Tempat Menarik Di Malaysia Untuk Keluarga
Lanjutan dari entri 12 Tempat Percutian Menarik di Malaysia, baru kami perasan, bahawa ramai orang Malaysia sukakan tempat percutian tepi pantai dan ala-resort yang dikelilingi pokok yang menghijau dan mendamaikan. Bayangkan keluar setapak dari pintu resort, dapat hirup udara segar, terasa nyaman sekali. Indahnya, Malaysiaku!
Kali ini, kami senaraikan Eco Resort yang bakal menarik minat anda. Kami kata best sebab ini dari pandangan kami sendiri. Tiada kaitan dengan ranking mana-mana! Terima kasih juga pada akulahputeriraja yang mencadangkan beberapa tempat baru!
1. Bunga Raya Island Resort & Spa dan Gayana Eco Resort, Kota Kinabalu, Sabah

Foto Kredit: Bunga Raya Island Resort & Spa And Gayana Eco Resort Facebook
Kali ini, jika melancong ke Kota Kinabalu, cuba elakkan tidur di hotel di tengah-tengah bandar. Melancong untuk shopping? Itu tidak thrill. Cuba buat sesuatu yang lain dari yang lain. Jika anda mahu belajar diving, ini ialah satu tempat yang sesuai.

Foto Kredit: remoteislands.com
Web: gayana-eco-resort.com & bungarayaresort.com
Facebook: facebook.com/bungaraya.gayana
2. Tiger Rock, Pulau Pangkor, Perak

Foto Kredit: Facebook Tiger Rock
Tidak jauh dari Kuala Lumpur. Lalu jalan Klang – Sabak Bernam, mungkin mengambil masa dalam 3 jam perjalanan. Usah terkejut, pemilik resort ini ialah pasangan Mat Salleh!

Foto Kredit: Facebook Tiger Rock
Web: tigerrock.info
Facebook: facebook.com/tigerrock.info
3. The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh, Perak

Foto Kredit: Facebook The Banjaran
Kalau ada duit lebih, mahukan luxury eco resort, boleh berkunjung ke sini. Berlatar-belakangkan banjaran yang tersergam megah di belakang, dengan air panas untuk rendam kaki, pasti pengalaman yang cukup indah.

Foto Kredit: Facebook The Banjaran
Web: thebanjaran.com
Facebook: facebook.com/banjaranhotsprings
4. Sukau Rainforest Lodge, Kota Kinabalu, Sabah

Foto Kredit: Facebook Sukau
Dikelilingi hutan hijau yang cukup menenangkan jiwa. Kalau ada rezeki, boleh tengok orang utan!
Web: sukau.com
Facebook: facebook.com/Sukaurainforestlodge
5. Caravan Serai, Bentong, Pahang

Foto Kredit: Facebook caravanseraibentong
Tempat yang sesuai untuk mendekatkan diri dengan alam sekitar. Terdapat juga air terjun Chamang yang berdekatan.
Facebook: facebook.com/caravanseraibentong/
6. Time Capsule Retreat, Sungai Lembing, Pahang

Foto Kredit: greenteareadbean.com
Sebenarnya, hotel ini diubahsuai dari paip pembentung. Selain boleh jungle trekking, boleh naik ATV. Menarik bukan? Satu pengalaman yang lain dari yang lain.
Web: timecapsuleretreat.wix.com
Facebook: facebook.com/timecapsuleretreat/
7. Kapyak Eco-Nature Private Estate, Beranang

Foto Kredit: airbnb.com
Memang betul-betul private. Rasa bagaikan di luar negara. Dengan pemilik pasangan Malaysia-Jepun, layanan memang sangat memuaskan. Boleh lawat taman organik yang mempunyai pelbagai sayuran organik.
Yang mana satu eco resort dan destinasi pilihan anda? Jika ada tempat menarik yang anda rasa patut masuk dalam senarai ini, beritahu kami di ruangan komen.