Percutian

Tanpa Tour Guide, Kami Ke Korea Bawa Anak Kecil Dengan Bajet 6K All-In

946
SHARES
tempat menarik di Korea

Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan saya nak share pengalaman saya ke Korea bersama anak kecil (Adeena 18 bulan ketika ini).

Sebagai pendahuluan, kami baru sahaja pulang dari Korea pada bulan April 2017 dan entri ini sangat fresh sebab masih boleh ingat secara terperinci perjalanan kami ke sana. Kami ke Korea tanpa travel agent. Memang sendirian berhad. Bagi saya, travel dengan anak kecil ini lebih mudah kalau sendiri-sendiri. Sebab kena ikut timetable anak. Kalau dia dah mula tantrum, mak bapak pun boleh gaduh sama.

Sekitar bulan April adalah permulaan musim bunga di Korea.

Cara Kami Rancang Trip Ke Korea Dengan Bajet 6K All-In

Keseluruhan bajet dalam RM6K all-in termasuk air ticket return Air Asia X, makan, shopping, masuk theme park, transportation dan penginapan.

Bagi saya, semua boleh pergi travel. Cuma kita kena rajin mengumpul duit. Sebenarnya kita tak perlu pun keluar duit sekaligus beli tiket flight pergi balik + penginapan pada masa yang sama.

Ini cara saya rancang percutian kami.

1. Tempahan Tiket Flight

Saya akan beli tiket tarikh setahun lebih awal. Beli ketika Air Asia buat promosi. Tiket pergi (one way) harganya dalam RM399. Tapi masa tu tak pasti lagi nak stay berapa hari. Jadi, tiket balik saya tak beli lagi. Masa nak confirmkan berapa hari nak duduk di sana, bolehlah kumpul lagi duit untuk tiket balik pula.

Setiap bulan bila Air Asia buat promosi saya akan check harga tiket Incheon-KLIA2 berapa. Setakat ini from ICH-KUL tiket paling murah RM499. Jadi akhirnya kami buat keputusan untuk stay 5 hari 4 malam.

2. Penginapan

2 minggu sebelum bertolak ke Korea baru saya booking penginapan. Memang last minute. Tapi sebenarnya sebelum itu kami dah booking di Itaewon Inn melalui Booking.com. Cuma bila difikirkan balik, bilik kecil dan tiada dapur untuk memasak. Jadi, kami terus buka aplikasi Airbnb dan cari accommodation dari situ.

Kami sewa apartment. Harga ikut bilik sebab akan berkongsi dengan orang lain. Cuma biliknya lain-lain. Mulanya macam ragu-ragu juga, OK ke ni sharing rumah dengan orang dari negara lain? Tapi sejujurnya, orang lain yang menyewa dalam rumah itu memang sangatlah baik. Ada yang dari Switzerland, USA, Jepun, dan Singapura. Tak jumpa sangat pun sebab masing-masing bukannya duduk dalam rumah sangat. Cuma pagi saja akan bertembung kejap sebab masing-masing bersiap nak keluar berjalan. They are so nice towards my daughter.

Bajet penginapan 5hari 4malam RM700. Kalau booking melalui Airbnb korang kena bayar guna kad kredit. Kad debit pun boleh, link kan saja guna Paypal.

Ini antara gambar tempat penginapan kami.

Bahagian bilik

Ada shared kitchen, bolehlah memasak

Ruang tamu

3. Itinerari / Pembelian Tiket Masuk

  • Taman Tema Everland

Kami habiskan masa sehari di Everland. Tiket nak masuk sini saya beli siap-siap online masa dekat Malaysia lagi. Boleh dapat murah berbanding beli di kaunter tiket. Contoh kalau normal price dlm Rm180. Beli online boleh dapat dalam RM130.

Boleh beli di website ini : https://www.govoyagin.com/

  • Nami Island
Harga tiket ke Nami Island pula adalah sekitar RM 30 (8000 Won) seorang. Untuk anak kecil free. Yang ini kalau naik  feri. Tapi kalau nak naik zipwire harganya sekitar RM150 (38000 Won) seorang.
  • Namsan Tower
Kalau dari Itaewon ke Namsan Tower naik teksi dalam RM23 (6000 Won) sehala. Nak ke puncak Namsan Tower pula kami naik cable car. Return ticket cable car dalam RM33 (8500 Won) seorang. Anak kecil bawah 3 tahun percuma.
Selain tempat-tempat ini, kami berkesempatan untuk ke Namdaemun, Hongdae, dan Myeongdong. Kami ada juga rancang nak ke tempat lain, tapi tak berkesempatan sebab bila bawa anak kecil, tak dapatlah nak jalan cepat-cepat sangat.

Di Everland

4. Makanan

Kami makan 2 kali sehari saja sebab portion yang dihidangkan cukup mengenyangkan. Kalau rasa was-was sangat nak makan, bolehlah masak dulu di guesthouse dan bawa bekal.

Di Korea, port makanan Halal banyak di Itaewon. Bulgogi dia sangat sedap. Harga untuk 1 meal dalam 10,000 won RM40.

Bulgogi berharga sekitar RM40 / 10000 won

11 Tips Ke Korea Dengan Anak Kecil

Berikut adalah beberapa tips lain yang dapat saya kongsikan semasa berada di sana.

1. Pengangkutan Awam

Kami sampai di Incheon Airport pukul 8 pagi. Straight ambil Airport Limousine direct ke Itaewon untuk check-in ke guest house.

Tiket bas 14000 won seorang (RM54). Kami sampai Itaewon dalam pukul 11 pagi. Sepatutnya check in kena pukul 2pm, tapi memandangkan saya ada bawa toddler, saya minta kebenaran host untuk check-in awal. Alhamdulillah sampai je kami boleh terus check in. 

Jangan naik teksi warna hitam sebab teksi hitam tu mahal. Dorang kata teksi hitam tu Exclusive Taxi. Kami naik teksi warna kuning.

Beli T-Money (mcm kad Touch n Go). Boleh beli bila sampai airport. Ada jual di kedai runcit harganya 4000 won (dalam RM16). Sangat convenient. Naik teksi, bas and tren semua boleh pakai T-Money.

T-money, kad yang digunakan untuk semua pengangkutan awam di Korea

2. Kasut Mesti Selesa

Pakai kasut yang super soft contohnya running shoes. Beli yang elok sikit mcm Adidas ke Nike, yang memang soft. Silap saya beli winter shoes yang tapak tak berapa nak lembut dan mulalah kaki sakit.

Bukan apa, dekat Korea ni terlalu banyak tangga kalau naik Subway. Ade lif tapi bila dalam sesetengah subway kalau nak exit ada yang tiada lif. Seluar jeans masa datang pakai ketat, hari ke-4 pakai dah longgar. Ni kalau setahun duduk sana confirm kurus penangan turun naik tangga subway dan jalan bukit bukau.

3. Bawa Stroller Ringan

Superlight stroller kalau boleh. Kami guna GB Pockit + memang sangat best. Angkut sebelah tangan saja bawak naik tangga tak ada hal.

Di Nami Island

4. Sentiasa Semak Jadual Cuaca

Mesti selalu semak jadual cuaca sehari sebelum kita nak ke sesuatu tempat. Macam ada kawan saya ni pergi Nami Island masa hujan lebat, dia lupa nak semak jadual cuaca. Jadi, habis lecak katanya. Kasut kotor, dah tu rugi sebab tak dapat buat aktiviti kat sana.

Kitorang pun sama pergi Everland masa tu hujan. Macam terhad sikit nak berjalan dan sejuk sangat. Sampai anak pun dah mengadu “sejukkk, sejukkk”.

Vaseline dan lip balm sangat diperlukan kalau pergi masa cuaca sejuk. Masa kami pergi hari tu suhu paling rendah 2 degrees. Sekali angin tiup, fuhhh.

5. Download Apps Korea Tour Untuk Elak Sesat

Wajib Download apps Korea Tour. Dalam tu lengkap ada maps, subway line and tempat menarik yang wajib terjah. Ada siap dengan direction semua.

6. Penggunaan Kad Debit / Tukar Wang

Kad debit Maybank boleh swipe dekat Korea sana. Janji kena aktifkan oversea transaction. Masa dekat Nami Island, memang kerja swipe je sebab sayang duit Korea. Sampai sewa basikal pun saya swipe juga.

Tukar duit kat Malaysia lagi berbaloi daripada tukar di Korea.

7. Orang Korea Suka Budak-budak!

Orang Korea sangat suka budak-budak. Kalau dalam tren dia nampak kita berdiri dukung anak, confirm akan dtawarkan tempat duduk. My toddler asyik dapat coklat, gula-gula, buah, dan ada juga yang bagi duit. Naik segan Mak. Bukan sekali dua. Tak terkira.

Kalau was-was nak terima apa yang mereka bagi (especially food), janganlah reject masa tu jugak. For me it’s not nice. Takut mereka kecil hati. They try to be nice towards us, so why don’t we try being nice towards them also. Ada sekali orang Korea bagi my daughter air kotak. Tulisan semuanya dalam Korea, jadi tak tahu air apa ni. Was-was juga nak bagi anak minum, jadi kami ambil dan simpan dalam beg.

Orang Korea sangat baik dan begitu suka pada anak kecil.

8. Makanan Halal

Bagi saya, kalau travel tempat yang bukan majoriti beragama Islam; contohnya saya dah travel ke Thailand dan Korea ni, konsep saya mudah – Jangan sentuh daging.

Melainkan kalau restoran daging tu ada tulis halal. Yang lain seafood atau sayur saya makan. Terpulang pada diri masing-masing. Kalau was-was dan nak berjimat, bolehlah masak dulu di guesthouse dan bawa bekal. Ada banyak pilihan makanan Halal di Itaewon.

Oh ya, kalau makan di food court Airport, lepas makan kemas meja sendiri ya. Jangan buat perangai tak mau kemas.

Antara pilihan street food di Myeongdong.

Susu pisang yang sangat popular.

9. Merokok

Jangan merokok sesuka hati korang je. Suami saya jadi cukup berdisiplin bila nak merokok.

Tunggu ada port tulis ‘smoking area’ baru dia berani nak merokok. Seronok betul rasa sebab tak sesak nafas and udara pun segar.

10. Beratur

Nak naik bas, tren, atau nak masuk mana-mana tempat please beratur. Kadang-kadang kami ni tak perasan tengok diorang ni tengah beratur ke? Bila terpotong barisan, habis kena jeling. Malu mak.

Seoul Central Mosque di Itaewon

11. Jangan Malu Bertanya

Bila travel sendiri ni, jangan malu bertanya. Walaupun ahjumma/ahjussi tak pandai speaking tapi seboleh-bolehnya mereka memang nak tolong korang.

Ada sekali tu kad T-Money suami tercicir dalam tren, so kalau nak keluar dah tak boleh la kan. Bersungguh ahjussi ni pergi cakap dengan customer service bagi pihak kami. Lepas tu bila kami pening nak cari level untuk transit subway, bersungguh jugalah ahjumma ni terangkan dalam bahasa Korea. Siap buat gaya macam choral speaking. Kami faham jeee. Haihh. Baik sangat dorang ni.

12. Tandas

Tandas di Korea kebanyakannya tak ada air dan jamban duduk. Kalau ada anak kecil jangan lupa bawa wet tissue dan mineral water. Sebelum keluar tandas, buanglah apa yang patut dulu.

Lagi satu kalau boleh, janganlah makan terlalu banyak sampai nak ‘memerut’. Hehe. Kami kat sana makan 2 kali sehari saja sebab portion makanan dorang dah cukup mengenyangkan.

Di Namdaemun Market

Ada Anak Kecil Pun Boleh Travel!

Kesimpulannya, anda memang mampu melawat tempat menarik di Korea walaupun bawa anak kecil dan tanpa menggunakan tour guide. Semoga perkongsian sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan bagi pasangan yang ingin menjejakkan kaki ke sana. Insha Allah.

 

*Perkongsian asal penulisan ini adalah oleh Puan Nurain Hasan dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai trip beliau, boleh bertanya terus di Facebook peribadi beliau, Nurain Hasan.

**Puan Nurain Hasan juga mengusahakan Gerobok Anakku yang menampilkan koleksi pelbagai pakaian anak kecil yang comel dan selesa. Selain itu, pelbagai idea dekorasi rumah boleh anda miliki melalui IG @littlehome.my. Jom follow!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×