Famili

4 Sebab Mengapa Semua Wanita Dan Isteri Suka Dipeluk Suami

444
reads
Sebab dan Alasan, Kenapa Isteri Suka Dipeluk Suami

(Gambar hiasan semata-mata)

Apabila suami buat tidak-tahu pada isteri, pasti isteri akan merajuk. Kadang-kadang, suami tidak faham kenapa isteri merajuk. Pada isteri, pelukan itu suatu yang cukup penting. Mari kita bincangkan, kenapa sebenarnya isteri suka dipeluk suami?. Apa kesan pelukan hangat suami isteri dari sudut psikologi pula?

Isteri mahu disayangi setiap masa dan ketika

Isteri mahu disayangi setiap masa dan ketika

1. Mahu rasa disayangi

Wanita mahu tahu yang dirinya disayangi setiap masa. Bagaimana lelaki boleh menunjukkan yang dia sangat sayang pada wanita itu? Mudah sahaja, berikan pelukan. Namun, perlu pastikan yang pelukan itu ialah pelukan yang tidak bernafsu. Isteri akan lebih berterima-kasih dengan pelukan santai, bukan dengan pelukan ajakan ke atas katil. Apa salahnya sambil peluk, berikan pujian ikhlas pada isteri.

Emosi yang stabil akan membuatkan isteri lebih ceria

Emosi yang stabil akan membuatkan isteri lebih ceria

2. Melegakan fizikal dan emosi

Sentuhan yang berlaku semasa pelukan ialah sentuhan fizikal. Biasanya, sentuhan fizikal akan merangsang nafsu. Namun dalam hal ini, pelukan juga dapat melegakan emosi isteri itu sendiri. Isteri akan berasa lebih relaks disamping suami. Bayangkan seharian isteri membuat kerja-kerja rumah, tentunya pelukan spontan dari suami sedikit-sebanyak akan menghilangkan penat lelah. Dari segi psikologi, ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormon oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan lebih semangat dan lebih tenaga pada isteri.

Kalau isteri boleh setia, kenapa tidak suami?

Kalau isteri boleh setia, kenapa tidak suami?

3. Lambang kesetiaan

Pelukan bukan sahaja simbolik pada kasih sayang. Ia juga simbolik pada kesetiaan. Suami yang selalu memeluk isteri dikatakan lebih setia. Isteri tidak mahukan seorang suami yang suka mencari kegembiraan di luar. Biarlah isteri sahaja yang dapat memberi kebahagiaan pada suami, bukannya perempuan lain di luar sana.

Penghargaan atau 'appreciation' bukan dalam bentuk 'material' semata-mata

Penghargaan atau ‘appreciation’ bukan dalam bentuk ‘material’ semata-mata

4. Mahu rasa dihargai

Penghargaan yang diberi oleh suami dalam bentuk material seperti hadiah, tidak sama dengan pelukan. Rasa ‘appreciation’ itu tidak sama dan mempunyai perasaan yang berbeza. Nikmat pelukan itu sukar digambarkan oleh isteri.

Kesimpulannya, suami perlu memperbanyakkan memeluk isteri. Benda yang sudah halal, kenapa mesti malu? Mulakan dengan membelai rambutnya, main-main dengan helaian rambut isteri. Isteri suka diperlakukan sebegitu. Sentuh wajah isteri yang lembut itu sambil memandang tepat pada matanya. Sentuh wajah isteri sambil menggosok lembut lengannya. Kaitkan jari-jemari tangan dengan jari-jemari isteri. Gosok lembut punggungnya dengan bersahaja. Ingat, ketepikan nafsu buat seketika. Jangan jadikan ia alasan untuk atau tiket untuk mengajak isteri membuat hubungan intim. Isteri hanya mahu saat-saat santai.

Buat para isteri di luar sana, jangan menunggu suami memeluk anda. Suami selalunya kurang peka dengan kehendak isteri. Jika sudah lama tidak dipeluk suami, apa kata isteri juga memulakan langkah dengan memeluk suami selepas habis membaca artikel ini.

“Good Luck”

 

Carian Yang Berkaitan:

  • kenapa lelaki suka peluk perempuan dari belakang
  • kenapa lelaki suka peluk perempuan
  • kenapa wanita suka dipeluk
  • kenapa isteri suka dipeluk suami
  • wanita suka dipeluk
  • dipeluk dari belakang
  • adakah lelaki suka dipeluk
  • nikmatnya tidur sambil memeluk isteri
  • perempuan suka dipeluk dari belakang
  • perasaan wanita apabila dipeluk suami
7 Comments

7 Comments

  1. NURINTAN AIZA

    January 13, 2017 at 11:37 pm

    Lakik saya tak nk pon pelok saya walaupun saya dh suruh dia peluk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top