Percutian

8 Perkara Kita Perlu Tahu Sebelum Pilih Pakej Umrah

1.1K
SHARES

“Banyaknya pakej umrah yang ada sekarang. Mudah memang mudah. Sampai rambang mata nak pilih yang mana. Tapi, bila fikir 2 kali, boleh percayakah pakej-pakej ini?”

Tahukah anda, sejak 2012 hingga Oktober 2017, dianggarkan jumlah kerugian yang dihadapi oleh mangsa penipuan di Malaysia mencecah RM30.8 juta, seperti yang dilaporkan kepada pihak polis dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) melalui sebuah akhbar tempatan. Malah, sebenarnya terdapat ramai lagi yang tidak tampil melaporkan kes-kes seperti ini melalui saluran yang betul kerana ‘malu’ atau menganggap ‘tiada rezeki’ untuk mengerjakan ibadah.

Namun begitu, nampaknya kes penipuan seperti ini masih berleluasa dan kita sebagai pengguna perlu lebih berilmu dan bijak mengambil langkah untuk mengelakkan daripada ditipu.

Umrah dan Haji di Tanah Suci Makkah

8 Perkara Perlu Tahu Sebelum Pilih Pakej Umrah, Elak Kena Tipu

Berikut adalah 8 perkara yang perlu anda tahu sebelum memilih pakej umrah yang ditawarkan.

1. Harga Minimum Adalah RM4,900

Harga yang murah sememangnya akan menjadi salah satu faktor yang paling kritikal untuk kita memilih sesebuah pakej. Oleh itu, Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) merupakan inisiatif Kerajaan yang telah ditubuhkan bawah Akta Industri Pelancongan 1992 bagi memantau pelaksanaan standard perkhidmatan syarikat pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan dalam mengendalikan pakej umrah.

Menurut MKSU, harga pakej minimum yang ditetapkan buat masa ini adalah RM4,900 untuk tempoh umrah 12 hari 10 malam. Sekiranya kurang daripada harga ini, cuba dapatkan kesahihannya daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Harga ini adalah sebagai panduan untuk menyedarkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan tawaran pakej umrah yang terlampau murah.

2. Kandungan Asas Dalam Pakej

Pastikan pakej yang ditawarkan oleh ejen umrah tersebut merangkumi semua perkara ini. Ia sepatutnya termasuk dalam pakej standard umrah.

  • Tiket penerbangan pergi dan balik
  • Visa Umrah
  • Penginapan
  • ‘Ground transport’
  • Makanan
  • Lawatan / ziarah
  • Diiringi oleh wakil syarikat
  • Mutawif
  • Perlindungan skim takaful umrah untuk kecemasan, sakit, atau kematian

3. Bagaimana Harga Boleh Berbeza-beza?

Walaupun harga minimum telah ditetapkan, ada banyak perkara yang boleh menjadikan sesuatu pakej mempunyai harga yang berlainan. Dalam hal ini, anda sepatutnya memilih berdasarkan kesesuaian serta keperluan anda pada satu-satu masa.

Antara faktor harga yang berbeza adalah disebabkan:

  • Tarikh – Waktu peak season seperti cuti sekolah, atau akhir Ramadhan biasanya lebih mahal
  • Penerbangan transit atau terus
  • Kekerapan makanan
  • Petugas & Mutawwif
  • Jenis pengangkutan di sana – bas, van, limosin, dan sebagainya
  • Jarak penginapan dengan Masjidil Haram

4. Semak Daftar Lesen Syarikat

Penting untuk kita tahu bahawa bukan semua ‘travel agent’ boleh menawarkan pakej umrah. Menurut Kementerian Pelancongan Malaysia, hanya syarikat berstatus Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) dan dilesenkan di bawah 2 bidang berikut:

  • Agensi pengembaraan (ticketing)
  • Pelancongan luar negeri (outbound)

Adalah berisiko jika anda membuat pembayaran melalui wakil syarikat persendirian, yayasan, atau koperasi kerana mereka sebenarnya tidak dilesenkan sebagai pengendali umrah.

5. Semakan ‘Online’

Sebelum membuat bayaran, pastikan anda membuat semakan terhadap lesen ‘outbound’ dan pengendali syarikat umrah tersebut.

Ia boleh dibuat secara online melalui laman web berikut.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan kepastian selanjutnya, anda boleh membuat pertanyaan terus di Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang terdapat di setiap negeri.

pakej umrah

6. Ganti Rugi Jika Berlaku Pembatalan

Selain menyemak pada pakej beserta harga, anda juga perlu bertanyakan tentang terma dan syarat sekiranya berlaku pembatalan atau kepalsuan pada pakej yang dijanjikan.

Maka, pastikan caj pembatalan atau peruntukan ganti rugi dinyatakan dengan jelas.

Menurut Kementerian Pelancongan Malaysia, jika anda terpaksa membatalkan umrah yang telah ditempah, anda boleh dikenakan caj pembatalan sekiranya ia dimaklumkan dalam tempoh kurang daripada 44 hari sebelum tarikh berlepas.

7. Pembayaran

Jumlah deposit yang perlu dibayar biasanya adalah 25% dari harga pakej yang ditawarkan. Manakala, bayaran penuh perlu dibuat 21 hari sebelum tarikh berlepas.

Contoh:

Harga pakej RM 5,000. Deposit = RM 1,250. Baki RM 3,750 boleh dibayar sebelum tarikh berlepas yang ditetapkan.

Ia boleh dbiayar kepada akaun syarikat atau kepada akaun persendirian agensi pengurusan yang dilantik secara sah. Jangan lupa minta resit rasmi syarikat setiap kali membuat pembayaran secara keseluruhan, sebahagian, atau ansuran.

8. Agensi Yang Disenarai Hitam

Setakat ini hanya 59 syarikat sahaja telah berdaftar dan diiktiraf oleh Kerajaan Arab Saudi untuk membawa Jemaah Umrah dari Malaysia.

Jika anda berasa ragu-ragu terhadap pakej, anda juga dinasihatkan untuk menyemak senarai agensi pengendalian umrah yang telah disenaraihitamkan di pautan berikut:

http://www.motac.gov.my/en/services/announcement/731-list-of-companies-licenses-revoked-due-to-involvement-in-umrah-package-fraud

pakej umrah

Sesiapa Saja Boleh Menjadi Mangsa

Diharapkan setiap bakal jemaah dapat menjadikan perkara penting ini sebagai panduan asas dalam mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

Jika tidak berhati-hati, sesiapa saja boleh menjadi mangsa penipuan. Bahkan, terdapat juga antara kes penipuan ini yang turut melibatkan selebriti seperti Nubhan dan Firman (Akademi Fantasi) yang pernah menceritakan kisah beliau pada awal tahun lalu.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×