Dapur

Dengar! Dengar! Tealive Ada Buat Minuman Baru, Durian King Smoothies Yang Sungguh Lemak Berkrim! Rasa Macam Isi Durian Betul! Wah.. Kena Cuba Ni!

10.8K
SHARES

Pasti seronok tengah-tengah panas ni dapat minum Tealive. Hehe. Kepada peminum tegar Tealive, anda pasti terkejut bila dapat tahu Tealive akan memperkenalkan minuman terbaru mereka sempena bulan kemerdekaan ini. Wow!  Apa minuman itu agaknya?

DURIAN KING SMOOTHIES, MINUMAN TERBARU DI TEALIVE!

Isi durian segar diblend menjadi Durian king Smoothies. Yummy!

Sebelum ini, Tealive telah mengeluarkan soalan cepumas kepada peminat mereka apakah benda paling sesuai menjadi Malaysian National Treasure? Dan pastinya pilihan orang Malaysia adalah DURIAN! Suka betul orang Malaysia dengan durian ya. Mestilah suka! 

Tealive pun buat keputusan untuk menambah menu terbaru, Durian King Smoothies ke dalam National Treasure Series mereka! Ish, dengar nama pun dah meleleh air liur.  Lagi-lagi DURIAN. Emmmm sedapnya!

Jom nikmati Tealive National Treasures sempena bulan merdeka ini. Pasti tak menyesal!

Antara menu Tealive yang menjadi National Treasure Series sempena bulan kemerdekaan ini adalah Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea, Sparkling Mango with 3Q Jelly, Lychee Sago Tea SmoothiesSuperior Coco dan terkini, Durian King Smoothies. Banyak kan? Sangat yummy Rasa nak cuba semua je.

Anda kena try. Memang sedap!

Siapa yang suka durian, pasti anda juga akan suka Durian King Smoothies! Takut tak fresh? Jangan risau! Anda pasti takkan menyesal apabila minumnya. Durian King Smoothies ini sungguh manis, sedap dan sangat creamy. Isi durian segar yang diblend menjadi minuman. Bila minum, rasa macam isi durian betul! Slurpppp, memang sedap!   

LIMITED EDITION! KENA CEPAT DAPATKANNYA SEGERA DI TEALIVE!

Muka bila dah minum Durian King Smoothies. Sangat excited!

Mula rasa tak sabar nak cuba Durian King Smoothies yang sangat creamy ini? Kalau nak try, anda kena cepat dapatkannya sebab ia sangat limited edition. Selagi stok masih ada! So kalau ternampak Tealive, jangan lupa singgah beli Durian King Smoothies. Fuh, kena cepat ni. Tak sabar nak cuba! 

Durian King Smoothies menunggu anda di Tealive!

Take note semua!  Durian King Smoothies ini boleh didapati dalam 10 lokasi di Lembah Klang seperti yang berikut:

  1. Cyberjaya
  2. Nu sentral 2
  3. The gardens
  4. Mid valley
  5. One utama
  6. Pavilion
  7. Pavilion elite
  8. My town
  9. Aeon Shah Alam
  10. IOI City Mall Putrajaya

Ala, luar dari Lembah Klang tak ada ya admin? Nak sangat try Durian King Smoothies yang nampak sangat juicy ini. Jangan risau! Bermula 28 Ogos 2017, Tealive akan memasukkan lebih banyak lokasi di luar sana untuk outlet Pulau Pinang, Perak, Seremban dan Johor. Anda boleh semak senarai outlet Tealive di sini. Yay!  Sabar ya. Tak lama je lagi!

Jom singgah Tealive dan beli Durian King Smoothies. Jangan lupa yang ia adalah Limited Edition! Kena grab cepat-cepat. Bau durian dah memanggil tu! 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×