Famili

Wanita Paling Bahagia Dan Awet Muda Bila Ada Ramai Anak

16.3K
SHARES

“Aku ni baru ada seorang anak dah rasa nak ‘pancit’. Macam manalah mak-mak kita dulu ada anak ramai, tapi nampak ‘steady’ betul. Mesti ada rahsia dan tips awet muda.”

Percaya atau tidak, salah satu rahsia awet muda mereka adalah bilangan anak yang ramai itu sendiri! Ini bukan main-main, tetapi ia adalah berdasarkan sebuah kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Simon Fraser, Kanada.

Di dalam jurnal tersebut, penilaian data dijalankan sepanjang 13 tahun dan analisa mereka menunjukkan lebih ramai bilangan anak yang dilahirkan, lebih perlahan proses penuaan sel berlaku dalam tubuh wanita.

Apakah faktor yang menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih perlahan?

5 Sebab Wanita Lebih Awet Muda Bila Ada Ramai Anak

Ini adalah antara faktor utama menurut kajian mereka.

1. Faktor Biologi

Untuk menemukan hubungkait antara jumlah anak dan proses penuaan sel tubuh, para penyelidik menganalisa panjang sel telomere setiap wanita yang terdapat di hujung untaian DNA.

Untuk menilai panjang sel telomere para reponden, peneliti mengambil sampel air liur serta DNA mereka. Sampel dikumpulkan pada saat bermulanya kajian hingga 13 tahun kemudian. Hasil penelitian menunjukkan bahawa wanita yang melahirkan lebih ramai anak akan memiliki telomere yang lebih panjang. Semakin panjang telomere bermaksud semakin lambat berlakunya proses penuaan!

Foto Kredit: pixabay.com

Foto Kredit: pixabay.com

2. Peningkatan Hormon Estrogen

Selain daripada penemuan dalam sel DNA ini, kenyataan tersebut disokong oleh respon hormon estrogen terhadap tubuh.

Ini kerana, hormon estrogen akan meningkat secara signifikan selama kehamilan. Penyelidik mempercayai bahahawa hormon tersebut bertindak sebagai antioksidan yang dapat melindungi sel-sel DNA ibu terhadap pemendekan telomere.

Foto Kredit: kosmo.com.my

Foto Kredit: kosmo.com.my

3. Sokongan Moral Dan Fizikal

Perlu ditegaskan, sampel populasi yang dikaji ini mendapati bahawa ibu-ibu dalam kelompok tersebut menerima sokongan sosial yang amat besar daripada pasangan, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

Secara tidak langsung, sokongan ini mampu menyuntik kegembiraan dalam emosi wanita selain membuat tubuh badan wanita lebih bertenaga serta mampu memelihara kesihatan yang optimum sehingga melambatkan proses penuaan.

Foto Kredit: pregnancypregnant.com

Foto Kredit: pregnancypregnant.com

4. Jadi Lebih Produktif

Satu kajian popular yang dilaporkan oleh The Washington Post mendapati wanita yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak adalah yang paling produktif dalam kerjaya mereka.

Kajian ini dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu karier dalam 10 tahun pertama, 20 tahun pertama, dan 30 tahun pertama. Ketiga-tiga peringkat ini mendapati ibu yang memiliki 2 orang atau lebih adalah lebih berjaya dalam bidang masing-masing. Ini meningkatkan keyakinan mereka dan menjadikan wanita lebih gembira.

Jadi, siapa kata ada ramai anak membantutkan impian dan cita-cita seseorang?

Foto Kredit: islamiclife.com

Foto Kredit: islamiclife.com

5. Rasa Lebih Bahagia

Dalam sebuah lagi kajian yang dilaporkan oleh Daily Mail, saintis menyokong kenyataan bahawa wanita dan lelaki yang memiliki lebih ramai anak adalah yang paling bahagia dan berpuas hati dengan kehidupan mereka.

Kajian yang melibatkan lebih 5000 responden di Amerika Syarikat ini menerangkan bahawa secara psikologinya, mereka ini lebih optimis dan realistik terhadap kehidupan mereka. Menariknya, trend ini didapati menurun selepas 1 orang anak dan hanya meningkat naik selepas sesebuah pasangan memiliki 2 orang anak atau lebih!

tips awet muda

Anak-anak Sumber Keceriaan Ibu!

Ternyata, ramai ibu-ibu yang menemui kekuatan dan keistimewaan luar biasa apabila mereka dikurniakan anak. Mereka sanggup bertahan dan menempuh apa jua halangan, meskipun ia nampak mustahil pada awalnya.

Tidak hairanlah, walaupun anak-anak ini banyak ragam, tetapi merekalah menjadi pendukung semangat ibu hingga menjadi lebih produktif, gembira, dan awet muda!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×