlah ‘percutian’ pun.

Macam-macam perkara yang perlu diuruskan di rumah. Suami pula bukannya cuti lama, kita mesti rasa malu nak minta tolong daripada ibu bapa atau sesiapa yang menjaga kita semasa berpantang.

cuti bersalin

Foto Kredit: wsj.com

6. Tak Dapat Makan Sesuka Hati

Ini tak boleh, itu tak boleh. Nak makan apa semuanya rasa was-was. Apatah lagi kalau di hadapan orang tua.

Boleh mengamuk juga bila terpaksa pendamkan rasa ‘teringin’ nak makan sesuatu yang kita biasa makan.

Selain itu, kena pula jaga pemakanan. Kalau tak, habislah kena marah dengan jururawat atau doktor semasa ‘check up’ nanti. Menurut tips ibu hamil oleh Panduan Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, ibu mengandung hanya perlu tambahan kalori sebanyak 300 kalori/hari. Ia bukanlah banyak mana, 1 keping kecil roti canai bersamaan dengan 250 kalori manakala 1 mangkuk mi kari boleh mencecah 460 kalori.

7. Dilabel ‘Manja’ Dan ‘Mengada-ngada’

Sakit-sakit badan, pinggang, muntah-muntah, sebu perut, dan ‘angin’ antara simptom yang biasa melanda ibu mengandung. Jadi, kalau dapat suami yang memahami dan ringankan tugas isteri – memang ‘best’!

Tapi, sakit hati sangat kalau ada yang melabel kita ‘pemalas’, ‘manja’, dan sebagainya. Sebenarnya, inilah masanya untuk anda bermanja dengan mereka walaupun sebelum ini anda seorang yang ‘independent’. Tak perlu malu dan rasa bersalah.

8. Tak Ada ‘Mood’ Melayan Suami

Sejak berbadan dua, ada wanita yang akan menjadi terlalu letih dan kurang ‘mood’ untuk berhubungan intim dengan suami. Kalau dapat suami yang memahami, baguslah. Tapi, ada yang langsung tidak berkompromi hingga menimbulkan ‘perang besar’.

Percayalah, perasaan ini bukannya dibuat-buat dan ia mampu menjadikan wanita sangat stres dan rendah diri.

Foto Kredit: maminka.cz

Foto Kredit: maminka.cz

Jangan Risau, Anda Akan Melaluinya Dengan Sempurna

Walau apa pun, saya lebih suka mempercayai bahawa kebanyakan ibu akan ‘lupa’ semua kepayahan yang ditempuhi sepanjang 40 minggu mengandungkan si jantung hati.

Nampak saja bayi lahir, semua beban akan terasa ringan, dan setiap kali mencium bau bayi, segala stres dan penat lelah terus hilang!

Betul, bukan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×