Anda penggemar buah durian? Pasti ramai yang meminati kelazatan raja buah ini sekali gus berhadapan dengan kesukaran untuk menikmatinya disebabkan durian mempunyai musim yang tertentu untuk dicari.
Bagi pencinta durian di luar sana, kini ada yang inovatif dan unik yang telah mencipta trend makanan baru di Asia iaitu Regalien Durian Butter Spread. Ia boleh menyelesaikan kehausan durian anda pada bila-bila masa.
Anda mesti ingin tahu macam mana anda boleh menikmati rasa luar biasa ini kan?
MAKAN DENGAN NACHOS..
Anda hanya memerlukan sebungkus Cheese Nachos dan semangkuk kecil Regalien Durian Butter Spread pada suhu bilik sebagai nacho dip. Nachos, pretzels dan chips merupakan pasangan sempurna untuk Regalien Durian Butter Spread apabila dicelup dan sedap dimakan begitu sahaja.
Hidangan lazat ini mudah dan cepat, ia sangat sesuai disajikan bersama keluarga atau rakan-rakan khususnya untuk minum petang dan makanan ringan.
CARA LAZAT UNTUK MENYEDIAKAN CRUMBLE..
Regalien Durian Butter Spread bukan sahaja sedap dan berasa seperti manis durian, malah ia lebih enak jika digunakan untuk menyediakan pencuci mulut Crumble.
Cara mudah untuk menyediakan Durian Butter Crumble :
Bahan-bahan crumble:
1) Biskut Marie
2) Whipped cream
3) Regalien Durian Butter Spread
Cara membuatnya:
1) Hancurkan biskut dalam mangkuk
2) Masukkan 1-2 sudu teh Regalien Durian Butter Spread ke dalam biskut yang telah dihancurkan
3) Gaul biskut yang telah dihancurkan dengan durian butter spread hingga sebati
4) Semburkan whipped cream sebelum dihidang
Lihat video di bawah untuk cara menyediakan Durian Butter Crumble.
DENGAN ROTI CANAI (ROTI KING) LAGI SEDAP..
Roti canai merupakan makanan ruji rakyat Malaysia untuk bersarapan. Selalunya, kita akan makan roti canai dengan sambal dan kuah Dal sahaja. Sekarang, roti canai anda akan lebih lazat jika disediakan dengan Regalien Durian Butter Spread.
Bahan-bahan doh roti:
1) 290g tepung gandum
2) 160ml air suam
3) ½ sudu besar gula
4) ½ sudu teh garam
5) 1 cawan minyak masak
Cara membuat doh roti:
1) Masukkan gula dan garam dalam air suam
2) Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tambahkan air gula-garam, kemudian kacau hingga sebati
3) Uli hingga jadi doh yang kenyal dan tidak melekat
4) Bentukkan menjadi bebola bersaiz tapak tangan, salutkan dengan minyak masak dan letakkan ke dalam peti sejuk semalaman.
Cara menyediakan Roti King:
1) Minyakkan tangan dan meja penyediaan, ambil roti, nipiskan sebesar piring dan tebar hingga menjadi nipis
2) Sapukan Regalien Durian Butter Spread di roti nipis dan lipatkan dalam bentuk empat segi besar.
3) Panaskan kuali dengan api sederhana, letakkan sedikit minyak dan masak hingga perang.
4) Siap untuk dihidangkan.
Kalau malas nak masak, anda boleh bawa Regalien Durian Butter Spread ke Mamak dan order Roti King. Cara penyediaan sama dengan Roti Planta tapi hanya mengantikan “Planta” dengan “Durian Butter Spread” sahaja.
Lihat video di bawah untuk cara menyediakan Roti King.
AFFOGATO VERSI DURIAN..
Affogato merupakan pemanis mulut yang berasal dari Itali dan kami yakin anda semua mesti pernah makan Affogato ni dengan ais krim, Gelato dan Espresso. Tapi, kali ini Affogato akan jadi lebih sedap bersama durian butter spread.
Hanya perlu beberapa langkah sahaja untuk menyediakan Affogato bersama durian butter spread :
1) 1 sudu besar Ais Krim Nestle Vanilla
2) 1/2 shot Espresso ( Tuang 1 sudu teh atau 2g Nestle Classic dengan 35ml air panas dalam cawan shot )
3) 1 sudu teh Regalien Durian Butter Spread
4) Scoop Durian Butter Spread + Ais Krim + Espresso untuk menikmatinya!
BANYAK LAGI CARA-CARA UNTUK MENIKMATINYA..

Durian Butter Rose Tart

Durian Butter Polo Bun

Durian Butter Pau

Durian Butter Cake

Durian Rice Ball with Chicken Floss

Durian Butter Mini Tart

Durian Butter Waffle

Durian Butter Cornflakes
INILAH REGALIEN DURIAN BUTTER SPREAD
Untuk makluman semua, produk ini telah mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan dan JAKIM. Oleh itu, anda tidak perlu ragu-ragu tentang status halalnya untuk membeli Regalien Durian Butter Spread.
Produk ini hanya diproses dengan menggunakan minyak kelapa sawit dan durian segar gred D24 dari dusun. Rasa durian butter spread yang lemak manis ini sudah tentu akan memberikan kepuasan kepada mereka yang sukakan durian dan boleh menjadikan makanan harian anda.
Khusus kepada semua penggemar durian, anda perlu mencuba durian butter spread ini dan rasai sendiri kenikmatannya! Anda juga boleh mendapatkan durian butter spread ini di pasaran berdekatan anda:
Regalien Durian Butter Spread bukan sahaja dijual dengan harga yang berpatutan, malah produk ini juga sesuai untuk dibawa bersama ketika bercuti kerana bungkusannya yang kedap udara. Selain itu, ianya juga sesuai untuk disimpan di dalam peti sejuk dan tahan lebih dari 1 tahun.
Jadi, jangan lupa untuk dapatkan produk ini secepat mungkin dan rasai sendiri kelazatan Regalien Durian Butter Spread yang memang tiada tandingannya!
Untuk tahu lebih lanjut tentang Regalien Durian Butter Spread, anda boleh layari Facebook Regelien Durian Butter Spread.