40 Minggu

Cara Nak Tahu Si Ibu Hamil Bayi Kembar Tanpa Perlu Ultrasound, Tahniah!

2
SHARES
tanda hamil anak kembar

Mempunyai teknologi perubatan seperti ultrasound (Ultrasonografi) adalah cara yang paling biasa dan efektif untuk mengesahkan tanda hamil anak kembar.

Namun sebenarnya, terdapat beberapa tanda dan petunjuk semula jadi yang boleh membantu si ibu mengesan kemungkinan kehamilan tersebut adalah anak kembar tanpa perlu bergantung pada teknologi perubatan. Macam mana?

Baca juga: Mak Ayah Ada Anak OKU Layak Mohon Road Tax Percuma, Ini Caranya

5 TANDA HAMIL ANAK KEMBAR YANG BOLEH SEMAK SENDIRI

tanda hamil anak kembar

Foto: Shuttershock

1.Perut lebih besar dari kehamilan biasa

Walaupun semua wanita hamil mengalami proses pembesaran saiz perut, tetapi perut wanita hamil dengan anak kembar cenderung lebih besar daripada yang dijangkakan untuk usia kehamilan tertentu. Perut yang kelihatan lebih besar daripada biasa pada peringkat awal kehamilan boleh menjadi petunjuk anak sedang hamil anak kembar.

2.Berat badan naik secara mendadak

Kehamilan kembar selalunya menyebabkan pertambahan berat badan yang lebih cepat dan ketara berbanding kehamilan tunggal. Jika wanita hamil mengalami pertambahan berat badan yang tidak seimbang dengan usia kandungannya atau perasan pertumbuhan perut yang lebih besar daripada biasa, kemungkinan besar tengah mengandung anak kembar.

3.Morning sickness lebih teruk

Ini merupakan mimpi ngeri bagi setiap wanita hami. Kehamilan berganda menyebabkan gejala ini selalunya lebih teruk dan bertahan lebih lama. Jika seorang wanita hamil mengalami loya atau muntah yang sangat teruk secara berterusan, ia mungkin merupakan tanda kehamilan kembar.

4.Pergerakan janin lebih aktif

Wanita hamil sering merasakan pergerakan janin dalam kandungan. Dalam beberapa kehamilan, pergerakan janin selalunya lebih kerap dan lebih kuat. Jika wanita hamil mendapati kandungannya lebih aktif dan lebih banyak pergerakan daripada biasa, ia boleh menjadi tanda kehamilan kembar.

5.Perubahan hormon lebih kuat

Perubahan hormon yang berlaku semasa hamil boleh menyebabkan perubahan emosi dan fizikal pada ibu hamil. Dalam beberapa kehamilan, perubahan hormon ini selalunya lebih kuat dan lebih sengit. Jika seorang wanita hamil mengalami perubahan mood yang drastik atau perubahan fizikal yang luar biasa, ia boleh menjadi petunjuk kehamilan berganda.

tanda hamil anak kembar

*Seronok kan kalau dapat anak kembar? Tapi jangan sedih pula kalau kandungan itu solo sahaja, itu pun rezeki!

Baca juga: Kenali Apa Itu ‘Makrosomia’, Saiz Bayi Dalam Kandungan Besar Dari Biasa!

Sumber: Nakita

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×