Famili

#ProjekMimpi: Tak Sengaja Runtuhkan Kabinet Dapur Mentua, Impian Jadi Menantu Idaman ‘Musnah’

981
SHARES

Untuk wanita, bukan sahaja sebelum kahwin sahaja anda nak mengambil hati ibu mentua malah selepas kahwin pun begitu. Antara perkara yang boleh dilakukan supaya dapat menambat hati ibu mentua adalah dengan memasak, mengemas rumah atau membeli hadiah istimewa.

Namun, berbeza pula dengan wanita ini apabila tindakannya untuk menambat hati ibu mentua dengan mengemas dapur bertukar tragedi pinggan pecah. Risau dibuatnya!

Baca juga: [VIDEO] Anak Minat Anak Jiran, Mak Sporting Suruh Hantar Laksa Ambil Hati

TRAGEDI KEMAS DAPUR MAK MENTUA JAM 2 PAGI

Seperti yang dilakukan oleh seorang wanita ini di laman media sosial TikTok, dia yang cuba menjadi menantu idaman dengan membersihkan rumah mentuanya pada jam 2 pagi. Malangnya, niat itu bertukar menjadi tragedi apabila kabinet dapur yang menempatkan pinggan mangkuk runtuh, menyebabkan pinggan mangkuk tersebut pecah berselerakan di lantai.

Video yang dikongsikan oleh @bandarmasker di TikTok itu telah mendapat lebih 5 juta tontonan. Warganet turut meluahkan rasa bimbang dan tertanya-tanya bagaimana reaksi ibu mertua wanita tersebut.

Menurut wanita itu, dia ingin memindahkan pinggan mangkuk yang telah dibasuh ke dalam kabinet. Namun secara tiba-tiba kabinet tersebut runtuh. Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan pinggan mangkuk pecah malah menyebabkan meja makan kaca mentuanya menjadi sumbing.

@bandarmaskerKesalahan yg sangat bodoh. ##RejekiWOW ##PUBGMB3AT ##menantu ##mertua ##menantudanmertua ##pasutri ##nikahmuda ##fypyuk ##pastifyp ##bantufyp🥺 ##ohnoo♬ Oh No – Kreepa

Kesudahannya, semua barang yang pecah termasuk bekas simpan makanan yang diperbuat dari plastik sekalipun, dibuang sahaja kerana tidak boleh digunakan lagi. Seram juga nak berdepan dengan mak mentua bila dah jadi macam ini kan?

Sumber: @bandarmasker

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×